Indonesia – Episod 2

Hari 2 – 27 Julai 2008

SIBUK SIBUK SIBUK SIBUK SIBUK

Itu sahaja alasan yang boleh diberi andai yang ingin bertanya.

Tiba di upm sebelum jam 7 pg dan hanya selesai keje pada jam 7 mlm sejak rabu lalu rasanya bukanlah alasan yang kukuh untuk mengatakan bahawa ana tiada masa yang mencukupi untuk meng’update’ blog ini.

Keje 12 jam berbanding 2 jam, pasti ada perbezaannya (kepada yang terasa minta maap ek… huhu)

Okay, kembali kepada entri yang ingin ditulis.

Hari kedua berada di bumi Indonesia dimulakan dengan sesi sarapan secara berjemaah di Warung ibu yang terletak di kompleks beli belah Mangga Dua memandangkan itu sahaja antara kedai makan yang telah dibuka pada pagi berkenaan. Melihat lauk pauk yang tersedia membuatkan ana tertanya sendirian, “… kedai ni untuk makan tengah hari atau sarapan? Kelihatan lauk pauknya yang beraneka saling tak tumpah seperti padang di Malaysia …” psst: Warga UPM paham ler tu.

Masing-masing mengambil lauk pauk dengan khusyuk dan tawadu’; sindrom orang kelaparan sehari selepas menempuh perjalanan yang jauh dari Malaysia. Beribu kilometer tuh….! Mungkin makan malam kami pada malam sebelumnya telah habis digunakan untuk menjana tenaga yang diperlukan oleh sekian banyak sel-sel di dalam badan, juga untuk menghilangkan asid laktik yang banyak bersarang di kawasan kaki kami sepanjang 3 jam tanpa bangun di dalam flight pada hari sebelumnya. Tapi lemak mengambil masa yang agak lama untuk diproses, almost 10 hours…!!! Sebab itu those yang makan durian akan kekenyangan untuk suatu tempoh yang agak lama, selain mengeluarkan aroma yang harum melalui mulut masing-masing.

Selesai sarapan, 2 buah kerajaan ditubuhkan. Kerajaan yang kesemuanya lelaki memilih untuk tidak kekal di Mangga Dua manakala kerajaan yang diketuai oleh seorang perempuan dan ahlinya perempuan (evhy ada sekali tuh) memilih untuk menjelajah segenap inci Mangga Dua.

Destinasi pertama kami (selepas ini sehingga diberitahu perkataan kami menunjukkan lelaki ok) menaiki apa yang dinamakan ‘tut tut’ di Thailand untuk ke MONAS (tak tahu stand for what tapi ia adalah National Monumen). Di Indonesia ‘tut tut’ dinamakan sebagai bajjaj. Tambangnya juga begitu berpatutan (bagi yang secara default menukar nilai rupiah yang ditawarkan oleh peniaga di Indonesia kepada nilai rupiah tersebut di dalam ringgit Malaysia). Di MONAS kami menjelajah secara profesional setiap inci yang bisa dijelajahi dengan bantuan seorang tourist guide (seorang pelajar sekolah menengah jurusan pelancongan lebih kurang yang membuat praktikal di sana). Di dalam MONAS kami diterangkan akan sekian banyak urutan peristiwa yang membawa kepada pengisytiharan kemerdekaan Indonesia. Banyak betul perang. Tapi peristiwa konfrontasi ke atas Malaysia tidak pula dipamerkan. Tak de kaitan dengan kemerdekaan kot.

Di MONAS kami melepaskan dahaga dengan membeli air minuman isotonik yang sangat bagus untuk menggantikan bendalir dan elektrolit badan yang hilang akibat aktiviti berat (sama tak ayat ni dengan yang ada kat tin 100 plus tuh? hehe…). Yang menjadi tanda tanya, kami juga ada membeli minuman yang sama di mana sahaja kami pergi tapi harganya berubah-ubah, dimulai dengan Rp 3000 sehinggalah Rp 6000. Besar tuh perbezaannya. Tapi dalam ringgit Malaysia tak besar sangat.

Dari MONAS kami berjalan kaki ke masjid Istiqlal, yang mana ana dimaklumkan ia adalah masjid terbesar di Indonesia. Ntah lah… Sedang pening kepala mencari-cari tempat yang selamat untuk meletakkan kasut, terlihat suatu sudut yang memang didedikasikan untuk mereka yang kurang yakin akan keselamatan kasut mereka di luar masjid, seperti kami. Di tempat wudu’ ana terpaku melihat keadaan tempat wudu’ nya. Wah… macam berada di kem askar sahaja. ^_^ Selesai berwudu’, kami mencari tangga untuk naik ke dewan solat bagi menunaikan solat zohor dan asar secara jama’ dan qasar lagi berjemaah. Musykil…!!! Apsal tangga ni penuh dengan warga muslimat. Nak naik lagu mana…. Tak pasal2 batal pulak air wudu’. Jenuh pulak nanti nak berwudu’ seklai lagi.

Dalam keributan lautan manusia (hiperbola ni), kami berjaya juga melepasinya. Tiba di tingkat 2… yer, 2 bukan 1 kerana tingkat 1 telah penuh dengan umat manusia. Apalah manusia-manusia ini buat di sini. Ada ceramah agama ker…? Kami bersolat dengan sekhusyuk mungkin… Kemudian cuba menangkap butir-butir kata yang dilontarkan daripada speaker yang tersedia di dalam masjid. Tiba-tiba hadirin bangun…!!! Kami terpana… Selawat bergema. Bulu roma kami (bulu roma sahaja) menegak… Zaaappp… Terlintas di hati, sambutan Isra’ Mi’raj agaknya… Yer, sambutan Isra’ Mi’raj. Itu keputusan mesyuarat tidak rasmi yang kami kendalikan. Hehe.

Peta bumi Jakarta yang diciluk dari hotel Ibis Mangga dibuka. Kami cuba melihat-lihat kawasan-kawasan lain yang patut kami lawati. Yer, Jalan Surabaya. Kenapa? Kerana ia menjual produk-produk eksotik. Bagaimana mahu ke sana? Dengan komuter… Kami mengikut sahaja peta yang tersedia di hadapan kami untuk menghala ke komuter. Destinasi telah ditetapkan. Tiba di stesen komuter mata meliar-liar melihat guideline atau map untuk menentukan kesahihan destinasi yang telah kami persetujui untuk ditujui. Tak jumpa…!!! Maka ditanya sahaja kepada orang-orang tempatan. Dengan maklumat yang diberikan, kami membeli tiket. Wah, Rp 1500 sahaja. Murah bangat…!!! Perjalanan yang berakhir di stesen ketiga dari stesen sedia ada hanya Rp 1500. Tak sampai 70 sen…!!!

Kami menaiki tangga ke landasan di tingkat atas. Teringat LRT. Muncul tren berwarna jingga di sebelah landasan. Pintu tidak bertutup, tingkap terbuka. Oooo, tiada air cond. Never mind. Itu bukan masalah utama. Sesak…! Yer, sesak. Komuter menghala ke Serdang juga selalu sesak. Muncul tren berwarna biru cair menghala ke kami. Confius juga… Nape warna lain. Enggak apa. Naik saja. Kami menaiki tren tersebut. Pelik, ramai lagi yang masih menunggu dan hanya memerhatikan kami menaiki tren tersebut. Enggak apa.

Tren yang kami naiki itu berhawa dingin, pintu tertutup, tingkap tertutup juga tidak mengalami kesesakan. Di dalam tren kami bertanya lagi kepada orang tempatan tentang destinasi yang kami ingin tujui untuk kepastian. Ok, turun di stesen sekian-sekian. Untuk memastikan stesen berkenaan, kami terpaksa memandang nama stesen yang berada di luar tren kerana tiada peta di dalam tren juga tiada pengumuman dibuat. Enggak apa.

Lebih kurang 15 minit perjalanan kami tiba di stesen yang dihajatkan. Kami melangkah gagah daripada tren kemudian menuruni tangga dengan penuh hati-hati. Kemudian kami ditahan oleh petugas stesen dan bertanya kepada kami beberapa soalan. Selang beberapa detik kami dibawa berjumpa dengan ketua stesen barangkali. Ketua stesen memaklumkan bahawa kami sebagai pemegang tiket kelas ekonomi (tren berwarna jingga) tidak boleh menaiki tren ekspress (tren berwarna biru) dan sebagai denda, kami didenda sebanyak Rp 10 000 seorang. Tiada sebarang resit atau dokumen diberikan.

Keluar dari stesen perkara tersebut menjadi topik hangat perbualan kami. Pelbagai persoalan yang timbul. Kenapa tidak dimaklumkan lebih awal oleh petugas kaunter di stesen kami membeli tiket tersebut bahawa ada 2 sistem tren berlainan…? Kenapa tiada sebarang dokumen diberikan kepada kami setelah denda dibayar…? Zaappp… “… Indonesia ni banyak songlap duit hang …,” demikian kesimpulan pemberitahuan tentang mudahnya Rp terbang dari poket kita sewaktu sakit di Indonesia. Apapun kami perlu lebih hati-hati selepas ini. Nak ajak gaduh bukan kami jaguh pun…

Di jalan Surabaya kami mencuci mata memandang barang-barang perhiasan lama yang harganya…. amatlah mahal walau setelah dinilaikan semula dalam ringgit Malaysia. Ada beberapa barangan yang menarik juga menyentuh hati namun memikirkan saiz juga beratnya membuatkan pembeliannya terpaksa dibatalkan.

Dari Jalan Surabaya kami bergegas ke Pasar Senen untuk membeli beberapa barangan tempahan manusia. Dapatlah sehelai baju batik untuk diri sendiri dan beberapa helai baju tidur untuk insan tersayang. Ada teman yang membeli sepasang kebaya, sungguh cantik warnanya dan sungguh sesuai digunakan oleh si bakal isteri di hari pernikahan. Ewah… Tapi untuk kakaknya katanya. Ada yang membeli kasut kulit, beg galas dan sebagainya. Ketika maghrib menjelma, kami meninggalkan Pasar Senen untuk kembali ke hotel bagi aktiviti kendiri seperti mandi dan bersiap-siap untuk aktiviti malamnya pula.

Aktiviti malam kami ialah kembali semual ke Mangga Dua untuk melihat-lihat kalau-kalau ada perbezaan antara pusat beli-belah di Malaysia dengan pusat beli-belah di Indonesia. Sama jer… Di sana hanya DVD yang dibeli… harganya cukup menggiurkan, Rp 6000 sekeping. Baju-baju dan jaket dengan harga yang menggamit perasaan terpaksa dipandang endah tidak endah sahaja kerana apabila hendak membeli sesuatu barangan, zaaapppp…. muncul di dalam minda supaya memikirkan beratnya kerana naik flight ada limitation, juga keperluan membelinya. Selesai beli-belah dan dinner, kami pulang ke hotel untuk tido dan seperti semalam, ana kekal berjaga menyaksikan Batman and Robin. Puas gitu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: