9 Hari Yang Memenatkan… – Episod 1

Hari 1 – 26 Julai 2008

Rombongan seramai 11 orang (3 pensyarah dan 8 pelajar) telah bertolak ke Jakarta dari LCCT pada 26 Julai 2008 yang lalu. Pesawat Air Asia yang dijadualkan berlepas pada jam 355 petang waktu Malaysia telah mengalami kelewatan membuatkan kami semua terpaksa menunggu lagi di balai berlepas untuk seketika lagi. Terlihat riak wajah ‘geram dan masam’ terpamer di wajah ahli rombongan. Sape suka flight delay kan…?

Setelah menunggu untuk beberapa ketika, penumpang dibenarkan menaiki pesawat lebih kurang 10 minit kemudian. Syukur, delay pun sat sat no…. Adat menaiki Air Asia, free sitting maka suasana jadi ‘kelam kabut’ sedikit dengan kelihatan ada penumpang terkejar-kejar untuk mendapatkan tempat duduk bersebelahan tingkap. Bukan best pun sangat…

Di dalam flight ana duduk bersebelahan dengan supervisor ana. Satu kedudukan yang merbahaya. Jangan dia soal paper pasal research udah…

“… Fazali, bercakap pasal postprandial lipemia, why not kita bercerita tentang your research. Ada kaitan tu…”

“…. Aduh… silap pulak g bgtau tajuk assignment kelas Lipid in Health and Disease pada supervisor ana. Dah kena soal …,” getus hatiku.

Maka berlakulah sesi soal jawab selama hampir sejam antara guru dengan anak murid. Terasa kosong jer hardisk dalam kepala ni bila banyak persoalan yang tidak dapat dijawab dengan baik dan memuaskan hati sendiri.

“… Aduh …,” kan dah kena cubit.

Upah tak dapat jawab beberapa persoalan.

3 jam kemudian pesawat selamat mendarat di Jakarta. Di sana Evhy Apriani yang juga merupakan ahli kumpulan ‘Herbal Medicine Research Group’ kami telah sedia menunggu. Katanya ler… Tapi dah selesai amik bagasi tak nampak-nampak pulak batang hidung.

Ketika menunggu kelibat Evhy, ada beberapa pekerja bahagian pembersihan (tgk uniform dan itulah tekaan ana) menghampiri kami menjual simcard-simcard Indonesia.

“… Berapa mas …?” ada yang bertanya.

“… 50 000 rupiah (selepas ini disebut sebagai IDR) sahaja …,” balas penjual.

Automatically convert, RM 1 = IDR 2777 (tukaran wang di Malaysia sewaktu menukar wang, len hari len kadar tukaran ok).

“… RM 18 jugak tuh …,” bisik hatiku yang ber’bulu’ dengan harga yang ditawarkan.

“… Kalau IDR 40 000 aku ambil …,” senior ana memulakan tawar menawar.

“… Ok …,” penjual bersetuju

 Kelihatan 3 atau 4 simcard yang telah berjaya dijual pada petang itu. Ana tak beli pun.

Jeng jeng jeng… Evhy yang putih lagi tinggi lampai itu muncul…

Maka bergeraklah kami keluar dari lapangan terbang menuju ke tempat teksi disediakan. Kenderaan dari pihak hotel tidak mencukupi.

Ana antara yang bertuah kerana terpilih untuk menaiki kenderaan yang disediakan oleh pihak hotel tersebut. Toyota Innova tur… Perjalanan ke hotel yang terletak di kawasan beli-belah terkemuka di Jakarta Barat (kalau tak silap) iaitu Magga Dua mengambil masa hampir 1 jam merentasi lebuh raya yang setaraf dengan lebuh raya yang ada di Malaysia. Cuma kita ‘up’ sikit… ^_^

Di hotel kunci bagi 2 apartment dan 1 bilik yang telah ditempah lebih awal di ambil dan masing-masing bergegas untuk mem’baring’kan diri di atas tilam yang sungguh empuk itu (dalam bayangan). Ketika itu waktu Isya’ telah pun masuk walaupun waktu Indonesia baharu jam 7++ petang.

Selesai ‘pekena’ milo 3 in 1, mandi dan solat kami semua bergerak ke Ancor yang terkenal seperti Taman tema Genting di Malaysia untuk makan malam di sana. Katanya ada gerai-gerai tepi laut.

Tibanya di Ancor lebih kurang jam 900 mlm didapati tidak banyak gerai yang masih dibuka. Oleh sebab masing-masing sudak kelaparan maka sebuah restoran (sangat panas dan banyak nyamuk dan dipilih kerana dirasakan inilah yang termurah berbanding yang lain) diserbu oleh ahli rombongan. Ketika itulah kami bertemu dengan kopi yang tidak bertapis (dah jadi budaya orang kat sini kot), sos cili yang sangat pedas walaupun warna tak pekat, teh O yang warnanya sama seperti di Malaysia tetapi rasanya, Ya Allah… ana tak boleh minum sepanjang berada di Indonesia (akan diceritakan lagi nanti) yang menjadi beberapa perbezaan antara Malaysia dan Indonesia.

Selesai makan malam kami berjalan-jalan disekitar kawasan pantai sambil meng’usha’ pasangan-pasangan kemaruk cinta memadu asmara yang suasananya saling tak tumpah seperti Padang Kota Lama di Pulau Pinang Pulau Mutiara. Pengembaraan pada malam itu diselesaikan dengan adegan mencari teksi-teksi untuk pulang ke hotel apabila angkut-angkut (singular ni) yang telah dijanjikan bayaran tambahan asalkan sanggup menunggu kami didapati telah menghilangkan dirinya dan angkut-angkutnya. Maka berbekalkan 3 teksi kami pun berangkat ke hotel untuk alunanan mimpi.

Di hotel ana menjalankan tanggungjawab sebagai Pemegang Amanah Bahagian Makanan dan Minuman dengan mengira jumlah IDR yang keluar dari budget. Sesungguhnya pengiraan ini sangatlah penting demi memastikan kesinambungan terisinya perut-perut kami untuk tempoh 8 hari lagi di Indonesia.

Ketika teman seapartment melelapkan mata, ana masih berada di hadapan TV untuk melayan cerita Batman Forever yang disiarkan melalui Trans TV kalau tak silap. Tapi tidak sempat habis kerana mata semakin lama semakin layu dan layu. Maka terlelaplah ana sehingga subuh…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: