Seminggu sahaja lagi…

Tinggal seminggu sahaja lagi ana akan berangkat ke Indonesia untuk menghadiri seminar selama 2 hari di sana. Bercerita tentang Indonesia, ana teringat perbualan dengan rakan ana sebaik sahaja kami sama-sama menamatkan alam matrikulasi.

Rakan ana telah memilih untuk meneruskan pengajian dalam bidang perubatan di sana manakala ana mahu terus kekal di Malaysia kerana beberapa faktor. Pengajian selama 6 tahun di Indonesia membuatkan dirinya masih bergelar mahasiswa sedangkan ana telah pun masuk ke semester kedua dalam pengajian peringkat siswazah.

Tidak dinafikan menjadi seorang doktor adalah cita-cita ramai anak kecil apabila ditanya soalan tersebut. Jarang amat untuk mendengar anak-anak kecil apabila ditanyakan soalan itu menjawab untuk menjadi seorang ahli kimia, ahli marin zoologi, ahli virus, ahli fikir mahupun ahli sihir. Hal ini jelas kerana tanpa kajian yang terperinci pun kita semua sudah sedia maklum bahawa sewaktu kecil kita hanya bertemu dengan doktor ketika sakit, melihat polis bertugas di jalan raya, mendongak melihat ahli bomba memadamkan kebakaran dan sebagainya.

Ternyata apa yang dilihat menentukan apa yang diingini.

Namun kini ana bukanlah graduan perubatan. Jauh sekali dari bidang perubatan. Hanya memiliki secebis pengetahuan dalam disiplin ilmu yang pernah menempuh zaman keemasan dan kegemilangan suatu ketika dahulu, sekitar awal abad ke-19 sehingga akhir abad ke-20. Walaubagaimanapun kini ana kembali kepada bidang yang ana pernah berhajat untuk bersatu dengannya suatu ketika dahulu, iaitu bidang perubatan.

Cuma ana mengkhusus kepada fisiologi, suatu disiplin yang mengkhusus kepada pemerhatian fungsi sesuatu organ dalam badan manusia, juga memahami mekanisma tindak balas terhadap sesuatu ‘stimulant’. Di awal pengajian, supervisor memberitahu bahawa Malaysia kekurangan pakar dalam bidang ini.

Fisiologi dan anatomi sangat akrab seperti akrabnya mikrobiologi dan biokimia di jabatan lama ana dahulu. Cuma anatomi lebih mengkhusus kepada struktur dan bentuk sesuatu organ manakala fisiologi lebih berminat untuk memerhatikan fungsi dan mekanisma yang dilalui oleh organ tersebut.

Kini ana dalam persiapan untuk berangkat ke Indonesia, seminar antarabangsa ana yang kedua selepas Thailand demi mengejar cita-cita untuk memahami dengan lebih lanjut bidang kajian yang ana ceburi ini. Sesungguhnya peluang bertemu dengan saintis-saintis luar diharapkan mampu memberikan penyuluhan terhadap ‘grey area’ yang masih banyak ini.

Jika dahulu cita-cita untuk ke Indonesia adalah kerana seorang perempuan, namun kini semuanya kerana ilmu dan cita-cita…!!! Doakan…!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: