Selepas Nissan Grand Livina, kini giliran Sylphy

Nissan Sylphy Nissan Sylphy 

Tahun-tahun kebelakangan ini sememangnya tempoh masa yang mampu membuatkan pengeluar dan pengedar kenderaan jenama Nissan bagi pasaran tempatan terus tersenyum.

DI sebalik pelbagai cabaran dan kekangan, Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) nampaknya tidak mengecewakan peminat jenama Nissan menerusi beberapa model yang inovatif, sekali gus memenuhi keperluan pengguna.

Selepas kejayaan model sedan iaitu Latio dan MPV mampu milik yang diberi nama Livina, ETCM meneruskan momentum penerimaan orang ramai terhadap jenama Nissan menerusi pengenalan model sedan terbarunya, Sylphy.

Sejak diperkenalkan di pasaran Jepun, Sylphy menjadi salah satu model Nissan yang mendapat sambutan hangat dengan lebih 160,000 unit berjaya dijual di 10 negara setakat ini.

Dengan reka bentuknya yang elegan, Sylphy dinobatkan sebagai penerima anugerah Japan Good Design Award 2007 di bawah kategori reka bentuk produk / kenderaan penumpang.

Sebenarnya, model Sylphy menyambung kesinambungan model sedan eksekutif bersaiz sederhana yang sebelum ini diisi oleh model Nissan Bluebird (tahun 1980-an) dan Cefiro.

Bagi ‘memeriahkan’ sambutan terhadap model Cefiro, ETCM pernah memperkenalkan model lebih mewah yang diimport sepenuhnya dari Jepun iaitu Teana. Namun, dengan harganya yang mencecah lebih RM200,000, ini membuatkannya kurang mendapat sambutan daripada khalayak.

Kini, keperluan segmen itu dipenuhi oleh Sylphy yang hadir untuk bersaing dengan model seperti Toyota Altis dan Honda Civic. Dipasang di kilang ETCM di Serendah, Selangor di bawah proses Nissan Production Way (NPW), Sylphy mempunyai ciri istimewa yang membuatkannya setara dengan semua pesaing dalam kelas yang sama.

Berada di bawah hud Sylphy ialah unit enjin aluminium sepenuhnya berkod MR20DE yang ditala bagi memenuhi kehendak pemanduan harian. Dengan kuasa tork yang linear, 90 peratus kuasa itu boleh dicapai ketika jarum rpm mencecah hanya 2,000 rpm.

Enjin ini dipadankan dengan kotak gear Xtronic CVT (Continously Variable Transmission) generasi ketiga Nissan yang menawarkan penukaran gear lancar. Pada waktu harga bahan api menambah bebanan semua pengguna kenderaan, enjin yang menjimatkan amatlah diperlukan.

Justeru, tidak perlu bimbang kerana enjin ini bukan sahaja mesra alam sekitar, malah penggunaan setiap liter petrolnya boleh membawa anda sejauh 16 kilometer.

Biarpun begitu, enjin empat silinder sebaris, DOHC dengan CVTC dan teknologi drive-by-wire ini tidak berkompromi dengan prestasi apabila mampu menjana kuasa sehingga 133 PS @ 5,200 rpm.

Penjimatan petrol turut disumbangkan oleh penggunaan sistem stereng kuasa elektrik (EPS), selain menawarkan aspek pemanduan yang lebih lancar dan responsif.

Keseronokan memandu Sylphy ditambah dengan aplikasi Balancer Shaft System. Sistem ini cukup efektif bagi mengurangkan getaran dan bunyi enjin daripada masuk ke dalam kabin.

Memastikan pemanduan yang selesa dan selamat, Sylphy menggunakan khidmat suspensi topang MacPherson yang lengkap bersama bar penstabil untuk roda hadapannya. Tetapi, bagi roda belakang Nissan, ia sekadar memasang sistem suspensi jenis torsion beam.

Nissan tidak pernah berkompromi dengan aspek keselamatan. Buktinya, model ini sarat dengan ciri keselamatan aktif dan pasif termasuklah sistem brek ABS, EBD dan BA. Tidak cukup dengan itu, Sylphy turut dipasang dengan dua beg udara SRS dan tali pinggang keledar pra regangan dengan pengehad bebanan.

Semua ciri keselamatan ini membolehkan Sylphy layak menerima rating enam bintang oleh badan penilai Japan NCAP.

Berpaksikan kepada tema reka bentuk S-MOTION, penampilan luaran Sylphy cukup elegan menerusi lakaran lampu hadapan, garis kontur sisi dan lampu belakangnya.

Ruang kokpit Sylphy dibina untuk memberikan kepuasan dan keselesaan kepada semua penumpangnya. Melalui papan pemuka berbentuk S, ia cukup ergonomik dan praktikal. Sementara tempat duduknya dibalut dengan material kalis calar, Masumi.

Percaya atau tidak, Sylphy memiliki dimensi paling luas berbanding mana-mana sedan yang berada dalam segmen C. Malah, ruang kargonya mempunyai kapasiti sehingga 504 liter.

Menurut Pengerusi ETCM, Datuk Tan Heng Chew, menerusi pengenalan Sylphy, pelanggan kini boleh mendapatkan model yang memiliki prestasi enjin bersesaran 2.0 liter yang menjimatkan.

Harganya? Nissan menawarkan Sylphy pada harga yang cukup berpatutan bagi sebuah jentera bersesaran 2,000 cc. Anda boleh memiliki Sylphy dengan tanda harga RM112,800 untuk Comfort Package dan RM116,800 bagi pakej mewah (Luxury Package). Semua harga itu termasuklah insurans, cukai jalan, yuran pendaftaran dan pemilikan.

Luxury Package hadir bersama tempat duduk kulit, sistem audio dengan unit pemain cakera pada 6 penukar CD dan MP3 serta lapisan filem V-Kool pada cerminnya.

Eksekutif ETCM, Datuk Dr. Ang Bon Beng yakin sasaran jualan sebanyak 350 unit Sylphy sebulan dapat dicapai. Nampaknya anggaran itu sudah dapat dipenuhi apabila pihaknya telah menerima lebih 1,000 unit tempahan Sylphy sehingga kini.

Didatangkan dalam enam warna pilihan putih, hitam, kelabu, biru, perak dan emas, pemilik Sylphy juga menerima jaminan selama tiga tahun atau perbatuan 100,00 kilometer (yang mana hadir dahulu).

Source: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0705&pub=Kosmo&sec=Pemotoran&pg=pe_01.htm

Ulasan: Nampak gaya Honda dan Toyota perlu melipat gandakan usaha untuk menghasilkan model-model baru yang lebih kompetitif. Ana melihat sejak pelancaran Latio, Grand Livina dan Sylphy… ramai pelanggan setia Honda dan Toyota telah menukar angin…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: