Kereta kelas mewah tapi harga tak mewah…

Sylphy cantik, bergayaOleh Mohd Razlan Salleh
mrazlan@hmetro.com.my

KEPUASAN memandu buah tangan terbaru Nissan Sylphy yang dilancarkan minggu lalu memang terasa.

Sylphy yang dikenali sebagai Bluebird di Jepun ini memang dinantikan pelanggan setia Nissan berikutan ia terjual lebih 163,000 unit di seluruh dunia.

Peluang memandu uji oleh Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) memang saya tunggu.

Saya memilih Bandaraya Melaka, menyusuri laluan Sepang – Kuala Lumpur Seremban sebelum memasuki lebuh raya ke negeri bersejarah itu.

Jurutera Nissan mencipta sebuah kenderaan yang hampir sempurna dari sudut luarannya sehingga menerima Anugerah Reka Bentuk Terbaik Jepun 2006/07 bagi kategori kenderaan penumpang.

Lampu hadapan yang besar membolehkan cahaya dipantulkan 50 peratus lebih terang daripada biasa selain dilengkapi fungsi nyalaan automatik.

Difahamkan, ‘tanduk’ kecil yang terdapat pada lampu hadapannya digunakan untuk memudahkan pemandu memasuki tempat meletak kenderaan.

Walaupun kelihatan agak pelik, ia sangat berguna bagi sebuah kenderaan sedan kategori mewah saiz pertengahan terutama kenderaan berkenaan dipandu seorang wanita.

Ruang dalamannya amat luas dan mampu memuatkan lima dewasa.

Seluas 2,115 milimeter (mm) dan 1,210 mm tinggi dengan saduran kulit untuk pakej mewah atau bahan ‘Masumi’ kalis calar membolehkan penumpang berada dalam keadaan selesa ketika menempuh perjalanan jauh.

Selain itu, konsol tengah dengan kapasiti 9.7 liter membolehkan sebuah beg tangan ‘disorokkan’ daripada perhatian penjenayah yang sentiasa mencari peluang untuk melakukan samun.

Sistem pendingin hawa yang beroperasi secara automatik selain dilengkapi dengan lapisan kaca yang menghalang 87 peratus sinaran UV menambah keselesaan penumpang.

Sistem audio enam pembesar suara juga menjadikan kenderaan terbaru Nissan ini sempurna untuk sebuah keluarga yang mahukan sebuah jentera yang lengkap.

Dari segi prestasi, enjin 2.0L dengan teknologi Nissan Xtronik CVT (Transmisi Boleh Ubah Berterusan) menjadikan Sylphy sebuah jentera yang ,menjimatkan dengan penggunaan minyak sejauh 16 kilometer bagi satu liter petrol.

Malah, teknologi Xtronik CVT ini membolehkan penumpang tidak merasai langsung setiap kali pertukaran gear dilakukan dan enjin bergerak lancar.

Enjin aluminium generasi ketiga Nissan ini membolehkan jentera dipacu selaju 110 kilometer sejam (km/j) dengan putaran di bawah 2,500 rpm.

Dengan 133 kuasa kuda dan tork setinggi 191 Nm, Sylphy menjadi sebuah sedan yang cukup bertenaga, berkuasa serta bergaya.

Sistem suspensi juga lembut dan membuat-buai ketika mengambil selekoh. Bagaimanapun, perkara berkenaan adalah biasa bagi sebuah kenderaan keluarga kerana ia tidak dicipta untuk mengambil selekoh dengan kelajuan tinggi seumpama sebuah kereta lumba.

Dengan harga serendah RM112,800 bagi pakej selesa dan RM116,800 untuk pakej mewah, Sylphy dijangka mendapat sambutan sama seperti Grand Livina yang dilancarkan tahun lalu.

>SPESIFIKASI

Nissan Sylphy 2.0 Automatik

Enjin: 1,997cc DOHC dengan Xtronik CVT

Kuasa maksimum: 133hp @ 5,200rpm

Tork maksimum: 191Nm @ 4,400rpm

Ciri keselamatan: ABS, EBD, BA, Beg Udara SRS

Harga: RM116,800 (termasuk insurans)

Tayar yang dicadangkan

ComfortContact-1

195/65 R15 91V

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: