Jaga rabbit lebih mudah…

Pada hari Khamis yang lepas, ana berpeluang menemani teman ana bermalam di Taman Pertanian Universiti (TPU). Kehadiran ana ketika jam menunjukkan pukul 9.15 malam disambut dengan bunyi cengkerik dan unggas yang benar-benar mendamaikan.

Sampai di kawasan yang dijanjikan, ana menukar kasut kepada boot berwarna hitam seperti yang digunakan oleh Mr. Pua Chu Kang. Cuma Mr. Pua menggunakan boot berwarna kuning. Kemudian ana mendengar dengan teliti prosedur yang akan ana jalankan sebentar lagi.

“… Aku halau dia masuk lorong, kau tolak pintu ni supaya dia tak dapat lari ke belakang pastu kau ketuk-ketuk belakang dia sampai dia jalan ke depan. Nanti aku pasung kepala dia dan kau sendal kayu ni kat belakang kaki dia …”

Begitulah secara ringkas prosedur yang akan ana jalankan.

Sebelum segalanya bermula, teman ana itu telah berjaya melakukan segalanya secara berseorangan selama hampir 4 jam. Tapi cuma 3 ekor lembu yang menuruti arahan. Tinggal lagi 13 ekor lembu.

Kemudian bermulalah fasa-fasa sebagai pengambala lembu di sana.

“… Wei, cepat tutup pintu tu …”

Ha, terhenti dari lamunan…

“… Alamak, sori-sori. Terlepas sekor …”

Riak wajah teman ana bertukar. Ada kelat pada wajahnya. Kepenatan dan stress (bukan hypertension) barangkali.

“… Tak per-tak per. Aku pun lupa nak ajar ko betul-betul td. Kali ni kita buat yang sepatutnya dibuat …”

Skemanya ayat teman ana itu. Memang sejak dahulu dia terkenal dengan ‘keskemaannya’.

“… Berjaya …”

Seekor lembu masuk ke kawasan yang sepatutnya dan berjaya di ‘restrain‘. Kemudian bermulalah tugas teman ana yang sebenarnya. Glove besar dan panjang sehingga ke bahu dimasukkan ke tangan kiri.

Bagaimana ‘scan’ ovari lembu? Malu nak cerita. Klik sini.

Rupa ovari? Klik sini pulak.

Begitulah seterusnya sehinggalah jam menunjukkan pukul 1.30-2.00 pg dan tinggal hanya 6 ekor lambu lagi yang belum di scan.

Maka apabila ditolak campur bahagi dan darab, sebanyak 7 ekor lembu telah berjaya di scan antara jam 9.30 mlm – 1.30 pg… 4 jam = 7 ekor lembu?

Satu rekod…?

Bukan ana yang layak menentukannya. Kenapa tidak dihabiskan?

Kerana lembu-lembu itu tidak mahu bergerak dari tempatnya.

Tarik?

Tolak?

Kalau mahu mati cepat atau mandul anda boleh melakukannya. Melihat teman ana disondol salah seekor daripada 6 ekor lembu itu sudah menggetarkan kepala lutut ana.

Jesteru… jaga rabbit lebih mudah. Hanya perlu memegang telinga dan diampu punggungnya maka mereka boleh dikeluarkan dengan mudah daripada sangkar.

Ternyata jaga rabbit lebih mudah!!!

Tapi penat.

 

 

 

One response

  1. fuhhhh, itu membuktikan anta bekerja lebih dari 2 jam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: