Caj perkhidmatan PTPTN bakal turun?

Caj perkhidmatan PTPTN turun 50 peratus

13/06/2008 4:41pm

 

PUTRAJAYA 13 Jun – Kerajaan membayangkan penurunan sebanyak 50 peratus kadar caj perkhidmatan yang dikenakan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ke atas setiap peminjamnya.

Caj perkhidmatan yang dikenakan sehingga kini ialah tiga peratus dan ia bertujuan menampung kos pengurusan, pentadbiran tabung serta sebagai sumber pendapatan PTPTN untuk memberi pinjaman kepada pelajar lain pada masa depan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang ditemui selepas majlis pelancaran Transformasi Pengajian Tinggi di sini mengesahkan bahawa kadar penurunan itu `amat menyenangkan.’

“Kajian semula terhadap caj perkhidmatan yang dikenakan oleh PTPTN itu kini dalam peringkat akhir.

“Saya akan cuba membentangkannya pada mesyuarat Kabinet minggu depan sebelum mengumumkan secara rasmi,” katanya.

Kajian semula terhadap caj perkhidmatan PTPTN itu telah dimulakan sejak April lalu bagi memberikan keselesaan kepada peminjamnya.

Isu caj perkhidmatan PTPTN mula diperkatakan orang ramai dan persatuan-persatuan pelajar sejak setahun lalu.

Sebahagian besar peminjam mendakwa kadar caj tersebut terlalu tinggi dan membebankan mereka.

Bilangan peminjam PTPTN di seluruh negara berjumlah 1.2 juta manakala dana yang terkumpul pada masa ini ialah RM23 bilion.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata, pihaknya akan mengumumkan satu daripada sembilan institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan yang layak menyertai program Universiti Apex pada bulan depan.

Menurutnya, sembilan IPT itu ialah empat universiti berintensifkan penyelidikan iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Malaysia (USM),” katanya.

Lima universiti yang lain pula ialah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Tenaga Nasional (Uniten) dan Universiti Teknologi Petronas (UTP).

Universiti Apex yang merupakan salah satu aspek penting dalam Transformasi Kementerian Pengajian Tinggi itu merupakan universiti tersohor dan menjadi penanda aras peringkat dunia dalam bidang pengajian tinggi.

IPT yang layak itu dijanjikan autonomi dari segi kewangan, skim perkhidmatan, pengurusan, pengambilan pelajar, pensyarah, kepimpinan tertinggi dan penetapan yuran pengajian. – Utusan

Source: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0613&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_10.htm

Ulasan: Semoga berjayalah diturunkan hendaknya caj itu & diharapkan dengan perlaksanaan APEX yuran pengajian tidak akan menjadi semakin tinggi…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: