Mahu jadi Muslim berinformasi?

Jika dahulu Muzik-muzik berslogankan “Hiburan berinformasi”, maka kini apakata kita ramai-ramai menjadi muslim berinformasi. Caranya? Membaca… Membaca… Membaca… Itu sahaja caranya.

Apa yang hendak dibaca?

Mari kita merujuk buku karangan Dr Aidh Abdullah Al-Qarni,

  • Selain Al-Quran, elok jika turut sama dihafal 
  1.  
    1. Bulughul al-Mahram
    2. Riyadhu As-Salihin
    3. Al-Umdatu fi al-fikih
    4. Zadu al-Mustanqa’
    5. Nukhbatu al-Fikr wa al-Baequniyah al-Mustalah
    6. Mulhab al-Irab
    7. Al-Fiyah Ibn Malik
    8. Qatr Nada fi an-Nahw
    9. Al-Lum’
    10. Al-Qaraqat fi Usul Al-Fiqh
  • Sangat baik jika kita memiliki buku-buku seperti ini
  1.  
    1. Al-Kutubu as-Sittah
    2. Jami’ al-Ushul
    3. Majma’ az-Zawa’id
    4. Fatawa Ibn Taimiyah
    5. Fathu al-Bari
    6. Tafsir Ibn Katsir
    7. Al-Mughni
    8. Subulu as-Salam
    9. Naelu al-Authar
    10. Al-Bidayah wa an-Nihayah
    11. Zadu al-Ma’ad
    12. Fath al-Majid
    13. Bulughul al-Maram
    14. Riyadhu as-Salihin
    15. Jami’ al-Ulum wa al-Hukm
    16. Al-Adab asy-Syar’iyyah
    17. Al-Ibrah bi al-Jaudah wa al-Mutala’ wa al-Amal
  • Mahu belajar tentang Aqidah?
  1.  
    1. Tauhid karya Imam Muhammad ibn Abdul Wahab
    2. Ma’arij al-Qabul karya Syeikh Hafidz al-Hukmi
    3. At-Tahawiyah
  • Buku-buku tentang sastera?
  1.  
    1. Al-Mukhtarat karya al-Barudi
    2. Anisu al-Majais karya Ibn Abdul Bar
    3. Raudhah al-Fudhala’ wa Nuzlah al-Uqala karya Ibn Hibban
    4. Syair-syair Abu Tamam, Al-Mutanabbi, Syauqi, Hafizh Ibrahim Muhammad, Iqlal
  • Sejarah juga penting
  1.  
    1. Dalail an-Nubuwwah karya Baihaqi
    2. Zadu al-Ma’ad karya Ibn Qayyim
  • Buku-buku tentang hukum
  1.  
    1. Al-Mughni karya Ibn Qadamah
    2. Sunan al-Baihaqi karya al-Baihaqi
    3. At-Tamhid karya Ibn Abdul Bar
    4. Al-Muhalli karya Ibn Hazm
    5. Fatawa Ibn Taimiyyah
  • Mari belajar Hadith
  1.  
    1. Membaca buku-buku ringkasan hadith seperti Mukhtasar al-Bukhari karya az-Zubaidi, Mukhtasar Muslim karya al-Mundziri dan lain-lain
    2. Membaca kitab-kitab hadith seperti Sahih al-Bukhari, Sahih al-Muslim, Sunan, Musnad
    3. Membaca buku-buku syarah hadith seperti Fathu al-Bari, Syarhu an-Nawawi, Tuhfatu al-Ahwadzi dan lain-lain
  • Tafsir adalah minatku
  1.  
    1. Tafsir Ibn Katsir
    2. Tafsir al-Qurtubi
    3. Tafsir Syeikh Abd ar-Rahman Ibn Nasir as-Sa’di
    4. Tafsir Ibn Jarir ath-Tabari adalah tafsir yang panjang yang sebahagian isinya telah dimuatkan dalam Tafsir Ibn Katsir
    5. Tafsir Ibn al-Qadir adalah tafsir yang kebanyakan isinya adalah nahu dan saraf
    6. Tafsir al-khazin adalah tafsir yang banyak ditemui bid’ah dan penyelewengan
    7. Tafsir al-Razi adalah tafsir yang berjela-jela dan penuh dengan kata-kata yang tidak popular
    8. Tafsir Zad al-Masir adalah buku lengkap yang memuatkan pendapat-pendapat para mufasir namun tidak memuatkan hadith-hadith Nabi SAW

Demikian menurut pandangan Dr Aidh Abdullah Al-Qarni tentang beberapa buah buku yang wajar dibaca dalam usaha menjadi Muslim berinformasi. Ternyata apabila mengenangkan usia diri ini yang semakin tua, apabila dihitung-hitung jumlah bahan bacaan yang telah dikhatamkan, jelas terlalu sedikit seolah-olah tidak ada sebarang peningkatan seiring usia yang semakin meningkat.

Para ulama’ dahulu apabila berguru dengan satu-satu guru akan ‘grade’ dengan kefahaman, kejelasan dan ingatan terhadap apa yang dipelajari juga dengan kemampuan untuk menghasilkan sesuatu yang baru. Maka tidak hairanlah boleh lahir kitab ‘Qanun Fit Tibb’ karya Ibn Sina yang kemudiannya digunakan berkurun-kurun lamanya oleh bangsa Eropah.

Namun para penuntut ilmu masa kini yang hidup dengan serba kemudahan, memiliki kemudahan mengakses internet, e-book dan sebagainya masih tidak mampu untuk sekurang-kurangnya memiliki 10% kehebatan mereka!

Diharapkan generasi ‘tarbiyyah’ masa kini akan berupaya mengubah semua ini dengan penjanaannya bermula dari diri sendiri seterusnya diperpanjangkan kepada generasi akan datang pula. Kelak, akan lahirlah generasi Muslim yang berilmu dan tidak mustahil insan-insan sehebat al-Imam Syafie, Ibn Sina dan ramai lagi akan muncul kembali menjana kemenangan Islam. Insya-Allah.

Rujukan

Al-Qarni, A. A. Etika Menjadi Pelajar Cemerlang Gemilang, Pengalaman Para Ulama Besar. Kuala Lumpur. Al-Hidayah Enterprise.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: