Berjalan sejauh 1400 km dengan petrol RM 170…?

Nissan Grand Livina penuhi gaya hidup masa kini

NISSAN Grand Livina mempunyai banyak sebab untuk menjadi antara kereta yang paling laris dalam pasaran. Di Indonesia, dalam tempoh lima bulan selepas pelancarannya pada tahun lepas, model itu telah dijual sebanyak 14,000 unit.

Di Malaysia, sejak dilancarkan pada Disember lalu, sebanyak 15,000 buah Grand Livina telah dimiliki oleh rakyat negara ini.

Untuk pasaran sebuah negara yang mempunyai penduduk seramai 27 juta orang, angka jualan kereta itu di Malaysia menggembirakan para pegawai Edaran Tan Chong Motor (ETCM) Sdn. Bhd., syarikat yang memasang kereta itu di kilangnya di Serendah, Selangor.

Pandu uji Grand Livina baru-baru ini memberikan gambaran sebenar keupayaan kereta itu.

Pemberita Utusan Malaysia memandu uji model Grand Livina 1.6 liter manual. Kereta itu dibawa melalui satu perjalanan yang jauh dari Kuala Lumpur ke Kulim, Kedah dan kemudian merentasi kawasan bergunung-ganang Lebuh Raya Timur-Barat untuk ke Kelantan, Terengganu dan Pahang sebelum kembali ke Kuala Lumpur.

Jarak keseluruhan perjalanan kira-kira 1,400 kilometer. Dan teka berapa banyak petrolnya? Anda tidak perlu berbelanja lebih daripada RM170.

Grand Livina amat menjimatkan dari segi penggunaan minyak walaupun apa yang ditawarkannya dari aspek ruang dan keupayaan enjin menyamai model-model MPV lain yang lebih besar dan mahal.

Ia merupakan MPV bersaiz pertengahan yang memiliki tujuh tempat duduk. Inilah kelebihan yang apabila ditambah dengan ciri-ciri lain menjadikan model itu kereta Nissan yang paling popular di Malaysia sekarang.

Grand Livina merupakan model ketiga dalam keluarga kereta global Nissan yang baru dilancarkan di Malaysia, selepas model pertama, Latio dan kedua, Latio Sports.

Model itu direka bentuk dan dijuruterakan di Pusat Teknikal Nissan di Atsugi, Jepun dan diperkenalkan pertama kali di China pada tahun lepas, disusuli Indonesia, Taiwan dan Afrika Selatan.

Di Malaysia, model yang dipasang di kilang ETCM di Serendah menggunakan Kaedah Pengeluaran Nissan (NPW) yang merupakan piawaian antarabangsa Nissan bagi perkilangan berkualiti dan pemasangan kenderaan global.

Oleh kerana Grand Livina dibina menggunakan platform model Latio, kenderaan itu memberikan sesuatu yang berlainan, iaitu memandu MPV yang bergerak bagaikan sebuah sedan.

Reka bentuknya elegan dan moden dengan reka bentuk dalaman yang mewah dan serba guna selaras dengan slogan promosi model itu, “Pemanduan Seperti Sedan, Memenuhi Seperti MPV’.

Grand Livina juga didatangkan dengan enjin Nissan yang menawarkan prestasi menyegarkan, ditambah pula dengan penjimatan minyak bagi memenuhi keperluan gaya hidup dan kehendak rakyat Malaysia.

Ketika model Grand Livina 1.6 liter meluncur di Lebuh Raya Utara-Selatan yang lurus, kelajuan dan kelicinan enjinnya boleh mencecah 140 kilometer sejam dalam sekelip mata. Tanpa anda sedar MPV itu telah pun dipandu melebihi had laju yang dibenarkan.

Sewaktu ia dipandu di kawasan berbukit di kawasan banjaran gunung di antara Pengkalan Hulu di Perak dan Jeli di Kelantan, kereta itu memberikan pengalaman yang hebat untuk pemanduan di selekoh, mendaki dan ketika memotong.

Grand Livina dibangunkan di atas struktur badan monocoque yang memberi kawalan, ketangkasan dan kestabilan pada jalan berliku-liku dan bengkang-bengkok.

Struktur badan monocoque juga menjadikan Grand Livina lebih ringan untuk memberi lebih penjimatan penggunaan bahan api. Struktur itu juga memastikan pemandu dan penumpang mudah masuk atau keluar daripada kenderaan berikutan paras ketinggiannya yang rendah.

Nissan Grand Livina juga mengguna pakai teknologi suspensi kawalan ripple yang membantu meminimumkan gegaran di dalam kabin selain goyangan badan daripada luar. Ia memastikan pemanduan stabil dan selesa walaupun dalam permukaan jalan yang buruk.

Antara faktor yang menjadikan Grand Livina MPV idaman mereka yang berkeluarga besar ialah ia boleh memuatkan sehingga tujuh orang. Bagaimanapun, jumlah penumpang yang ramai itu hanya sesuai untuk perjalanan dalam bandar yang dekat.

Bagi perjalanan jauh yang memerlukan para penumpang membawa beg yang lebih banyak, mungkin satu tempat duduk terpaksa dikorbankan untuk dijadikan tempat meletakkan beg.

Pada umumnya, Grand Livina menepati apa yang diuar-uarkan.

Menurut Alice Wong Chee Sin, Pengurus Perhubungan Awam ECTM, permintaan yang tinggi menyebabkan masa menunggu untuk model itu kini selama empat bulan.

Dalam separuh kedua 2008, ECTM, katanya, bercadang untuk menambah pengeluaran kepada dua syif di kilangnya di Serendah.

Alice berkata, dari segi jualan, permintaan untuk Grand Livina mengatasi Latio.

Ulasan: Save betul…!!!

One response

  1. memang best..compare to toyota vios

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: