‘Sakai’

Sepanjang 3 tahun menuntut ilmu mikrobiologi, diri ini tidak pernah melakukan ujikaji ke atas haiwan yang masih hidup. Namun kini segalanya berubah kerana 42 ekor arnab sedang dan akan dikendalikan sebagai memenuhi keperluan ijazah sarjana yang sedang diusahakan.

Kata orang, handle animal bukan mudah. Kalau dia sakit, maka makanan tidak akan dimakan. Memandangkan kolesterol diberi melalui makanan, maka jangan harap ler nak dapat result seperti yang dijangkakan. Kalau dia stress, free radicals dalam dirinya akan lebih mudah bertindak. Memandangkan memang free radicals termasuk dalam kajian, maka terganggulah data. Kalau stress juga, darah pun sudah nak keluar. Memandangkan darah adalah subjek utama yang akan digunakan untuk mengukur lipid profiles, lipid peroxidation, inflammatory marker juga antioxidant enzymes, maka kalau darah tidak mencukupi jangan mimpilah nak dapat data seperti yang diharapkan.

“Dulu senior kita masa handle animal dia jadi ‘sakai’ tau,” kata seorang teman. “Saya lepas-lepas ni tobat tak nak handle animal lagi,” kata seorang teman lagi.

Malam ini fasa-fasa ke’sakai’an seakan bermula. Setelah berehat beberapa ketika daripada menghadap jurnal, buku teks juga buku log, maka malam ini segalanya terpaksa disusun semula.

Abstract untuk seminar, poster untuk seminar; bukan 1 seminar malahan 2 seminar. Prepare high cholesterol diet lagi, prepare simvastatin lagi, analyze data lagi, belajar SPSS lagi, buat buku log lagi, buat report bertaip lagi, prepare untuk seminar for proposal defending lagi, itu….. ini…..

Adakah diri ini juga akan ‘sakai’….?

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: