Penat: Angkara kerja atau perasaan?

Dahulu ana menemui suatu bab yang membicarakan tentang keletihan yang disebabkan oleh perasaan. Ya, perasaan, bukan aktiviti fizikal. Apabila kita menyukai sesuatu pekerjaan, maka kepenatan atau keletihan adalah suatu yang sukar untuk menjelma. Namun ketikamana kita membenci sesuatu pekerjaan, maka kepenatan atau keletihan itu adalah suatu yang lumrah.

Begini seperti yang diceritakan oleh penulis buku tersebut,

“… seorang wanita apabila pulang ke rumah sudah tidak lagi bertenaga untuk melakukan apa-apa pekerjaan lain selain berehat dan masuk tidur. Begitulah rutin hariannya setiap hari. Tetapi pada suatu hari, teman lelakinya mengajaknya menghadiri majlis tari menari anjuran teman mereka. Dirinya yang kepenatan secara tiba-tiba menjadi begitu bersemangat sekali. Jika pada malam-malam sebelumnya dia hanya memikirkan soal rehat dan tidur sahaja apabila pulang ke rumah namun pada malam itu soal tersebut seolah-olah tiada dalam kamus hidupnya. Dia menghadiri majlis tari menari tersebut dengan girangnya dan apabila pulang ke rumah dia masih lagi bertenaga untuk berjaga selama beberapa jam lagi. Keesokan harinya dia bangun dengan penuh kesegaran dan menuju ke tempat kerja dengan penuh gembira …”

Simtom kepenatan akibat perasaan

Sebelum ini kita selalu mengaitkan keletihan dengan aktiviti fizikal yang kita lakukan. Peluh yang mencurah-curah, bahagian belakang baju yang basah, kacamata yang ber’wap’, pandangan yang berpinar-pinar sebagai simptom keletihan yang menuntut kita untuk mendapatkan rehat. Tapi bagaimana pula sekiranya keletihan itu bukan disebabkan oleh aktiviti fizikal? Apakah pula simtomnya?

Rasa malas, tidak bermaya, tidak bersemangat adalah antara simptom mereka yang mengalami keletihan akibat perasaan. Ana pasti semua orang pernah mengalaminya. Kuncinya mudah sahaja seperti yang telah dijelaskan tadi iaitu apabila kita membenci atau tidak menyukai sesuatu pekerjaan. Ada orang yang apabila meletakkan jurnal-jurnal sains dihadapan dirinya, matanya mulai mengantuk. Ada orang yang apabila melihat timbunan buku-buku rujukan yang mesti dihabiskan, hatinya mulai terdetik, “… ala, studi pun belum tentu ingat semua. Baik tak payah …”. Ada orang apabila melihat sahaja pencapaiannya dalam 1st dan 2nd test sudah mula berkira-kira untuk mencipta berbagai alasan untuk mengelakkan dirinya daripada studi.

Ke semua contoh yang ana sebutkan di atas adalah contoh-contoh yang kerap menimpa diri pelajar; termasuklah diri ini. Jika tidak masakan semakin bertambah-tambah jurnal dan buku rujukan yang masih belum dikhatamkan sedangkan sudah hampir setahun menyambung pelajaran di peringkat sarjana!

Keletihan akibat perasaan adalah antara perkara yang boleh membunuh potensi seseorang pelajar. Ia menjadikan pelajar itu kalah sebelum berjuang. Tewas sebelum melangkah. Mati di luar gelanggang. Jika dibiarkan, ia boleh membantutkan kelahiran generasi ulul-albab yang digembar-gemburkan oleh pimpinan tertinggi negara tidak lama dahulu.

Penyelesaian

Maka apakah penyelesaiannya?

Jika keletihan akibat aktiviti fizikal boleh dielakkan dengan mengurangkan melakukan aktiviti tersebut maka keletihan akibat perasaan sebenarnya boleh dielakkan dengan memiliki sikap yang betul terhadap sesuatu pekerjaan. Kenali pekerjaan yang akan kita lakukan. Apakah signifikannya kepada golongan sasarannya. Kemudian pupuklah minat terhadap pekerjaan itu. Kekalkan semangat dan motivasi sejak mula melakukannya sehinggalah selesai mengerjakannya.

“… jika kita berupaya untuk mencipta mesin atau alat yang boleh mengukur minat seseorang terhadap sesuatu pekerjaan, kita sebenarnya telah mencipta suatu mesin atau alat yang membolehkan kita menjangka dengan tepat kejayaan atau kegagalan yang bakal dia perolehi …”

Ya, minat. Cukup sukar sekali menemui individu yang mempunyai minat yang tinggi di permulaannya melakukan apa-apa pekerjaan, kemudian masih memiliki minat sebanyak itu di pertengahan pekerjaannya. Yang selalu ditemui adalah individi yang mempunyai minat dan semangat yang berkobar-kobar di awal pekerjaan namun minat dan semangat tersebut semakin berkurang seiring lamanya pekerjaan itu berlangsung.

Maka berusahalah untuk meminati sesuatu perkara; menyukai sesuatu pekerjaan dan bersemangat terhadap apa-apa yang dilakukan demi menjamin kejayaan akan pekerjaan yang kita lakukan. Minat boleh lahir dari pelbagai cara juga pengaruh namun yang paling utama ialah untuk mengekalkannya di sepanjang pekerjaan yang kita lakukan.

Ingat, jika kita gagal mengekalkan minat dan tumpuan kita terhadap sesuatu pekerjaan, kita sebenarnya telah menempah kegagalan…!!!

Animal trial

Sewaktu entri ini ditulis, diri ini telah hampir sebulan melaksanakan fasa kedua penyelidikan untuk memperolehi sarjana dalam bidang fisiologi. Jika dahulu begitu bersemangat untuk menemui ‘anak-anak’ namun semakin lama semakin kurang semangat tersebut. Terasa begitu penat dan letih apabila bangun daripada tidur setiap pagi.

Selesai kerja di animal house, terasa begitu berat untuk menyelak lembaran jurnal dan buku untuk menambahkan input sebagai persediaan viva di kemudian hari. Adakah ana juga telah dihinggapi sindrom keletihan akibat perasaan…?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: