Untuk mereka yang berkereta…

Stereng bergetar perlu pemeriksaan

ADA ketikanya pemandu kereta tidak selesa apabila stereng yang dipegang bergetar dan tidak stabil kerana berat ke sebelah kiri atau kanan. Lebih merisaukan apabila seluruh badan kereta ikut bergetar.

Apabila berhadapan dengan keadaan ini, antara sebab utama kerosakan yang berlaku diberi perhatian termasuk tekanan tayar depan terlalu rendah atau ukuran tidak sama, kehausan tayar depan tidak serata, kehausan atau kelonggaran sambungan sistem kemudi atau kotak gear stereng bergoyang, penyelarasan jajaran roda depan kurang tepat dan roda depan tidak seimbang.
Jika menghadapi masalah seperti itu pemandu dan penumpang pasti tidak selesa, lebih-lebih lagi jika sedang dalam perjalanan jauh.

Untuk itu, punca kerosakan dan getaran perlu diketahui. Apabila memandu kenderaan penumpang atau trak, terutama trak kecil diatas jalan kasar atau rosak, biasanya akan terasa ada goncangan sehingga stereng perlu dipegang dengan kuat.

Namun, anda juga dapat berasa getaran atau goncangan pada stereng dan badan kenderaan walaupun keadaan jalan raya rata dan baik pada suatu kelajuan antara 70 kilometer sejam (kmj) dan 80kmj.

Keadaan ini dinamakan ‘shimmy’. Jika berhadapan dengan keadaan begini, mula-mula periksalah tekanan tayar depan, keadaan sistem kemudi atau skru roda depan.

Kemudian periksa kehausan tayar depan, sebaik-baiknya masih mempunyai rusuk bunga dengan ketebalan sekurang-kurangnya dua milimeter.

Gunakan tayar baru untuk perjalanan keluar bandar. Ada kemungkinan getaran yang berlaku boleh dihilangkan apabila tayar yang sudah haus diganti dengan tayar baru atau setelah tayar kiri-kanan ditukar kedudukannya.

Namun, jika getaran masih terasa, sebaiknya pemeriksaan dilakukan dengan lebih teliti kerana dibimbangi kerana disebabkan kehausan atau kelonggaran pada sistem rod kemudi dan sistem gantungan depan atau kerana penyelarasan penjajaran roda depan yang kurang tepat hingga menyebabkan roda tidak seimbang.

Untuk memeriksa dan membuat pembaikan bagi masalah berkenaan diperlukan alat dan kemahiran. Roda tayar dilengkapi satu alat pengimbang. Alat itu menunjukkan letak dan besarnya pengimbang yang harus dipasang pada rim roda.

‘Shimmy’ boleh terjadi apabila roda tidak dikunci dengan baik pada tempatnya, atau rod gandar tidak segaris dengan lubang pada roda. Jadi, banyak faktor yang boleh menyebabkan ‘shimmy’. Beberapa kerosakan dapat diperbaiki dengan mudah tetapi ada pula yang memerlukan kepakaran tertentu untuk membaikinya.

Source: http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Vroom/20080520132407/Article/indexv_html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: