Latio garang

Oleh Mohd Razlan Salleh
mrazlan@hmetro.com.my

LANGKAH pengedar kenderaan Nissan di negara ini, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) membawa masuk model Latio talaan khas daripada Impul dijangka mendapat sambutan hangat golongan muda yang mahu memiliki kenderaan yang lebih berkuasa.

Nissan Latio yang menerima sentuhan Impul bukan sahaja lebih mantap dengan rim berjejari 17 inci yang ringan, malah penambahan ‘skirting’ sisi, hadapan dan belakang menjadikan jentera berkenaan lebih garang dan bergaya.
Ketika dilancarkan baru-baru ini, Pengarah Eksekutif ETCM, Datuk Dr Ang Bon Beng, berkata model terbaru yang dipertingkatkan itu dikeluarkan secara terhad dan disasarkan kepada pelanggan yang mahukan jentera lebih berkuasa di jalan raya.

“Kami menerima permintaan yang mahukan wajah Latio kelihatan lebih mantap dan prestasinya turut dipertingkatkan.

“Bagi memastikan hasrat mereka dipenuhi, kami bekerjasama dengan Impul untuk membangunkan jentera Latio yang lebih bergaya dan berprestasi,” katanya.

Katanya, ETCM kini secara rasmi menjadi rakan usaha sama tunggal Impul di Malaysia.

“Serentak pengenalan model Latio dengan penalaan Impul ini, pembangunan untuk mengeluarkan alat ganti Impul secara tempatan sudah bermula.

“Jika mencapai prestasi baik, Impul bersetuju menjadikan Malaysia pusat pengedaran alat gantinya ke Asia Tenggara,” katanya.

Impul, jenama talaan terkenal Jepun, sering kali bekerjasama dengan Nissan dan terkenal dalam menghasilkan jentera berkuasa dan tangkas pada beberapa siri perlumbaan dunia.

Antara perubahan dilakukan pada Latio Impul termasuk pemasangan Impul Aerokit, sistem gantungan sport Impul, peredam bunyi ekzos Impul Blast II dan rim aloi 17 inci Impul Ns GTII.

Teknologi Impul Aerokit menyerlah penampilan dinamik Latio dengan padanan set jeriji depan baru, spoiler dan skirt sisi yang menjadi mercu kecemerlangan Impul dalam mempertingkatkan prestasi kenderaan.

Sistem gantungan berprestasi tinggi Impul pula dipadankan dengan penyerap dan spring rekaan khas bagi pemanduan kenderaan harian selain ketinggiannya direndahkan sehingga 25 mm.

Ini mewujudkan kestabilan maksimum ketika mengambil selekoh pada kelajuan tinggi, daya aerodinamik unggul di laluan lurus selain kecekapan membrek yang cemerlang.

Kemantapan berkenaan turut dipertingkatkan dengan rim aloi keluaran Impul berwarna emas dan perak seberat 6.48 kg bagi mengoptimumkan pengendaliannya di jalan raya.

Latio dengan penalaan Impul kini boleh dilihat pada setiap bilik pameran Nissan terpilih seluruh negara dan didatangkan dengan jaminan tiga tahun atau 100,000 kilometer.

Versi 1.6 ST (M) ialah RM94,386, 1.6 ST (A) (RM98,705.50), 1.6 ST-L (A) (103,715.50), 1.8 Ti (A) (RM107,744.30) dan Sport 1.6 ST-L (A) (RM105,587.50).

Ulasan: Proton tawarkan jaminan 5 tahun atau 175 000 km (yang mana terdahulu) tau. So marilah kita menggunakan Proton. Support lah kereta buatan Malaysia….

Source: http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Vroom/20080520133100/Article/indexv_html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: