Chevrolet Aveo menarik, mewah

Oleh Mohd Razlan Salleh
mrazlan@hmetro.com.my

KESEMPATAN memandu uji model terbaru Chevrolet Aveo di Phuket, Thailand baru-baru ini memberi pengalaman menarik bagi penulis.

Seronok melihat jelingan mata orang ramai terhadap jentera terbaru itu menyusuri pantai dan kesesakan orang ramai di Patong Beach.
Aveo terbaru yang dilancarkan Hicom-Chevrolet Sdn Bhd itu adalah versi ‘facelift’ terbaru daripada model sama sebelumnya.

Pembaharuan yang diberikan membolehkan jentera ini memiliki rupa bentuk gril hadapan berkrom, lampu utama dengan sistem multi-reflektor yang amat berguna pada waktu malam.

Aveo versi terbaru ini turut dilengkapi dengan lampu anti kabus pada bahagian bawah bumper hadapan.

Lampu isyarat membelok berada pada bahagian cermin sisi diberi sentuhan baru untuk lebih bergaya.

Paling menarik, kedudukan lampu isyarat membelok berada di bawah cermin sisi bukan di tengah seperti kebanyakan kenderaan lain.

Di belakang, lampu utama dihimpunkan dalam bentuk segi tiga dan memberi ruang bagi pintu but belakang kelihatan lebar dan tegap.

Bahagian dalam kenderaan bersaiz sederhana ini, salutan kerusi dan panel berwarna gelap menjadikan ruang dalaman kelihatan lebih luas dan selesa.

Penggunaan warna gelap menjadikan jentera terbaru itu bersih walaupun pasir pantai memenuhi ruang meletak kaki.

Aveo turut menyajikan kerusi kulit dan hiasan ‘kayu’ eksklusif bagi memberikan perasaan mewah kepada pemandu dan penumpang model Aveo LSX.

Sistem audio yang dibekalkan juga tidak mengecewakan apabila alunan muzik Siam terasa indah dan mendayu-dayu.

Tidak salah jika mahu dikatakan fokus kereta ini adalah untuk kegunaan kaum wanita ke tempat kerja atau kenderaan bagi keluarga bersaiz kecil.

Ini kerana, kuasa enjin serendah 1.4L mungkin jarang diminati pemandu lelaki yang lebih mengimpikan kuasa lebih besar selain bentuknya agak feminin.

Uji pandu penulis mendapati kuasa yang dibekalkan mungkin sedikit kurang jika dibandingkan dengan saiz badannya.

Penulis terpaksa menurunkan gear kepada lebih rendah bagi memberikan lebih kuasa untuk memotong atau mendaki bukit yang tinggi.

Tetapi, hasil kejuruteraan Eropah membolehkan penggunaan minyaknya amat ekonomi dan berbaloi untuk perjalanan jauh atau mengharungi kesesakan jalan raya.

Sistem suspensi daripada MacPherson berada pada tahap terbaik ketika melayan selekoh pada kelajuan sederhana dan sistem kerangka kukuh menjadikannya stabil.

Produk General Motors, Amerika Syarikat ini boleh dibanggakan kerana orang ramai sedia maklum, kejuruteraan Eropah sentiasa mengutamakan kestabilan ketika mengambil selekoh berbanding buatan Asia yang terasa beralun.

Chevrolet Avoe memiliki segala ciri-ciri kenderaan Eropah tetapi dengan harga amat berpatutan dan berdaya saing.

Bagi mereka yang mahukan sebuah kenderaan selain jenama Asia, Aveo adalah pilihan sesuai kerana faktor penjimatan minyak dan kestabilan memandu.

SPESIFIKASI

Model: Chevrolet Aveo
Enjin: 1.4L DOHC empat silinder 16 injap
Kuasa maksimum: 91hp@6,200rpm
Torkmaksimum: 130Nm@3,400rpm
Transmisi: Automatik empat kelajuan
Harga: RM82,847.20 termasuk insurans

Tayar yang dicadangkan

ComfortContact-1
Saiz standard
185/55R15 82V

Source: http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Vroom/20080520132833/Article/indexv_html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: