Maaf kerana kelaparan…

Hari ini adalah kali pertama ana mengambil darah arnab-arnab ana. Minggu lepas cubaan telah dibuat ke atas NC 1 dan NC 2, syukur segalanya berjalan lancar. Tidak sampai 30 minit selesai. Maka dengan berpijak kepada pengalaman itu, 7 ekor sepatutnya boleh habis dalam masa kurang 2 jam…

Namun, langit tidak selamanya cerah. Panas tidak selalunya sampai ke petang. Dari 2 jam yang djangka bertukar kepada 4 jam!!! Semuanya gara-gara darah yang tidak keluar, tersalah cucuk, ‘struggle’ yang berlebihan dan sebagainya. Rupanya masih banyak lagi hal-hal teknikal yang perlu dipelajari sebelum diri ini menjadi mahir.

Kedatangan sebelum jam 8 pagi dimulakan dengan sarapan sambil mendengar pegawai sains ana bercerita kisah-kisah keluarganya. Hmm… menarik. Sesuai dibuat filem gitu kalau Ahmad Idham dengar. Kemudian aktiviti melabel itu dan ini pula dilakukan, preparation of 70% alcohol, menghantar normal saline dan diluting agent ke makmal patologi kimia, membuat janji dengan ‘person in charge’ untuk ‘run’ experiment dan kemudian membawa sedikit demi sedikit barang-barang keperluan untuk ‘blood withdrawing’ ke animal house.

Di animal house sapaan kepada arnab-arnab kesayangan diberikan. Bak kata supervisor, “…   be good with them. Treat them like you treat your friends. Do not think that they are animals so you may do whatever do you want. If you failed to do so, you plan to face much and much difficulties during your entire animal study process…”. Maka, setiap hari sapaan diberikan, lagu-lagu dialunkan dan usapan penuh manja dipersembahkan.

Satu!!! Arnab pertama dengan Kod NC 1 dikeluarkan dari sangkarnya. Syukur, tidak banyak kerenah. Mudah untuk dibawa ke post mortem room berjarak hampir 10 meter anggaran. Masuk, pasung, kunci…!!! Arnab pertama telah siap sedia untuk mendermakan darahnya. Sssss… alkohol disapu ke telinganya. Sapu dan sapu. Sapu dan sapu. Sapu dan sapu. Jarum dikeluarkan. Vein semakin membesar. Siap sedia untuk mencucuk dan dicucuk. Zzzuuuupppp… masuk! Jarum sudah masuk! Eh, terkeluar semula…!!!!! Rupanya semasa mencucuk NC 1 struggle menyebabkan telinganya tertarik ke belakang sedangkan pada masa yang sama tangan masih memegang jarum. Maka jarum terkeluar.

Prosedur yang sama diulangi lagi sehinggalah kedua-dua belah telinga digunakan. Allah Akbar, hanya dapat memenuhkan satu tube EDTA sahaja dengan 3 ml isipadu. Sedikit kecewa… Test SOD dan Gpx yang dijadualkan untuk dijalankan pada petang ini tidak dapat dilakukan kerana tube Herparin tidak sempat untuk dipenuhkan apabila darah berhenti keluar lebih awal. NC 1 dibawa ke sangkarnya semula. Kecewa….

Arnab kedua atau NC 2 dikeluarkan. Cubaan dilakukan sekali lagi. Prosedur yang sama. Kali ini dapat memenuhkan satu tube EDTA dan dua tube Herparin. Itupun dengan bantuan supplier yang tidak hanya bertindak sebagai supplier malahan juga bertindak sebagai pembantu dalam penyelidikan. Banyak skil-skil, petua-petua dan panduan-panduan pengendalian haiwan diperturunkan kepada pelajar-pelajar yang berkampung di animal house. Almaklum, orang lama… Syukur kerana dapat proceed dengan test yang dijadualkan petang ini. Kalau tidak, rugi reagent sahaja. Dah la mahal…

Arnab ketiga atau NC 3 dikeluarkan. Kali ini pambantu makmal yang ‘super hardworking’ muncul menghulurkan bantuan. Sekali cucuk dua tube EDTA dan dua tube Herparin dapat dipenuhkan. Hebat bangat!!! Sekali cucuk tu… Terasa lega sedikit hati dan diri. Keadaan semakin baik kelihatannya.

Arnab keempat atau NC 4 dikeluarkan pula. Kali ini ana mencubanya sendiri. Ok, cucukan yang ketiga jika tidak silap telah dapat memenuhkan dua tube Herparin. Cucukan yang seterusnya dapat memenuhkan dua tube EDTA pula. Begitulah seterusnya dilakukan untuk NC 5, NC 6 dan NC 7. Terasa semakin yakin untuk mencucuk. Benar kata orang, practice makes perfect.

Pukul 2 petang. Sudah pukul 2 petang. Zohor belum lagi, lunch belum lagi, plasma preparation belum lagi, whole blood preparation pun belum lagi. Kaki semakin lenguh kerana terlalu lama berdiri. Kerusi-kerusi semuanya digunakan oleh pihak yang melakukan ‘animal sacrificing and organ taking’ tadi. Perjalanan mesti diteruskan. Jika Rambo berkata, “… live for anything or die for something …” maka hati ana pula berkata, “… proceed or you have to throw all the blood you took today!!! SOD and Gpx should be completed today!!! …”

Di makmal patologi kimia, tunjuk ajar diberikan oleh person in charge. Buat itu ini, masuk itu ini, aspirate itu ini, wash itu ini, centrifuge kat sana, bagi kat dia. Pukul 3 petang selesai preparation untuk Gpx. Person in charge pula mengambil alih menjalankan test. Data di key in. Tekan itu tekan ini. Selesai. Mesin bernilai puluhan ribu menjalankan tugasnya.

Pukul 3.30 petang. Masih belum selesai preparation untuk SOD. Kena centrifuge selama 10 minit sebanyak 5 kali. Blood dalam EDTA tube dan satu lagi Herparin tube masih belum selesai diproses. Bagaimana? Zohor juga belum!!! “… Faridah, ko tolong settlekan keje-keje kat sini boleh …? Aku nak settlekan keje-keje lain kat bawah …” Persetujuan dicapai. Tak pasal-pasal ko kena tolong aku seharian Faridah oooiiii. Maap bangat. Nanti masa ko run animal study ko aku pulak tolong. Hopefully time tu aku dah cekap bangat. Nak minta tolong orang lain masing-masing ada keje. Dibawah keje-keje men’centrifuge’ dilakukan dengan jayanya. Sempat curi masa untuk Zohor akhirnya. Selamat…. Plasma yang diperolehi daripada EDTA tube dipindahkan ke Hitachi cup dan eppendorf tube. Ketika ini kekecewaan kembali menerjah ruang hati….

Ada darah yang sedia clot, lysis dan sebagainya. Ternyata knowledge dalam blood plasma and whole blood preparation masih tidak mencukupi. Hanya NC 7 bekalan plasmanya lebih daripada mencukupi. Yang lain hanya cukup-cukup makan. Aduhhhh…. Kena ambil lagi la nampaknya. Langkah berjaga-jaga.

Selesai lebih kurang pukul 5.15 petang barang-barang dibawa pulang ke lab anatomi semula. Dalam perjalanan muhasabah diri berlaku. Masih banyak perkara yang berada di blind spot. Tidak terfikir untuk diselongkar selama ini. Terima kasih teman-teman yang banyak menunjuk-ajar. Terlalu banyak pengalaman kalian yang menjadi knowledge buat diri ini. Dengan Asar yang masih belum tertunai, diri ini bergegas ke animal house. Terasa sayu hati apabila melihat arnab-arnabku yang kelaparan terutama yang darah mereka diambil tadi, puasa 12 jam sebelum darah diambil telah menjadi 24 jam!!!

Satu demi satu bekas air dan bekas makanan dibawa keluar untuk dibasuh kecuali bekas makanan yang berpuasa yanng hanya ditambah makanan mereka. Hampir 6.30 petang semuanya selesai. Maaf dipinta, lambaian diberikan dan dengan rasa rendah diri, pintu animal house ditutup.

Pecut!!! Di masjid universiti aktiviti mandi-manda berlaku. Asar!!! Hampir-hampir 7.00 petang. Maghrib!!! Juga dilakukan di sana. Kemudian bergegas ke padang untuk makan malam. Bertemu seorang pelajar keturunan cina yang dikenali sewaktu sama-sama mengambil kelas sewaktu semester satu dahulu. Ada juga teman berbicara.

Minggu depan 14 ekor++ akan menyusul. Semoga ilmu yang sedikit ini mampu mempermudahkan dan mempercepatkan.

 Arnab-arnabku yang kelaparan, maap dipinta….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: