Siri petua motosikal – 2 – penapis udara & prestasi enjin

Jarak masa tukar penapis udara

ADAKAN saya perlu menukar penapis udara motosikal? Adakah ada jarak tertentu yang memerlukan saya me nukarnya dengan yang baru?

Hisham Ahmad
Selangor

PENAPIS udara biasanya memerlukan perhatian setiap 10,000km perjalanan dan pastikan ia penapis tulen yang sentiasa bersih.

Jika anda sering menunggang dalam keadaan jalan berdebu, elok diperiksa penapis udara lebih kerap bagi memastikan prestasi penapisan udara berfungsi dengan baik.

Source: http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/MekanikAnda/20080513135006/Article/indexp_html

Mahu prestasi enjin tahap maksimum

SAYA memiliki motosikal Suzuki RGV 120 dan menukar minyak pelincir setiap 5,000 kilometer.

Bolehkah saya mendapatkan maklumat berhubung pe nukaran minyak pelincir? Apakah bahagian yang perlu diperiksa untuk memastikan prestasi enjin berada pada tahap maksimum?
Penunggang Motor
Pahang

MINYAK pelincir perlu ditukar setiap 5,000 kilometer bagi memastikan operasi motosikal berada pada tahap mak simum.

Selain menukar minyak pelincir, penapis udara perlu di periksa bagi memastikan setiap habuk atau kotoran tidak memasuki kebuk pembakaran.

Habuk dan kotoran ini mengikut aliran udara yang disedut ke dalam karburetor boleh menyebabkan kehausan pada dinding silinder, gelang piston dan bahagian bawah piston serta gegalas utama.

Kemasukan habuk ini boleh menyumbang sehingga 40 peratus faktor kerosakan enjin.

Gunakan penapis udara berkualiti kerana keadaan akan menjadi lebih buruk terhadap enjin dua lejang kerana campuran habuk dengan minyak pelincir 2T membentuk bahan likat yang melekat pada dinding piston dan tidak ditolak keluar gas ekzos.

Source: http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/MekanikAnda/20080513135133/Article/indexp_html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: