Kuasa sebatang pen dan sehelai kertas

Tadi selesai sudah menyelesaikan planning untuk bulan ini. Ada beberapa tugasan yang mesti disiapkan yang setelah disenaraikan, kelihatannya tidak cukup masa senggang yang ada untuk menyelesaikannya. Abstract untuk seminar akan datang, poster, paper, itu dan ini. Maka baharulah tersedar seketika bahawa diri ini telah hampir muflis masa rupanya. Masya-Allah…

Kemudian memori semasa ‘muda-muda’ dahulu singgah seketika. Dahulu pernah diri ini membuat planning yang sama. Di akhir garisan, hampir 70% kerja-kerja seperti yang disenaraikan berjaya diselesaikan. Syukur, Alhamdulillah…

Agaknya sebab itulah dalam buku self improvement yang pernah ana baca 7 tahun yang lalu berbicara soal ‘kuasa’ yang ada pada sebatang pen dan kertas dalam bab pertamanya. Kisahnya lebih kurang begini,

“… tuan yang mulia, saya telah pun menghadiri pelbagai kursus, seminar dan ceramah yang memperkatakan soal pengurusan masa yang efektif. Namun sehingga kini saya masih bergelut untuk menggunakan masa saya secara efektif. Boleh pihak tuan ceritakan apa yang pihak tuan boleh tawarkan kepada saya berkait dengan masalah yang saya sedang hadapi ini …,” tanya seorang berjawatan besar dalam sebuah syarikat.

“… baik, saya akan selesaikan dalam masa 10 minit sahaja …,” jawab seorang pengendali kursus self improvement.

“… 10 minit sahaja? Masakan dalam 10 minit tuan boleh memberi saya sesuatu yang dapat menyelesaikan masalah saya ini? …,” dengus orang ‘besar’ tadi

“… ye, dengar dahulu. Begini, kamu hanya perlu sediakan sebatang pen dan kertas mulai petang ini dan gunakan kaedah ini sehingga kamu mati …,” bicara pengendali itu lagi

“… pen dan kertas sahaja? …,” soal orang ‘besar’ itu lagi

“… ye, biar saya tunjukkan caranya. Petang ini sebelum kamu keluar dari pejabat kamu, ambil masa selama 10 minit untuk menyenaraikan kerja-kerja yang kamu perlu siapkan pada hari esok. Juga masukkan sekali kerja-kerja yang kamu tidak berjaya untuk siapkan pada hari ini. Kemudian ambil masa 5 minit lagi untuk menomborkan kerja-kerja yang telah kamu senaraikan itu dari 1 hingga habis. Apabila kamu tiba di pejabat pada esok pagi lihatlah senarai itu dan mulakan bekerja untuk menyiapkan tugas yang telah kamu nomborkan sebagai nombor satu. Dari semasa ke semasa lihatlah senarai itu dan tumpukan pada kerja yang telah kamu nomborkan sebagai nombor satu. Selesaikan dahulu kerja tersebut sebelum mula melakukan kerja yang telah kamu nomborkan sebagai nombor 2 …,” terang si pengendali

“… itu sahaja? Nampak mudah. Saya akan cuba lakukan petang ini juga dan saya akan maklumkan hasilnya pada kamu. Berapa bayarannya? …,” tanya si orang ‘besar’

“… terpulang kepada kamu. Bayar selepas kamu mencubanya. Tetapi ingat, sekiranya kamu tidak berjaya untuk menyiapkan walau kerja yang telah kamu nomborkan sebagai nombor 1, kamu jangan pula rasa susah hati kerana kamu telah mencuba dan kerja-kerja lain masih boleh ditangguh …,” tambah si pengendali

“… baik, terima kasih atas khidmat yang telah kamu berikan …,” kata orang ‘besar’ itu lagi sebelum kedua-duanya berpisah

Selepas mencuba, orang ‘besar’ tersebut telah mengirimkan cek berjumlah USD 25 000 kepada si pengendali kursus-kursus self improvement itu atas kejayaannya menguruskan masanya dengan lebih efektif. Kaedah tersebut juga telah memotivasikan dirinya untuk membuat satu panggilan telefon yang telah ditangguhkannya selama beberapa bulan yang kemudiannya telah memberi keuntungan kepada syarikatnya sebanyak USD 1 juta. Dia bukan sahaja mempraktikkan untuk dirinya malah juga memperkenalkannya untuk orang-orang bawahannya. Tidak disangka cara yang diperolehinya ketika sedang menanti keretapi lebih banyak membantu dirinya berbanding kursus-kursus, ceramah-ceramah dan seminar-seminar self improvement yang lain yang lebih mahal harganya.

Kini, cara yang sama akan digunakan buat ke sekian kalinya agar sisa-sisa waktu yang ada dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Jika gagal? Ternyata sebabnya bukan cara di atas tetapi adalah disiplin diri yang belum lagi sempurna.

“… apakah hadiah yang paling berharga untuk anakmua …,” soal seseorang

“… disiplinadalah hadiahnya …,” jawab seseorang yang lain

Juga ayat yang sering dibacakan buat ke sekian kalinya. Moga semakin bersebati dengan diri ini kerana denganmu diri ini tidak akan sesat buat selama-lamanya.

“… Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan saling menasihati supaya mentaati kebenaran dan saling menasihati kepada kesabaran …” (Al-Asr 103:1-3)

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: