Perjalanan yang mendewasakan…

Tersebutlah suatu kisah bahawa semalam diri ini telah melakukan perjalanan hampir 200 km dalam sehari. Dimulakan dengan Bismillah… diri ini tiba di animal house untuk menyelesaikan rutin harian; membasuh dan memberi makan anak-anak kesayanganku.

Kemudian diri ini bergegas ke rumah Allah untuk membersihkan diri menggunakan sabun antibakteria jenama ‘lifebuoy’ bagi mensterilkan diri dari ancaman mikroorganisma penyebab penyakit. Usai mandi diri ini memecut ke taman ilmu bagi bertemu generasi pemimpin akan datang.

Di taman ilmu diri ini termangu di jendela. Dilontarkan pandangan jauh ke sudut sana. Dibiarkan lamunan melayang sehingga tersingkap tabir-tabir semalam. 

“… li, ko jadi imam la li. Tapi baca surah pendek-pendek udah, jangan panjang-panjang …”

Panjang sangat ker surah yang aku baca selama ni, getus hatiku.

Kini di surau yang sama diri ini berada. Tersenyum sendirian mengenangkan dialog yang telah terungkap 9 tahun lampau. Tiba-tiba…,

“… anta kat maner? …,” tanya seorang sahabat menerusi alat ciptaan Alexander Graham Bell.

“… ana kat sekolah, awat? …”

“… ana terkunci. Terkunci di dalam rumah!!! …”

“… baik, berita paham, roger and out …”

Dengan bantuan kenderaan 4 lejang berkuasa 125 cc dengan sistem penyejukan udara diri ini memecut laju. Perjalanan yang biasanya memakan waktu 40-50 minit disingkatkan kepada 25 minit. Turun satu senggat minyak. RM 1 tu…

Tiba di rumah diri ini bersegera untuk ke destinasi cinta yang seterusnya. Pecutan iaitu laju per masa sekali lagi dilakukan. Syukur kerana tidak terjadi awapecutan. Diri ini tiba di rumah orang-orang tidak stabil seperti yang dijanjikan.

Di sana diri ini berlegar-legar di ruang legar menantikan masa yang dijanjikan. Kelihatan insan-insan stabil dan tidak stabil mundar-mandir. Ada juga yang duduk di hamparan yang disediakan.

Ting!!! Masa yang dijanjikan tiba. Berjalan pantas diri ini ke lif yang disediakan.

Fuh…!!! Masih ada lagi rupanya mamat ni di wad 4A hospital Putrajaya… jika tidak kembali sahajalah ke sarang.

“… kakak?  Tapi lain bebenor wajahnya …”

Apabila mereka pulang cerita yang sebenarnya tersingkap.

“… awek aku tu, bukan kakak aku …”

Patut ler muka lain bebenor.

Apapun kepadamu Salleh, didoakan semoga lekas seumbuh. Kasihan melihat anis dan olin terkejar-kejar menyiapkan experiment kamu dan dia.

“… dan apabila aku sakit, dialah yang menyembuhkan aku …” (Asy-Syuaraa’ 26:80)

Juga buat Abu yang tidak sempat ahli baiti jannati lawati… semoga cepat sembuh. 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: