Kemenangan… kerana bakat atau sindiran…?

Apabila ahli agama memberikan pandangan yang tidak sealiran dengan arus kehendak nafsu dan jiwa masyarakat, seringkali ahli agama diketepikan pandangannya, dipertikai buah fikirannya dan dilupakan keahliannya. Namun apabila pandangan yang diberikan selari dengan kehendak diri masyarakat, maka pada waktu itu pandangan itu diangkat dan dijulang sebagai menepati cita rasa masyarakat.

Kemenangan seorang artis dalam suatu majlis berprestij baru-baru ini mungkin dilihat oleh sesetengah pihak sebagai suatu sindiran kepada suatu kenyataan ahli agama yang tidak berpihak kepada artis tersebut.

“… tengok, sekat la dia lagi… menang besar dia malam ni…”

“… tu la, tak reti menghargai bakat yang Allah SWT dah kurniakan kepada dia… nak jugak sekat… yang sudah tu sudah la…”

“… aku yakin peminat dia tak kan terkesan dengan larangan tu….!!!”

“… blah la. Hang ingat kami tak boleh tengok show dia kat tempat lain….?!!1”

Teringat ceramah seorang ustaz…

“… ustaz ni duduk dalam hutan je lah… semua haram…. tak de yang halal, haram belaka dengan ustaz…”

 Juga terimbas kenangan semasa membentang buah fikiran kumpulan semasa kursus kepimpinan sekitar tahun 1999 dahulu,

“… ahli agama seakan tiada tempat di hati masyarakat. Biar tepat lagi jelas pandangannya, masyarakat tetap tidak kisah dengan kata-katanya….”

Lagi satu teringat ungkapan keramat seorang ustaz dalam kaset ceramahnya,

“… patutnya bila ahli agama dah cakap camni masyarakat seharusnya tanya kenapa, dalilnya dan perkara-perkara lain yang berkaitan. Ini tidak, pandangan itu pula yang dipersoalkan sehingga tidak lagi berdiri untuk dipatuhi bahkan hanya sebagai bahan lawak semata-mata…” 

Kasihan… sedih melihat kelibat ahli agama yang bersusah payah melakukan rujuk silang sebelum mengeluarkan sesuatu pendapat mahupun fatwa.

Pandangan mereka diketepikan, keahlian mereka dipertikaikan dan mereka dituduh pula sebagai kolot dan jumud.

Maka adakah kemenangan itu betul disebabkan bakat dan kualiti… atau hanya sebagai sindiran kepada ahli agama?

Semoga Allah SWT mengembalikan ahli agama ke kedudukan yang sepatutnya dalam hiarreki masyaratakat, juga dalam diri dan hati masyarakat.

“… Katakanlah: Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu …” (Al-Imran 3:26)

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: