Siri tokoh-tokoh dunia Islam

Tokoh 1: Imam Syafie (Siri 1)

Biodata

Nama penuh: Abu Abdullah Muhammad Bin Idris Bin Al-Abbas Bin Uthman Bin Syafie Bin Al-Said Bin Ubaid Bin Abd Yazid Bin Al-Muttalib Bin Abd Manaf. Beliau adalah sorang Quraisy; keturunan di mana Nabi Muhammad SAW juga berasal daripadanya

Bapanya berasal dari Thalabah yang merupakan sebuah daerah yang masyhur di antara Madinah dan Yaman tetapi menetap di Asqalan, Palestin. Beliau meninggal dunia sewaktu As-Syafie masih dalam buaian lagi.

Ibunya bernama Fatimah Binti Abdullah dan berketurunan Uzd. Selain merupakan seorang yang warak, beliau dikatakan banyak mempengaruhi jalan hidup As-Syafie. Ibu As-Syafie setelah kematian suaminya berusaha membesarkan As-Syafie dalam keadaan serba kekurangan dan apabila usia As-Syafie 2 tahun, beliau berpindah ke Makkah; tempat majoriti orang-orang Quraish berada.

As-Syafie lahir di Ghazzah (Gaza), Syam pada tahun 150 Hijrah, tahun kematian Imam Abu Hanifah. Sebaik tiba di Makkah, As-Syafie mula berjinak-jinak dengan dunia keilmuan dengan mula mempelajari Al-Quran, menghafalnya, mempelajari Hadith, menulis hadith-hadith yang dipelajarinya di kulit-kulit kayu, tulang-tulang dan kertas-kertas terpakai yang diperolehinya daripada pejabat kerajaan.

Kepentingan bahasa sbg wadah ilmu

As-Syafie menyedari bahawa bahasa memainkan peranan yang signifikan dalam penguasaan ilmu. Untuk tujuan mempelajari seterusnya menguasai bahasa, As-Syafie telah berpindah ke kawasan pedalaman untuk hidup bersama-sama Bani Huzail selama 10 tahun.

 Di sana As-Syafie berjaya mencapai suatu tingkat yang tinggi dalam bidang bahasa dan kesusasteraan Arab. As-Syafie juga belajar memanah, menunggang kuda, sejarah dan ilmu-ilmu perubatan semasa berada di perkampungan Bani Huzail.

Route of learning and teaching

Bani Huzail       →        Makkah           →        Madinah           →        Yaman             →        Iraq      →            Makkah           →        Baghdad

 Selepas 10 tahun berada di perkampungan Bani Huzail, As-Syafie telah kembali ke Makkah. Di sana beliau belajar dengan tekun walaupun dalam serba kekurangan. Dalam waktu yang singkat sahaja As-Syafie berjaya muncul sebagai ahlli Tafsir yang mahir, ahli Feqah yang matang selain pakar dalam bahasa. Dengan pencapaiannya, beliau mula mengajar di masjidil haram.

Sewaktu berada di Makkah, As-Syafie mendengar khabar tentang kehebatan Imam Malik di Madinah. As-Syafie berhasrat untuk berguru dengan Imam Malik dan sebelum berangkat ke Madinah, beliau telah menghafal kitab al-muwatta karangan Imam Malik yang mashyur. Di Madinah As-Syafie telah menjadi pelajar sepenuh masa dengan Imam Malik selama 10 tahun sehinggalah Imam Malik meninggal dunia pada 179 Masihi. Selain berguru dengan Imam Malik, As-Syafie juga berguru dengan ulama’-ulama’ lain yang terkenal di Madinah.

Selang beberapa lama setelah kematian Imam Malik, As-Syafie kembali ke Makkah tetapi beliau kemudiannya berangkat ke Yaman untuk bekerja sebagai pekerja rendah di dewan pengadilan. Semua ini dilakukan As-Syafie bagi menyara kehidupannya yang miskin. Tidak seberapa lama kemudian, As-Syafie menjadi terkenal bukan sahaja di Yaman bahkan di kawasan-kawasan lain sehingga bekas guru-gurunya di Makkah mencadangkan agar beliau tidak lagi bekerja dengan kerajaan bahkan menumpukan sepenuh masa kepada dunia ilmu. As-Syafie terus memilih untuk bekerja dengan kerajaan dan kemudian beliau dinaikkan pangkat sebagai pegawai di Najran.

As-Syafie telah difitnah sebagai pemberontak sehingga beliau dibawa mengadap khalifah yang memerintah pada ketika itu di Baghdad. As-Syafie dengan campur tangan Muhammad Bin Al-Hasan, murid kepada Imam Abu Hanifah dan merupakan ulama’ besar di Baghdad pada ketika itu terlepas daripada hukuman bunuh. As-Syafie kemudiannya berguru dengan Muhammad Bin Al-Hasan untuk mempelajari Feqah penduduk Iraq dan berusia 34 tahun pada waktu tersebut.

Muhammad Bin Al-Hasan meninggal dunia pada tahuan 189 hijrah dan selang beberapa lama kemudian As-Syafie kembali ke Makkah sebagai orang yang mahir ilmu Feqah dari 2 aliran; aliran Hijaz dan aliran Iraq. Di sana As-Syafie memanfaatkan sepenuhnya suasana yang tenang dan suasana ilmiah yang kondusif untuk menyelidiki dan membuat penelitian serta perbandingan atas ilmu-ilmu Feqah yang telah dipelajarinya selama ini. As-Syafie di Makkah juga telah membawa pembaharuan dalam methodology Feqah dan pembaharuan ini disambut baik oleh ulama’-ulama’ secara keseluruhannya.

Abdurrahman Bin Mahdi telah mengutus surat kepada As-Syafie supaya menulis sebuah kitab mengenai pengertian Al-Quran, riwayat-riwayat Hadith yang boleh diterima, kewibaan ijma’ serta keterangan menganai nasikh dan mansukh dalam Al-Quran dan Sunnah kepadanya atas kepercayaan beliau kepada As-Syafie sebagai orang yang berkebolehan besar dalam usul Fiqh. As-Syafie telah mengirimkan kitab al-risalah kepada beliau pada 236 hijrah.

As-Syafie telah berkunjung ke Baghdad sekali lagi pada tahun 195 hijrah yang terkenal sebagai tempat perhimpunan ulama’ Feqah setelah Madinah tidak lagi memainkan peranan tersebut selepas kematian Imam Malik untuk membentangkan hasil penyelidikannya iaitu mengenai usul Fiqh. As-Syafie memulakan kelas pengajiaannya di sana dan menjadi semakin terkenal. As-Syafie telah menghidupkan kembali pengajian sunnah sebagai asas pengajian Feqah yang mana sebelum itu sunnah Cuma dipelajari daripada aspek periwayatan sahaja.

Demikian menurut teks rujukan ana

Rujukan

Lupa nak letak… buku tertinggal di rumah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: