Helaian rambut ketika sujud

“… Ada sehelai dua rambut yang jatuh menutupi dahi semasa aku sujud, sah ke tidak solat aku …”

Melalui bacaan ana, Imam Syafie berpendapat bahawa wajib dahi terbuka dan tidak ada apa jua yang menghalang di antara dahi dan tempat sujud. Ini berdasarkan hadith riwayat Ibn Hibban

“… Apabila kamu bersujud hendaklah kamu menekankan dahimu ke bumi dan   jangan mencecah cepat semata-mata”

Namun terdapat hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim yang menjealaskan bahawa para sahabat pernah meletakkan hujung baju mereka bagi mengalas dahi mereka ketika hari yang panas. Majoriti ulama’ daripada Mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali mengharuskan dahi tertutup ketika sujud.

Kesimpulannya, solat tidak terbatal bahkan sah jika ada sesuatu yang menghalang (bukan tangan… kalau tangan batal kecuali menurut Hanafi) dahi ketika sujud. Namun ulama’ memakruhkan solat itu sahaja kerana ada hadith lain riwayat Bukhari yang menjelaskan bahawa dahi hendaklah tidak ditutupi rambut atau baju. Adapun hadith yang menjelaskan perbuatan para sahabat yang sujud di atas baju hanyalah dalam keadaan tertentu yang darurat sahaja. Dalam keadaan biasa eloklah dahinya terbuka.

Demikian seperti yang difahami daripada teks rujukan ana.

Rujukan

Zaharudin, A. R. 2008. Tatacara Solat Berkualiti. Dalam: Formula Solat Sempurna. Kuala Lumpur. Telaga Biru, 73-74

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: