Dua kolah

“… Aku mandi wajib tapi air tak cukup 2 kolah tp sumber air mengalir terus… boleh terus mandi atau tunggu 2 koleh jugak …?”

Penentuan samada boleh atau tidak mandi wajib dengan keadaan air yang sebegitu atau sah atau tidak mandi wajib boleh dijawab dengan memahami hakikat air dua kolah.

“… Aku telah mendengar Rasulullah SAW ditanya mengenai air di tengah padang pasir yang luas. Berkemungkinan ia telah digunakan oleh binatang-binatang buas dan sebagainya. Baginda berdabda: Jika ia telah mencukupi 2 kolah maka air itu tidak dianggap najis …”

Hadith daripada Abdullah Bin Umar riwayat Abu Daud, Al-Tirmizi, An-Nasai dan Ibn Majah ini menjelaskan perihal kuantiti air untuk menentukan boleh atau tidak bersuci dengannya. Bermakna apabila cukup sahaja 2 kolah, gunakan sahaja untuk berwudu’ atau mandi wajib tanpa was-was.

Cuma apabila air itu sedikit, iaitu kurang dua kolah maka pastikan dahulu kesuciannya sebelum digunakan untuk berwudu’ atau mandi wajib.

Kesimpulannya tidak perlu menunggu air mencukupi 2 kolah bahkan boleh terus sahaja mandi wajib… Cuma berhati-hati jika tidak cukup 2 kolah kerana dibimbangi kesuciannya… jika sumber air mengalir terus seperti air paip pada masa kini, masalah 2 kolah tidak timbul lagi….

Demikian seperti yang difahami daripada teks rujukan ana.

Rujukan

Al-Syurbawi, A. R. 2007. Sifat Air. Dalam: Wuduk dan Solat Menurut Sunnah dan Mazhab Syafie. Shah Alam. Karya Bestari, 46-48

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: