Kerajaan sedang berunding kemungkinan tol diturunkan

KUALA LUMPUR: Kerajaan sudah memulakan kajian dan berunding dengan semua syarikat konsesi lebuh raya untuk menilai kemungkinan menurunkan kadar tol, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Mohd Zin Mohamed.

Beliau berkata, antara perkara yang diambil kira dalam kajian selama tiga bulan itu ialah memerhatikan semula unjuran trafik, kluasa perjanjian, kadar tol, tempoh konsesi serta jumlah pembiayaan yang diperlukan bagi syarikat konsesi membayar balik pinjaman, menyelenggara dan menjalankan operasi.

Katanya, jumlah pembiayaan itu akan dibandingkan dengan hasil kutipan tol bagi mengelakkan kenaikan kadar tol, malah boleh mengurangankannya.

“Satu daripada kemungkinan (ialah bagi menurunkan kadar tol)… sebab itu ini kita panggil kajian kemungkinan,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Katanya, antara yang dinilai termasuk konesesi membabitkan Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) supaya mengklasifikasikan laluan lebuh raya dalam bandar seperti di Lembah Klang bermula daripada persimpangan bertingkat Rawang hingga ke persimpangan bertingkat Nilai.

Syarikat konsesi pula, katanya, diminta menaikkan taraf mutu perkhidmatan supaya pengguna selesa.

Source: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Mutakhir/20080507152336/Article

Ulasan ana,

Hopefully berjaya la hendaknya kadar tol dikurangkang… Amin…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: