Berada di dalam tandas bersama perempuan…!!!

Kisah ini terjadi pada diri ana sewaktu berusia 18 tahun. Ketika itu ana menyertai Program Khidmat Sosial Negara (PKSN) daerah Petaling selama 2 minggu. Ada 3 modul yang ana jalani, modul kenegaraan, modul keluarga angkat dan modul berkhemah… lebih kurang la. Ana pun sudah ingat-ingat lupa.

Modul kenegaraan diadakan di Kem Bumi Jati, Kelang; modul keluarga angkat diadakan di beberapa buah kampung sekitar Jalan Kebun, Klang manakala modul berkhemah pula dijalankan di kawasan hutan di Bukit Cherakah. Kali ini ana ingin bercerita tentang pengalaman ana semasa modul berkhemah dijalankan.

Peserta dalam 6 kumpulan, 2 lelaki kecuali 3 lelaki dalam kumpulan terakhir dan 8 perempuan kecuali 7 perempuan dalam kumpulan terakhir tiba di Bukit Cherakah dengan penuh bersemangat. Maklumlah, dapat keluar dari kem yang aktivitinya agak membosankan bagi diri ana yang sememangnya suka ‘outdoor’ aktiviti. Di sana kami dikendalikan oleh 3 orang fasilitator, 2 lelaki dan seorang perempuan.

Apa yang menarik bagi diri ana ialah bagaimana kami secara berkumpulan diberikan peluang untuk masak makanan sendiri untuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Maka sewaktu sesi masak memasak berjalan, dapatlah ana sebagai lelaki melihat tangan-tangan perempuan memotong sayur, menanak nasi dan lain-lain; kekoknya rakan-rakan perempuanku ini menjalankan tanggungjawab sebagai bakal-bakal ibu. Hehe. Ditakdirkan pada suatu ketika, kami hanya makan mee maggi kerana tidak sempat menyiapkan makanan dalam jangka masa yang telah ditetapkan dan kemudian melakukan aktiviti-aktiviti fizikal yang amat mencabar.

Selain itu, kumpulan ana juga pernah makan nasi satu sudu besar seorang kerana 2 mestin nasi yang pada mulanya dimasak hanya 1 mestin sahaja yang berjaya berasnya bertukar menjadi nasi. Itupun ana yang jaga apinya. Maklumlah, masak hanya menggunakan ranting-ranting kayu yang dikutip di sekitar kawasan perkhemahan ditambah pula rata-rata peserta hidupnya di bandar yang selama ini menanak nasi dengan ‘rice cooker’. Alhamdulillah, dapat juga makan nasi selepas malam sebelumnya hanya makan mee maggi.

Pada hari kedua terakhir melaksanakan slot berkhemah, semua peserta telah menjalani sesi merempuh halangan. Bagi lelaki tiada masalah sangat memandangkan rata-ratanya aktif dalam unit beruniform semasa bersekolah menengah dahulu seperti ana yang aktif dalam Persatuan Kadet Bersatu Malaysia (Laut). Yang perempuan yang ana tersangatlah kesian kerana selalu kecundang dalam perjuangan. Hehe. Ada yang sampai tercabut tapak kasut sehingga ana pun dengan rasa rendah diri menyerahkan sapu tangan ana untuk digunakan sebagai tali buat mengikat tapak kasutnya ke kasut. Terasa cam MacGyver la pulak pada ketika itu, gunakan apa sahaja yang ada sebagai bekalan. Hehe.

Pulang sahaja dari acara merempuh halangan; bergegas lah peserta untuk mensucikan diri. Ditakdirkan bekalan air terputus. Maka yang lelaki pakat-pakatlah membasahkan tuala masing-masing menggunakan saki baki air yang ada untuk dilap sahaja badan yang sudah selamat diselaputi lumpur. Selesai mandi ala kadar, bergegaslah kami ke tapak perkhemahan untuk meneruskan aktiviti-aktiviti seterusnya.

Ditakdirkan pada suatu malam ketika sedang ‘qada’ hajat’, tiba-tiba terdengar suara beberapa orang perempuan. Dengar punya dengar sah bukan suara hantu tapi suara budak-budak perempuan sedang menyanyi beberapa buah lagu yang agak fofular pada waktu itu, sekitar tahun 2003. “Apa pulak budak-budak perempuan ni buat dalam tandas lelaki…!!! Tak kan sebab tandas perempuan penuh maka mereka suka-suka hati masuk ke tandas lelaki…?” Maka ana pun meneruskan lah pertapaan ana dalam tandas tersebut, nak keluar takut menjerit pulak budak-budak perempuan ni… tak pasal-pasal kena tuduh mengintip pulak…

Tidak seberapa lama kemudian terdengar suara seorang lelaki berinteraksi dengan budak-budak perempuan tersebut. Ana sudah lupa apa isi dialog mereka. “Inilah peluangnya…!!!!” Maka serentak dengan itu ana pun keluar lah dari pertapaan, mujur berbaju dan berseluar lagi perempuan-perempuan itu. Jika tidak jadi kisah peserta PKSN terlampau la pulak. Hehe. Syukur tidak ada apa-apa yang berlaku. Perbualan dengan rakan-rakan lelaki yang lain menyedarkan ana bahawa bukan ana seorang sahaja yang mengalami pengalaman seperti itu, ramai lagi pernah.

Sewaktu entri ini ditulis, ingatan ana melayang kepada teman-teman PKSN Daerah Petaling 2003; baik lelaki mahupun wanita. Daripada maklumat yang sampai kepada diri ana, sudah 2 orang yang berkeluarga. Moga Allah merahmati kalian, memudahkan kehidupan kalian dan jangan lupa yang kita pernah sama-sama ber’susah payah’ suatu ketika dahulu. Ada peluang kita berjumpa lagi… AMIN…

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: