Yamaha FZ150i mendahului teknologi

Oleh Noor Azam Abd Aziz
azam@hmetro.com.my

 

 

 

SELEPAS kehadiran model kapcai Yamaha LC135 yang mendapat sambutan hebat peminat, Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYMSB) terus menghangatkan industri motosikal tempatan dengan memperkenalkan jentera ter barunya menerusi Yamaha FZ150i pada pertengahan Januari lalu.

Kehadiran model berkonsepkan ‘naked bike’ itu dikatakan mampu mencetuskan evolusi baru kepada peminat terhadap jentera empat lejang berprestasi, menjimatkan serta selesa ditunggang.
Dengan memilih Pulau Langkawi sebagai pembukaan gelanggang, syarikat itu menerbangkan kumpulan wartawan permotoran bagi menunggang sendiri model terbaru itu dengan memilih beberapa laluan menarik.

Ia sebagai permulaan kepada pelancaran program Cabaran FZ150i 2008 yang dilancarkan di Pulau Pinang bagi mem promosikan jentera dilengkapi enjin empat lejang sejukan cecair empat injap SOHC dengan sistem suntikan minyak elektronik itu ke seluruh negara.

Pengarah Urusannya, CH Ng ketika ditemui berkata cabaran berkenaan adalah konvoi motosikal yang diaturkan bagi membolehkan pelanggan bertuah menikmati pengalaman menunggang bersama jentera terbaru itu.

Menurutnya, konvoi dari Pulau Pinang akan bertandang ke Sungai Siput, Perak; Sungai Buloh, Selangor, Melaka dan tamat di Plaza Angsana Johor Baru dengan jarak perjalanan mencapai 1,000 kilometer.

“Cabaran yang diaturkan ini memberi peluang kepada pelanggan Yamaha terpilih untuk menunggang uji model Yamaha FZ150i dengan memilih beberapa laluan menarik.

“Ia mampu memberi pengalaman bermakna kepada pelanggan terhadap prestasi dan keupayaan jentera ini selain menikmati keseronokan menunggangnya,” katanya.

Beliau berkata produk yang dihasilkan Yamaha menerusi model terbaru itu mendahului teknologi, inovasi dan kua sanya dalam dalam satu pakej.

Pada program sama juga, katanya, konvoi berkenaan turut membawa bersama mesej keselamatan jalan raya kepada semua penunggang terutama berhubung aspek pemakaian topi keledar yang betul dan selamat.

“Seramai 50 pelanggan bertuah akan diberikan topi keledar secara percuma apabila mereka berkunjung ke bilik pameran Yamaha terpilih,” katanya.

Ang berkata pihaknya yakin model terbaru itu mampu memberi impak kepada prestasi jualannya dan sehingga Mac lalu sebanyak 300 unit sudah berjaya dijual dan dijangka mampu mencapai sasaran 6,000 unit menjelang hujung tahun ini.

Jentera FZ150i ini dihasilkan dengan teknologi kuasa dan inovasi cemerlang kerana dipadankan dengan enjin 150 cc empat injap sejukan cecair dan sistem suntikan bahan api elektronik yang pertama di negara ini.

Kombinasi teknologi berkenaan menghasilkan penghantaran kuasa yang lancar daripada campuran bahan api dan udara ketika ia beroperasi.

Sistem berkenaan memberikan prestasi tinggi dan stabil ketika melakukan perjalanan jauh pada kelajuan tinggi selain reka bentuknya yang memberikan keselesaan ketika me nunggang.

Menerusi sistem suntikan elektronik, ia meningkatkan kelajuan maksimum serta maklum balas yang lebih baik dengan mengumpulkan maklumat operasi enjin selain menghitung bekalan bahan api yang optimum.

Motosikal terbaru itu turut dipadankan dengan kebuk silinder DiASil yang memastikan pengeluaran haba sesuai bagi mengurangkan ketegangan piston.

Silinder rekaan terbaru ini mampu menghalang enjin daripada pengurangan kuasa selain membantu memperbaiki kecekapan penggunaan bahan api.

FZ150i turut dilengkapi omboh tempaan ringan yang dapat mengekalkan tenaga hebat, mengurangkan gegaran dan sesuai untuk perjalanan jauh dengan kelajuan maksimum.

Penggunaan kerangka Delta Box seperti yang terdapat pada motosikal kategori Super Sport juga menghasilkan tunggangan yang selesa dan stabil ketika memecut mahupun di selekoh.

Dari segi keselamatan, FZ150i dilengkapi dengan brek cakera hadapan cengkaman kaliper dua pot untuk pe ningkatan daya membrek yang lebih mantap.

Model terbaru ini menghasilkan kuasa maksimum 11.1 kW pada 8,500 rpm dan tork maksimum 13.1 Nm pada 7,500 rpm.

Yamaha FZ150i ditawarkan dengan tiga warna pilihan iaitu merah, hitam dan hijau. Ia dijual pada harga RM7,798 tidak termasuk cukai jalan dan insurans.

Source: http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Vroom/20080506082359/Article/indexv_html

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: