Pandu Uji: Kesan positif casis Latio

Oleh Mohd Razlan Salleh
mrazlan@hmetro.com.my

KEHADIRAN Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) Nissan Grand Livina di pasaran baru-baru ini, mencetus satu rovulusi baru dalam dunia permotoran tanah air.

Sejak dilancarkan Disember tahun lalu, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) menerima lebih 12,000 tempahan MPV Grand Livina sehingga orang ramai yang menempah terpaksa menunggu sehingga enam bulan sebelum boleh memilikinya.
Peluang memandu uji jentera MPV terbaru Nissan ini berjaya menemui jawapan mengapa kenderaan ini laris bak pisang goreng.

Bermula dari sudut luarannya, ramai yang sedia maklum bahagian gril hadapannya sama seperti Kenderaan Sport Utiliti (SUV) mewah Nissan Murano yang dikecilkan dan nampak garang dan tegap.

Berdasarkan kepada ‘Pemanduan Ibarat Sedan’ dianggap tepat kerana ia menggunakan casis daripada Latio iaitu monocoque, casis unibody seperti sebuah kereta.

Berbanding kebanyakan model MPV lain yang menggunakan badan atas rangka atau body-on-frame, ia kelihatan lebih tinggi dan suspensi agak keras berbanding Grand livina yang lebih rendah dan sporty.

Bahagian belakang Grand Livina tidak memiliki sebarang penampilan istimewa dan agak kosong tetapi perkara berkenaan bukan menjadi alasan kerana ia cukup sesuai bagi sebuah MPV bersaiz sederhana.

Memasuki ruang kabinnya, bahagian dalamannya termasuk kerusi berwarna cerah menjadikan ruang nampak lebih luas tetapi kurang sesuai untuk mereka yang mempunyai anak kecil.

Bagaimanapun, ETCM ada menawarkan kemasan kulit sebagai pilihan dan pemilik perlu menambah kira-kira RM2,700 lagi supaya kelihatan lebih mewah.

Papan pemuka hadapan agak ringkas dengan pemain cakera padat tunggal dan butang kawalan udara.

Panel meter juga diberi sentuhan baru dan kelihatan lebih bergaya, ringkas serta memudahkan pandangan.

Kerusi barisan kedua boleh digerakkan ke depan dan belakang selain boleh ‘diratakan’ bagi memperoleh ruang bagasi yang lebih luas.

Selain itu, kerusi bahagian kedua yang senang digerakkan membolehkan penumpang barisan ketiga keluar masuk de ngan lebih mudah.

Bagaimanapun, penulis beranggapan kerusi bahagian ketiga sesuai untuk kanak-kanak atau dewasa bersaiz kecil walaupun Grand Livina direka untuk tujuh penumpang.

Seperti model MPV saiz sederhana, ruang but memang cukup untuk barangan bersaiz sedan sahaja dan alternatif seperti penggunaan kotak kargo boleh menyelesaikan masalah ini.

Transmisi manual lima kelajuan yang ditawarkan untuk enjin 1.6L cukup berkuasa walaupun Grand Livina turt dikeluarkan dalam versi 1.8L.

Enjin HR16DE empat silinder DOHC 16 injap dengan sistem teknologi pemanduan dengan wayar memberikan 105hp pada 5,200rpm manakala tujahan tork 150Nm pada 4,400rpm.

Suspensi ialah daripada jenis pegas MacPherson dengan stabiliser bar di depan dan torsion beam di belakang cukup mantap manakala brek cakera hadapan dan gelendong di belakang berfungsi dengan baik.

Ruang kabin cukup senyap, segala hentakan diserap dengan baik tanpa sebarang bunyi bingit.

Pemanduan selama empat hari terasa singkat dan memandu uji Grand Livina memberi kepuasan sukar digambarkan.

Memang tidak dinafikan memandu Grand Livina seakan sama dengan sebuah kereta sedan dan paling menarik, ia mempunyai tujuh tempat duduk.

Penggunaan casis Latio memang memberi kesan positif terhadap pengendalian berikutan tahap keselesaan opti mum.

Kepada sesiapa yang mahu memiliki sebuah MPV bersaiz sederhana tetapi berkuasa, Grand Livina jawapannya.

>Spesifikasi

Nissan Grand Livina 1.6L

Enjin: HR16DE 1,598 DOHC, Empat Silinder 16 Injap dengan Teknologi ‘Drive-by-Wire Technology’

Kuasa maksimum: 105hp@)5,200 rpm

Tork maksimum: 150Nm @ 4,400rpm

Transmisi: Manual lima kelajuan

Ciri keselamatan: ABS, EBD, BA, Beg Udara berkembar, Immobiliser

Harga: RM84,300 (termasuk insuran)

Tayar yang dicadangkan: ComfortContact-1 195/60R15 88V.

Source: http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Vroom/20080506083833/Article/indexv_html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: