Persoalan tentang boikot?

Ana menerima soalan tentang kewajaran boikot dan soalan-soalan lain yang sewaktu dengannya. Berikut dimuatkan 2 artikel dari dua penulis yang cukup prolifik dalam memperkatakan hal-hal seputar isu-isu semasa.

Artikel 1, source: http://saifulislam.com/?p=1678

Fitnah Filem Fitna!

Saya sedang berfikir, bagaimanakah jika negara-negara dunia memboikot barangan Malaysia, disebabkan oleh ucapan buruk seorang ahli Parlimen Malaysia di media antabangsa. Apakah wajar tindakan begitu dan bagaimanakah kesannya ke atas rakyat Malaysia yang tidak pernah menyetujui perbuatan sumbang ahli Parlimen tersebut?Inilah perbandingan awal yang saya lakukan, untuk menjustifikasi seruan pelbagai pihak agar kita semua memboikot barangan negara Belanda, hanya disebabkan oleh filem Fitna yang dibuat oleh seorang ahli parlimen Belanda, Geert Wilders.

Jika kita memandang Belanda dengan pandangan silam, bahawa Belanda itu bekas kuasa imperialisma yang menjajah Indonesia, kita tidak akan berfikir dua kali tentang tindakan memboikot itu. Ia adalah pandangan musuh terhadap musuh. Seolah-olah kaki Belanda masih berpijak dan memijak bumi kita.

Hakikatnya kita lupa, bahawa Belanda hari ini bukan Belanda yang itu. Belanda hari ini mempunyai sekurang-kurangnya sejuta penduduk Muslim. Siapakah Muslim itu? Saudara kita sendiri. Hatta jika tiada Muslim di Belanda sekali pun, di manakah rasionalnya untuk rakyat Belanda dihukum atas perbuatan sebiji pisang busuk dalam setandan pisang itu?

Malah ia seakan-akan sikap jahiliyyah Arab yang menyerang seluruh qabilah atas jenayah seorang ahli keluarga berkenaan!

Perdana Menteri Belanda, Balkenende, telah pun membuat kenyataan rasminya berhubung dengan pendirian kerajaan Belanda terhadap filem Fitna oleh Geert Wilders itu:

On behalf of the Dutch government, I would like to respond to the online film by Mr Wilders.

The film shows images of violent acts and holds Islam and the Koran responsible for them. The government condemns such acts and those who commit them.

The film equates Islam with violence. We reject this interpretation. The vast majority of Muslims reject extremism and violence. In fact, the victims are often also Muslims.

We therefore regret that Mr Wilders has released this film. We believe it serves no purpose other than to cause offence. But feeling offended must never be used as an excuse for aggression and threats. The government is heartened by the initial restrained reactions of Dutch Muslim organisations.

Muslims, Christians and people of other convictions can easily live together in peace. The problem is not religion, but misuse of religion to sow hatred and intolerance. That is why we are calling for respect for everyone’s deepest convictions.

We are aware of the concerns and the sentiments about this film in the international Muslim community. We have recently spoken with many people at home and abroad to promote mutual understanding. We will continue to follow this course.

The Dutch government stands for a society in which freedom and respect go hand in hand. Such a society demands dedication and commitment. We oppose extremism. Anyone who breaks the law is dealt with firmly. Let us solve problems by working together. Let us reach out to others and build confidence and trust. Let us conquer prejudice. We shall surely succeed.’ [www.government.nl]

 

REAKSI SAUDARA MUSLIM DI BELANDA

Pertubuhan-pertubuhan Islam di Belanda sendiri telah memberikan reaksi yang mesti kita teliti sebelum sewenang-wenangnya melancarkan boikot itu.

Agensi Berita Belanda (ANP) telah melaporkan bahawa jurucakap National Committee of Maroccans (LBM) telah menggambarkan betapa kecenderungan untuk berlakunya rusuhan di Belanda adalah amat rendah, hasil tindakan efektif kerajaan Belanda menangani isu ini. ANP juga menyatakan bahawa Mustafa Biltunku, Imam dari Eyup Sultan Mosque di Amsterdam tidak menonton video itu dan memberikan komentar, “jangan pedulikan filem itu. Seandainya kita terus melayannya sedangkan ia tidak layak untuk diberi liputan, selagi itulah ia akan menjadi lebih penting. Itu nasihat saya kepada orang ramai”.

Imam Ali Kartal dari Mescid-i Aksa Mosque milik pertubuhan Milli Gorus yang terletak di Utrecht pula mengatakan bahawa beliau tidak akan mempedulikan isu filem tersebut untuk khutbah Jumaatnya. “Kita tidak sepatutnya menari mengikut rentak Wilders. Lelaki itu tidak berbaloi untuk dilayan. Dan jika jemaah masjid mempunyai sebarang persoalan, nasihat saya ialah jangan bertindak balas”. Kartal yang hanya menonton sebahagian filem itu mengatakan bahawa Geert Wilders sememangnya berniat mahu menghasilkan filem yang anti-Islam, dan semua orang mengetahuinya.

Bekas Imam Besar pertubuhan Milli Gorus itu tadi, M. Hulusi Uyne juga tidak berasa apa-apa terhadap filem itu. Katanya, “reaksi sebegini (seperti filem Fitna ini) sudah kita lihat semenjak turunnya wahyu al-Quran. Al-Quran dan Islam adalah cukup agung untuk menepis dakyah sebegini”.

ANP juga melaporkan bahawa seorang ilmuan Islam di Belanda, Sheikh Fawaz, telah menyeru umat Islam supaya bertenang. Beliau berucap kepada ratusan Muslim di Reormond. Katanya, “kita tidak sepatutnya pergi membaling batu ke tingkap hanya kerana filem ini, kerana itulah sebenarnya yang dimahukan oleh Geert Wilders”. Beliau menyampaikan ucapan ini di dalam sesi debat bersama kaum Kristian di dalam sebuah majlis yang diatur oleh gerakan Pemuda Salaf al-Feth.

Sheikh Fawaz menyimpulkan bahawa, “Geert Wilders telah memetik ayat-ayat al-Quran di luar konteks”.

PAKAI KASUT MUSLIM EROPAH

 

Sebagai bekas Imam yang pernah bertugas beberapa tahun di Eropah, saya tidak akan sama sekali bertindak melulu mengambil jalan mudah dengan melancarkan boikot, hatta demonstrasi. Banyak perkara yang mesti dipertimbangkan, termasuklah mempersoalkan peranan Muslim dalam membina imej Islam itu sendiri di mata rakyat Eropah dan dunia umumnya.

Sejauh manakah integrasi Muslim di Belanda, di Eropah dan di dunia umumnya dengan masyarakat non Muslim di sekitarnya? Selarikah ajaran Islam yang tercatat di dalam al-Quran, dengan perlakuan Muslim di sana sini? Rasa hormat orang kepada kita tidak perlu dipaksa-paksa. Ia datang sendiri. Apabila kita layak menerimanya.

Saya mengendalikan Belfast Islamic Centre pasca kejadian September 11. Masjid kami dibaling batu, umat Islam dimaki hamun, tetapi ia hanya seketika. Sikap tenang dan keterbukaan kami dalam menyediakan dialog dan ruang belajar serta mengajar, telah banyak merawat persepsi buruk terhadap Muslim.

Ayat-ayat tentang peperangan yang dipetik oleh Geert Wilders itu sememangnya ada di dalam al-Quran. Tetapi ia perlu dihuraikan mengikut konteks yang betul. Apakah wajar misalnya Muslim berhujah, banyaknya tuduhan zina terhadap Nabi di dalam Bible sebagai punca kepada seks bebas di Belanda dan Barat? Hal-hal seperti ini memerlukan kepada engagement dan bukannya isolation atau segregation apatah lagi konfrontasi yang tidak kena tempat.

ASAS PERTIKAIAN

Saya mempertikaikan tindakan boikot bukan kerana mempersoalkan keupayaan melaksanakannya, atau kerana saya bergantung hidup kepada produk-produk Belanda. Saya mempertikaikannya kerana ia bertentangan dengan prinsip keadilan malah lebih cenderung kepada sentimen Jahiliyyah.

Geert Wilders bukan Belanda. Dia hanya SEORANG ahli politik radikal yang murahan. Apakah rasionalnya seluruh Belanda mahu dihukum atas tindakan satu individu? Saya gerun dengan amaran Allah SWT ke atas perbuatan zalim yang diharamkan-Nya dengan ancaman.

Saya lebih terbeban dengan tanggungjawab mendidik.

Tetapi kerja seperti itu memang tidak nampak jantannya! Ia perlahan, ia mereda kocak emosi yang panas, tetapi bukankah itu yang selalu diajar oleh Rasulullah S.A.W sendiri?

REAKTIF ITU GAH TETAPI LEMAH

Janganlah pula kita ini bertindak semacam menggunakan template. Apabila ada sahaja pihak yang menghina Islam, kita pun tanpa perlu berfikir panjang, terus sahaja mengeluarkan template boikot dan demonstrasi. Kita seharusnya lebih teliti dalam membuat penilaian. Denmark dan isu karikatur Nabi Muhammad S.A.W disokong oleh kerajaannya. Yahudi pula ada Yahudi Zionis di Palestin, ada Yahudi yang sekadar orang awam di Amerika Syarikat, Britain dan lain-lain. Janganlah kita bermudah-mudah dalam hal ini kerana kesannya panjang ke atas survival umat Islam, khususnya bagi mereka yang bermastautin di negara Barat.

Dan untuk lebih memahamkan mengapa kita harus mengawal diri untuk tidak berkelakuan seperti yang mahu dibuktikan oleh Geert Wilders dan Fitna beliau, wajarlah kita merenung sabda Nabi SAW:

Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda, “Bukanlah gagah itu pada gagahnya orang bergusti. Akan tetapi gagah itu ialah pada upaya mengawal diri ketika marah!”

Rasulullah SAW bukan menegah kita dari marah. Malah kemarahan terhadap perbuatan menghina Islam adalah tanda yang kita masih ada perasaan ‘cemburu’ terhadap agama. Bukan sedikit manusia Muslim yang kembung temboloknya dengan makan minum seharian tanpa peduli walau sedikit pun kepada isu ini.

Tetapi jangan bertindak berasaskan kemarahan itu. Jadikan kemarahan itu sebagai pencetus kepada momentum kita berusaha ke arah membetulkan keadaan.

Jantan sebenar menurut Islam, adalah pada upaya mengawal diri, dan memilih tindakan yang efektif bagi mencetus perubahan. Mahukah anda memikirkannya?

ABU SAIF @ http://www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

                                                                                                                                                                                                                                     

Artikel 2: http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=692&Itemid=72

 

Isu Filem Fitna : Wajar & Tidak Boikot ?

Tidak dinafikan terdapat pro kontra dalam isu filem ‘Fitna’, iaitu sama ada perlu boikot barangan keluaran Belanda atau tidak.

Pandangan ringkas saya, kita wajar memboikot atas rasional berikut :-

1)            Hidupkan sensitiviti Umat Islam terhadap kesucian Islam:

Kesan tindakan Boikot ini mungkin sedikit sukar mengenai pembikin filem fitna iaitu Geert Wilders secara direct’ namun Maqasid atau objektif dari tindakan boikot beberapa barangan Belanda terkuat ini hanya sebagai  meraih sensitiviti umat Islam terhadap apa sahaja isu yang mencemar kemuliaan Islam. Terlalu kerap umat Islam dilihat lembik dan sering dimakan suasana yang dikawal oleh Barat, dengan mudah mereka mempermainkan deen Islam. 

 

Ada yang berkata “adakah kerana sebab seorang maka satu negara kita hukum?”

 

” bayangkan jika terdapat penduduk Malaysia biadap maka semua barangan Malaysia dihukum, adilkah?’

 

“Ye, namun masyarakat Malaysia belum ada yang biadap sebegitu, so kita tunggu dan kalau ada pun pihak sebelah sana mungkin akan senyap sahaja kerana bagi mereka agama ini adalah mainan sahaja dan mereka tidak peduli apa pun orang nak kata tentang kristian dan sekular mereka, kita tidak sama dengan mereka, kita sensitif dengan hal agama tidak seperti mereka.” saya menjawab

 

“Namun jika benar-benar wujud kebiadapan sebegitu di kalangan orang Malaysia, bolehkah dibebankan kepada beberapa syarikat Malaysia yang besar?. Bagi saya, tindakan boikot ini masih terima di sisi Islam dalam keadaan tertentu terutamanya syarikat Malaysia ini mempunyai pengaruh ke atas kerajaan. Ini kerana kerajaan sebagai pemimpin bertanggung jawab ke atas perangai  dan sikap rakyatnya, justeru mereka perlu ambil tindakan sebaiknya selain menafikan kerjasama dan pengiktirafan. ” Jawab saya

 

“Kita tidak mahu perangai Amerika yang apabila menjatuhkan bom ke atas kampung umat Islam yang didakwanya pusat tentera. Apabila dikutuk kerana ia penempatan orang awam, mereka meminta maaf  dengan wajah seposen dan habis begitu sahaja, Kita mahu mereka diberi sedar lebih dari itu, ye lebih besar dari ITU!!” Tambah saya lagi

 

Cukup dalil berikut menunjukkan pemimpin dan rakyat negara mereka perlu nasihat si biadap, tiada yang mampu mendorong mereka bertindak kepada si biadap kecuali ditegur mereka juga, kerana semua hidup secara bermasyarakat:-

 

Mafhum : “Tiada seorang manusia pun yang Allah memberikannya kuasa pemerintahan, kemudian ia tidak memberikan nasihat (kepada rakyatnya) kecuali tiadalah ia mendapat cium bauan syurga” ( Riwayat Bukhari dan Muslim )

Walaupun hadis ini berkisar berkenaan hal pemimpin beragama Islam, namun kaedah asasnya sama bagi seseorang pemimpin. Mereka perlu bertanggungjawab.  

Sebuah athar lagi menyebut

 

Ertinya : “Sesungguhnya rakyat akan mengikut gaya, cara hidup dan agam pemimpin mereka” ( Al-Asrar Al-Marfu’ah, Ali Al-Qarri, hlm 367 ; Fath Al-Bari, 7/151 )  

Maka dalam hal kebiadapan ini, ia bergantung juga kepada jenis kesalahan yang dilakukan. Ia ia jenis kesalahan besar seperti ‘Fitna’ ini, saya tidak fikir kita boleh berdiam diri dengan hujjah ‘kita perlu koreksi diri dalam menggambarkan Islam yang betul semata-mata atas alasan berfikir panjang”

 

Saya bimbang berfikir panjang untuk memikirkan tindakan sehingga tertidur sebenarnya. Dan pihak yang biadap sudah puas hati dan dunia melihat penganut Islam sama seperti mereka yang tidak sensitif dengan hal agama.

“bagaimana dengan orang di sana yang membunuh orang islam, di sini dan semua , kenapa tidak diboikot?” Ada yang bertanya kepada saya

Bukankah kita sedang membincang strategi, justeru boikot juga perlu dibuat berstrategi. Ia perlu dilakukan secara fokus specifik dan bertempoh agar dapat memberikan sedikit kesan. Kita jugamemang tidak mampu untuk memboikot semua, justeru dipilih kes-kes yang dikira besar dan tersebar.

 

 

Ambil Peluang Atas Ucapan Wakil Islam

 

Tidak saya nafikan, mungkin ada benarnya Geert Wilders mengambil peluang dengan mengambil beberapa ucapan dan sepanduk tertentu lalu dipetik di luar konteks. Mungkin ada yang dalam konteksnya tetapi diungkap secara emosi, tertutup dan perlukan huraian. Namun apabila saya melihat filem ciptaannya dan cuba berfikir sebagai seorang awam, liberal serta ahli maksiat, saya kira ia amat boleh menambahkan kebencian ramai kepada Islam.

 

 

2)            Gunakan Kuasa Ekonomi Di zaman Industri Untuk Mengajar :

 

Saya  menyokong semua cadangan yang bersifat pendidikan, penerangan dan lain-lain. Ye tentunya saya menyokong namun dalam jangka masa dekat, ia hanya satu pandangan idealitsik yang akan mematikan sensitviti umat Islam terhadap agama mereka.

 

Umar Al-Khattab dan Uthman r.a berkata :-

Ertinya : Apa-apa yang Allah halangi melalui penguatkuasaan undang-undang (kuasa) adalah lebih utama lebih besar (urusan) yang dilarangi melalui nasihat-nasihat (bacaan ayat-ayat Al-Quran kepada sasaran)” ( Tarikh Baghdad, 4/107 ; Akhbar Al-Madinah, 2/115 ; Al-Mubdi’, 3/343)

 

Ibn Taymiah berkata dalam menghuraikan athar di atas :

“Amar ma’ruf dan nahi mungkar tidak akan sempurna kecuali dengan pelaksanaan hukuman (kuatkasaan undang-undang Syariah) kerana Allah menahan dan melarang dengan ancaman hukuman bagi kejahatan yang tidak mampu dihalang dengan nasihat Al-Quran” ( Fatawa Ibn Taymiah, 28/107 )

 

Justeru, pada hemat saya ‘maslahat ‘ammah‘ dalam hal ini adalah ‘to preserve and protect our faith‘ lalu perlu dilakukan tindakan boikot ini sebagai ‘halangan dengan kuasa’ selain yang boleh menajamkan sensitiviti umat Islam dalam semua hal yang diperlukan untuk mencapai maqasid ini.

 

Kenyataan  Perdana Menteri Belanda amat dihargai sebagai pemimpin politik, namun bagi saya kenyataan ini dikeluarkan adalah hasil bantahan, demonstrasi, memorandum dan laungan boikot umat Islam daripada pelbagai Negara. Jika ditambah dengan boikot, sudah tentu selepas hukuman lebih keras boleh difikirkan oleh pemerintah Belanda ke atas rakyatnya agar mereka tidak akan lagi menjadi mangsa hukuman umat Islam selepas ini disebabkan kebiadapan rakyat mereka.

 

Government’s reaction to Wilders’ film

News item | 27-03-2008

Prime Minister Jan Peter Balkenende has reacted to the film Fitna that MP Geert Wilders has released on the internet on 27 March.

Prime Minister Jan Peter Balkenende:

‘On behalf of the Dutch government, I would like to respond to the online film by Mr Wilders.

The film shows images of violent acts and holds Islam and the Koran responsible for them. The government condemns such acts and those who commit them.

The film equates Islam with violence. We reject this interpretation. The vast majority of Muslims reject extremism and violence. In fact, the victims are often also Muslims.

We therefore regret that Mr Wilders has released this film. We believe it serves no purpose other than to cause offence. But feeling offended must never be used as an excuse for aggression and threats. The government is heartened by the initial restrained reactions of Dutch Muslim organisations.

Muslims, Christians and people of other convictions can easily live together in peace. The problem is not religion, but misuse of religion to sow hatred and intolerance. That is why we are calling for respect for everyone’s deepest convictions.

We are aware of the concerns and the sentiments about this film in the international Muslim community. We have recently spoken with many people at home and abroad to promote mutual understanding. We will continue to follow this course.

The Dutch government stands for a society in which freedom and respect go hand in hand. Such a society demands dedication and commitment. We oppose extremism. Anyone who breaks the law is dealt with firmly. Let us solve problems by working together. Let us reach out to others and build confidence and trust. Let us conquer prejudice. We shall surely succeed.’  (Sumber

 

Muslim di Belanda Pendekatan Mungkin Berbeza

 

Adapun bagi Muslim di Belanda, adalah sedikit kurang sesuai untuk mereka turut berdemonstrasi, membaling batu ke gereja dan apa-apa tindakan agresif kerana impak negatif amat dekat dengan mereka. Bagi mereka amat wajar digunakan kaedah diplomasi dan rundingan. Namun umat Islam di luar Belanda perlu menunjukkan prostes lebih sederhana agresif dan terancang dalam pelbagai aspek.

 

Tidak perlu kita menafikan kewajaran boikot, dan hanya mengutamakan tindakan lain sahaja. Kerana bagi saya, boikot adalah salah satu cara. Dan ia juga patut dibuat bertempoh seperti dalam tempoh 2 bulan kepada barang terpilih untuk memberi mesej bahawa di dunia ekonomi kapitalis ini, umat Islam masih mempunyai kekuatan untuk menggugat, justeru seolah-olah kita melaungkan :

 

“Jika kamu sayangkan ekonomi kamu, tolong ajar mana-mana rakanmu yang membenci Islam agar jangan biadap. Jangan lupa untuk jaga hati kami umat Islam. Jangan biadap dengan Islam, jika tidak kami akan menyakitkan ekonomi yang kamu cintai itu”.

 

Namun perlu diingat, pelbagai jenis tindakan perlu ada dan boikot dan demonstrasi bukanlah satu-satunya tindakan yang dikehendaki.

Boikot barangan secara sementara ini bukanlah berobjektif meruntuhkan seluruh ekonomi, itu bukan objektifnya tetapi objektifnya hanya memberi sedikit tekanan ekonomi sementara akibat perbuatan rakyat mereka, Ia jatuh harus apabila bertembung dua maslahat besar.   Ketika itu kita perlu mengorbankan satu maslahat demi mencapai maslahat yang lebih besar. Maslahat yang terpaksa dikorbankan adalah produk rakyat Belanda demi untuk menonjolkan masalaha yang lebih besar iaitu kesucian Islam.

Kisah boikot sementara dan tidak menghancur ini pernah berlaku di zaman Nabi.

Kisah ini dicatatkan di dalam oleh al-Bukhari berkenaan seorang pemimpin negara Al-Yamamah bernama Thumamah Bin Uthal yang ditangkap dan diikat di tepi masjid hingga beliau akhirnya memasuki Islam. ( Sohih Al-Bukhari, Bab Musryik masuk Masjid, no 457, 1/179 ,; Umdah Al-Qari’, Al-‘Aini, 14/256)

Al-Yamamah sebagai sebuah negara yang kaya dengan hasil pertanian seperti gandum ketika itu, apabila Thumamah kembali ke negerinya, beliau telah menamatkan bekalan bahan mentah dari negerinya ke Mekah bertahun-tahun lamanya atas alasan penduduk Mekah adalah Kafir sehingga penduduk Mekah kelaparan dan terpaksa memakan kulit-kulit. Hal ini disebutkan oleh Fakhruddin Ar-Razi tafsirnya dalam perbincangan berkenaan sebab nuzul ayat Surah Mukminun ayat 76  dengan katanya (Tafsir Al-Kabir, 23/99)

Ertinya : Thumamah balik ke negerinya di Yamamah ( Bahrain) lalu membyekat bekalan makanan ke Mekah beberapa tahun  sehingga penduduk Mekah tatkala itu terpaksa makan kuit-kulit, lalu datanglah Abu Sufyan kepada Nabi berkata : “BUkankah kamu mengatakan bahawa kamu dibangkitkan sebagai rahmat kepada seluruh alam? kemudian kamu membunuh lelalki dewasa ( tentera) menggunakan pedang dan membunuh kanak-kanak dengan kelaparan ( akibat boikot), doakanlah bagi kami kepada Allah untuk melepaskan kami dari kesengsaraan ini..”

 

Thumamah diriwayatkan menyebut kepada penduduk Mekah setelah mengaku dirinya Islam dengan katanya :-

Ertinya : “Demi Allah tidak akan sampai dari negeri Yamamah satu biji gandum pun (kepadamu) sehingga jika diizinkan oleh Nabi s.a.w” ( Riwayat Al-Bukhari)

Namun akhirnya Nabi s.a.w menghantar surat memberitahu bahawa penduduk Mekah adalah di ‘Ahl Allah’ lalu diminta oleh Nabi untuk menamatkan sekatan yang dibuat. Keadaan ini dapat dilihat dari catatan berikut ( Al-Kamil Fi At-Tarikh, 4/22 ; Tarikh Ibn Khaldun, 3/185; Al-Bidayah Wa An-Nihaya) :-

Ertinya : Sesungguhnya Thumamah ketika beliau memboikot bekalan dari penduduk Mekah iaitu orang kafir musyrik, lalu (setelah beberapa lama orang mekah mengadu) , barulah rasulullah menghantar surat kepada Thumamah dan menasihtakn agar jangan memutuskan bekalan makanan..”

Hasilnya, boikot adalah satau tekanan sementara sahaja dan bentuk boikot yang dibuat oleh thumamah adalah berbeza dengan boikot beberapa barangan Belanda yang sementara dan bukannya boikot seluruh negara, ada yang perlu membuat rundingan politik, ada yang demonstrasi, ada yang hantar memorandum, ada yang bikin filem pendek gambaran sebenar Islam dan lain-lain.

 

 

 

3. Tuntutan Marah Kerana Allah Dari Hadith : Bertindak Sesuai Dengan Kesalahan

 

Terdapat rakan-rakan yang membawakan hujjah petikan hadis untuk menasihatkan umat Islam bersabar, fikir panjang, berhikmah,  tidak gopoh, template dan stereotype dalam tindakan :-

 

Ertinya : Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda, “Bukanlah gagah itu pada gagahnya orang bergusti. Akan tetapi gagah itu ialah pada upaya mengawal diri ketika marah!”

Namun, saya tidak begitu bersetuju dengan penggunaan hadis ini dalam konteks ini berdasarkan nas berikut :-

 

1)            Hadis sohih

Ertinya : Tidaklah Nabi S.a.w dalam memilih antara dua perkara kecuali akan mengambil yang lebih mudah selagimana tidak tergolong dalam dosa, namun jika ia tergolong dalam bab dosa maka Nabi akan menjadi orang yang paling jauh darinya dan tiadalah Nabi s.a.w membalas dendam & marah atas sebab dirinya kecuali APABILA DICEMARI DAN DICABULI kehormatan Allah swt , maka baginda akan bertindak (marah) bagi pihak Allah ( Riwayat Al-Bukhari, 3/1306 )

 

Imam Ibn Hajar mengulas hadis di atas dengan katanya :

Ertinya : Nabi s.a.w tidak membalas dendam & marah atas sebab dirinya kecuali APABILA DICEMARI DAN DICABULI kehormatan Allah swt , maka baginda akan MENJADI MANUSIA YANG PALING MARAH DI KERANA ALLAH (Fath Al-Bari, 6/576)

 

Justeru jelas, marah dan bertindak memboikot barangan keluaran mereka yang tertentu sebagai pengajaran tidak lari dari konteks hadis ini. Ini kerana kita wajar menyedari bahawa puak musuh Islam hari ini bertuhankan ekonomi. Mereka berpegang kepada system Laissez-faire atau free market. Pasaran akan menentukan sikap mereka. Kerana itu, salah satu cara mengajar dan meluahkan kemarahan sesuai mengikut zaman adalah dengan boikot ekonomi.

Cara inilah yang kerap dilakukan oleh USA kepada Iraq, Iran dan lain-lain.

Kita tidak nafikan perlunya cara lain untuk memperbetulkan keadaan, tetapi cara ini adalah salah satu cara yang relevan di sisi puak hamba-hamba ekonomi.  Bila hal ini diusik bila mereak ganggu Islam, semua hamba-hamba ekonomi yang lain akan berawas-awas kerana takut akan diganggu WANG mereka juga.

 

Sebab itu jika kita hanya ingin menumpukan kepada cara pendidikan, penerangan semata-mata, ia tidak akan memberikan kesan yang banyak kepada mereka yang sombong seperti pembenci Islam. Walaupun demikian, kerana hidayah milik Allah, sudah tentu kita boleh meneruskan kaedah tadi tetapi ia adalah kaedah jangka sederhana dan panjang.

 

2)            Hadis :-

Ertinya : Sesungguhnya orang Mukmin itu berjuang dengan pedangnya dan juga dengan lisannya ( tulisan, lidah, dan tindakannya) ( Riwayat Ahmad, 1934, : Hadis Sohih)

 

3)  Hadis Nabi s.a.w

Ertinya : Berkata Sa’ad bin Muadz , jika aku nampak seorang lelaki bersama isteriku nescaya akan kupukulnya dengan pedangku maka berkata Nabi : Adakah kamu kagum dengan cemburu, kasih dan rasa protective Sa’ad?, Sesungguhnya aku lebih dari Sa’ad dan Allah lebih dariku.. ( Riwayat Bukhari, 5/2002)

Kesimpulannya, tanda kemarahan itu boleh dizahirkan menurut suasana dan keadaan dunia sekarang, apa yang penting adalah yang boleh memberikan kesedaran kepada masyarakat barat bahawa Islam bagi penganut Islam tidak sama dengan agama di kacamata mereka. Menurut mereka AGAMA sangat terhad seperti yang ditakrifkan :-

.  .  .  means a way of spending an hour or so on Sundays in practices which give him some support and strength in dealing with the problems of daily life, and which encourages him to be friendly towards other persons and to maintain the standards of sexual propriety; it has little or nothing to do with commerce or economics or politics or industrial relationships  .  .  . or may even look on religion as an opiate developed by exploiters of the common people in order to keep them in subjection. (Watt (1979, p.3)

 

Malah menurut pandangan kebanyakkan pemikir secular Barat juga berpandangan bahawa agama itu hanyalah (rujuk tulisan Prof. Dr Aslam, UIAM) :-

 

  • religion reduced to a private matter between and individual and his/her God(s)
  • no role to play in determining public affairs
  • science replaced religion as authority
  • religion for infantile man; science for modern/nature man

 

Kerana itu mereka sendiri kerap membuat filem yang menghina agama mereka dan TIADA siapa dari gereja mereka yang membantah. Ini menjadikan mereka menganggap Islam juga seperti agama mereka yang boleh dipermainkan dan hanya dianuti dan dipercayai oleh orang-orang ketinggalana zaman dan tidak matang.

Namun setelah diteliti filem ini, ia ternyata bukan dibuat untuk suka-suka kerana kejahilan pembuat semata-mata, ia juga jelas satu jenis perangkap dan mempunyai agenda jahat disebaliknya.

 

Fatwa Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi

Syeikh Al-Allamah Al-Qaradawi berkata :-

Ertinya : kaedah kelima (untuk  berdepan dengan masalah penghinaan filem fitna) adalah “Boikot ekonomi iaitu dengan boikot pembelian barangannegara-negara yang membenarkan rakyatnya biadap kepada hal ehwal suci umat Islam, disifatkan boikot ini sebagai senjata yang boleh menyedar dan menyakitkan satu kaum” ( rujuk )   

Kesimpulan dan Filem Akhirat

Harus di boikot barangan tertentu keluaran Belanda untuk tempoh tertentu ( cadangan saya 2 bulan) sebagai mesej jelas kepada Belanda dan semua non-muslim di dunia agar jangan lagi mempermainkan Islam. Sama ada boikot ini berjaya beri kesan atau tidak, ia tetap releven sebagaimana burung yang masih berusaha bertindak memadamkan api.. ramai di luar sana tidak mampu melakukan cadangan-cadangan seperti rundingan, penrangan sebanar wajah Islam dan lain-lain. Justeru, tanpa boikot, mereka hanya akan duduk saja tanpa apa-apa usaha dan daya yang disumbangkan dalam isu ini.  

 

Bantahan dan boikot yang sama perlu kita lontarkan kepada penebrit filem “AKHIRAT” keluaran tempatan yang menghina nama ‘akhirat’ dengan cerita bertunjangkan seks, zina, raba, aksi intim, AIDS dan lain-lain, cerita yang secara tidak langsung menghina sensitiviti Islam. Tidak wajar sama sekali mereka menggunakan nama “Akhirat” satu lafaz yang penuh makan tersirat malah lafaz yang disebut di dalam al-Quran.  Biadap penerbit ini !! (rujukan kebiadapan dalam filem akhirat )

 

 

Sekian

 

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

2 April 2008

                                                                                                                                                                                         

Demikian pandangan 2 penulis dari dengan 2 pendirian yang berbeza. Terpulanglah untuk berada di pihak yang mana. Yang penting kewajiban dakwah masih tidak terangkat sekalipun filem “fitna” tidak muncul…

2 responses

  1. […] zina terhadap ‘Aisyah) beserta pernyataan kesucian ‘Aisyah diabadikan  … Tags: Muslimah Persoalan tentang boikot? 5 May 2008 by Fazali Fazil on Live for anything or die for something… …  Apakah wajar […]

  2. fazaliiiiii tagged akuw yah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: