Persoalan tentang i’tidal

Baru-baru ini ana diajukan soalan seperti berikut:-

“… Betul ker semasa I’tidal kalau kita qiam tangan kita (sprt ketika berdiri semasa membaca Al-Fatihah dan surah), perbuatan tersebut adalah bid’ah yang salah …? “

 

Melalui bacaan ana, para ulama’ berbeza pendapat dalam menentukan cara melakukan I’tidal yang sahih. Ada yang berpendapat

 

‘Qiamkan tangan iaitu mengembalikan tangan ke dada dengan tangan kanan di   atas, tangan kiri di bawah, sama seperti ketika berdiri semasa membaca Al-Fatihah atau surah’

 

Pendapat tersebut adalah berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh An-Nasaai. Namun ada juga ulama’ yang berpendapat

 

            ‘Meletakkan kedua-dua belah tangan ke sisi’

 

Maka, bagaimanakah cara melakukan i’tidal yang sebenarnya? Jawapannya ialah kedua-dua pendapat di atas adalah sahih untuk diamalkan kerana tiada hadith yang sarih (jelas) yang menjelaskan tentang perkara ini. Al-Albani ketika mengulas perkara ini juga menyatakan bahawa apabila tiada hadith yang sarih tentang sesuatu perkara, maka mana-mana pendapat yang ada asasnya yang diterima maka tidak menjadi apa-apa masalah untuk mengamalkan mana-mana pendapat dalam perkara berkenaan. Oleh sebab itu tidak dianggap perbuatan meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri ketika i’tidal sebagai bid’ah.

 

Rujukan

 

Al-Syurbawi, A. R. 2007. Rukun Solat. Dalam: Wuduk dan Solat Menurut Sunnah dan Mazhab Syafie. Shah Alam. Karya Bestari, 207-209

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: