Kena kumpul duit beli sport rim… faktor keselamatan!!!

Rim sport lebih berat, kukuh

MENGAPA motosikal perlumbaan cub prix menggunakan rim sport? Apakah kebaikan menggunakan rim sport berbanding rim biasa?

LUQMAN HAKIM
Kelantan

PENGGUNAAN rim sport lebih baik walaupun ia lebih berat berbanding rim aloi. Ini kerana rim aloi berjejari tidak begitu sesuai digunakan untuk perlumbaan kerana ia boleh membuai apabila mengambil selekoh pada kelajuan tinggi.

Lebih buruk lagi jika ada satu atau dua jejari longgar atau patah dari puluhan jejari rim itu.

Penggunaan rim berjejari atau standard menyukarkan penjagaan kerana setiap jejari perlu diperiksa dulu sebelum memulakan perlumbaan untuk memastikan rim tidak longgar.

Binaan rim sport adalah teguh tanpa kemungkinan ia berubah bentuk apabila dalam keadaan ekstrem.

Perubahan ini memang tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan berlaku hanya sekejap saja sewaktu membelok, namun dapat dirasakan pelumba berpengalaman.

Motosikal terasa membuai atau membuang sewaktu mengambil selekoh.

Satu lagi faktor pemilihan rim sport dalam perlumbaan ialah kerana rim sport membolehkan penggunaan tayar tidak bertiub (tubeless) jauh lebih teguh dan selamat untuk kegunaan perlumbaan.

Rim berjejari memerlukan proses khas penggunaan tayar tidak bertiub dan jarang sekali dibuat sekarang ini.

Source: http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/MekanikAnda/20080429132126/Article/indexp_html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: