Teknologi terbaru dari HONDA ACCORD…

Source: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0426&pub=Kosmo&sec=Pemotoran&pg=pe_01.htm

Sedan lebih mewah

 

 

Mempertaruhkan teknologi terkini dan penampilan maskular, tidak mustahil sedan mewah ciptaan Honda ini sekali lagi dapat memenuhi ekspektasi yang diletakkan ke atasnya.

MEMASUKI generasi kelapan, sedan mewah Honda ini sememangnya memiliki rekod yang cukup membanggakan. Legasi model yang diberi nama Accord ini memang sukar untuk ditandingi. Buktinya, sehingga tahun 2007, sebanyak 16 juta unit telah berjaya dijual di 160 buah negara.

Mula menemui khalayak sejak tahun 1976, Honda nampaknya tidak pernah kekeringan idea untuk menyuntik teknologi terbaru ke dalam model yang sering menjadi penanda aras buat pesaing lain dalam kategori sama.

Bagi rakyat Malaysia yang sudah menerima jenama Honda sejak sekian lama, tidak perlu rasanya bersusah payah untuk memperkenalkan model Accord ini. Buat peminat sedan tempatan, Accord adalah antara model yang menjadi pilihan untuk menukar sedan sedia ada kepada jentera yang lebih mewah sifatnya.

Kali ini, Accord tampil dengan pembaharuan yang bukan sedikit. Maka, perlu diingat bahawa Accord ini adalah model baru sepenuhnya dan bukan sekadar menerima perubahan secara facelift. Boleh dikatakan, penambahbaikan yang diterima meliputi segala aspek termasuklah enjin dan kerangkanya.

Mahu memberi pilihan lebih luas buat pengguna tempatan, Honda Malaysia menawarkan tiga varian untuk model Accord yang dikelaskan mengikut konfigurasi enjin, selain pelbagai ciri tambahan yang ada pada setiap modelnya.

Model premium Accord pastinya model yang dipasangkan dengan enjin bersesaran 3.5 liter V6, lengkap dengan sistem Variable Cylinder Management (VCM) yang mesra alam serta menjanjikan penggunaan bahan api menjimatkan.

VCM berfungsi menerusi tiga mode sama ada mengaktifkan enam, empat atau tiga silinder mengikut beban, laluan dan corak pemanduan seseorang. Biarpun begitu, pemandu tidak akan terasa sebarang perubahan ketika ‘proses penukaran’ ini berlaku.

Misalnya, ketika kenderaan mendaki bukit atau memecut dan memerlukan lebih kuasa, enjin akan beroperasi dengan keenam-enam silindernya. Apabila ia berada dalam kelajuan sederhana, hanya empat silinder digunakan. Manakala ‘mode’ tiga silinder akan digunakan ketika kereta dalam keadaan cruising dan tidak membawa beban yang berat.

Bagi memastikan enjin ini tidak menghasilkan getaran ketika ada silindernya tidak berfungsi, sistem khas telah dibina. Sistem inovatif ini dikenali sebagai Active Control Engine Mount (ACM) yang berfungsi memantau perubahan rpm.

Ana menantikan teknologi seperti ini akan dapat dibina oleh para jurutera PROTON… Ketika mana teknologi HONDA & TOYOTA semakin jauh meninggalkan kita semua, PROTON baharu memperkenalkan air bag, CPS dan IAFM pada kereta-kereta keluaran terbarunya… Apapun ana doakan jurutera PROTON akan terus berusaha keras untuk menyayingi teknologi kereta-kereta buatan Jepun.

Sistem Active Noise Control (ANC) turut diaplikasikan untuk menghapuskan gelombang bunyi yang tidak diperlukan. Enjin V6 ini memiliki keupayaan menjana kuasa sehingga 275 PS pada putaran enjin 6,200 rpm dan tork maksimum mencecah 339Nm @ 5,000 rpm.

Diangkat daripada keluarga enjin K24, varian kedua model Accord hadir bersama enjin 2.4L DOHC i-VTEC. Ia mampu menghasilkan kuasa sebanyak 180PS @ 6,500 rpm dengan tork maksimum 222Nm @ 4,300 rpm dan disifatkan sebagai enjin paling berkuasa dalam sejarah Accord.

Manakala enjin siri R iaitu 2.0 liter SOHC i-VTEC yang mula digunakan pada model CR-V ini mempunyai kemampuan janaan kuasa sehingga 156PS @ 6,300 rpm dan tork 189Nm @ 4,300 rpm.

Kesemua enjin yang menepati standard pengeluaran asap Euro 4 ini dipadankan dengan transmisi automatik lima kelajuan, dengan model 2.4L dan 3.5L V6 didatangkan bersama paddle shifter pada sterengnya bagi memberi pengalaman pemanduan lebih menyeronokkan.

Untuk menjadikan Accord ini menepati setiap ekspektasi bakal pembelinya, Ketua Eksekutif Jurutera bagi projek Accord, Kenzo Suzuki dan pasukannya telah menjelajah ke seluruh dunia untuk melakukan kajian pemasaran.

Hasilnya, Accord ini lebih mewah, selesa dan memiliki pelbagai ciri eksklusif yang lain. Sebab itulah anda akan dapati bahawa secara keseluruhan model ini adalah lebih luas berbanding Accord sebelumnya.

Melihat kepada penampilan Accord, bahagian hadapannya mengingatkan penulis kepada model Honda Legend yang popular sedikit masa dahulu menerusi rekaan gril radiator yang lebar dan kemas. Sementara bahagian belakangnya pula langsung tidak membawa karektor model Accord yang wujud sebelum ini.

Ruang kabin Accord juga diperkemas menerusi rekaan dan penggunaan latar warnanya. Bagi model 2.0L, bahagian ini menggunakan warna beige dengan tempat duduk fabrik.

Model 2.4L pula disalut dengan kulit berwarna hitam yang elegan pada tempat duduk, tuil gear dan sterengnya. Mahu membangkitkan nilai kemewahan, model 3.5L V6 menggunakan kulit berwarna beige pada sebahagian besar ruang kokpitnya.

Setiap model ini dibekalkan dengan sistem audio dengan 6 CD changer yang juga boleh memainkan muzik dalam format MP3 dan WMA. Dipadankan dengan enam pembesar suara dan fungsi kawalan di sterengnya, pemanduan anda pasti tidak akan sunyi.

Dilancarkan pada Selasa lalu, model ini sudah pun menerima tempahan sebanyak 2,000 unit. Jika Accord dengan enjin 2.0L dan 2.4L ditawarkan dalam bentuk CKD (pemasangan tempatan), Accord 3.5L V6 merupakan unit CBU (diimport sepenuhnya) dari Thailand.

Mensasarkan jualan sebanyak 600 unit Accord untuk tahun pertama, Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Atsushi Fujimoto memberitahu, pihaknya membawa masuk sebanyak 60 unit Accord 3.5L V6 dan tidak mempunyai sebarang masalah untuk menambah jumlah itu sekiranya tempahan diterima.

Bagi mereka yang pentingkan gaya, aksesori Modulo boleh dimiliki dengan penambahan sebanyak RM5,300. Pakej ini meliputi spoiler di bahagian hadapan, belakang, sisi dan pada trunk lid.

Selain itu, anda juga boleh memilih beberapa lagi aksesori lain (harga berbeza) seperti panel karbon untuk ruang kabin, ‘bekas’ untuk bahagian kargo (trunk tray), sistem navigasi dan tempat duduk bayi.

Didatangkan dalam lima warna menarik seperti hitam dan perak, Accord ditawarkan pada harga RM141,800 bagi model 2.0L, RM171,800 (2.4L) dan RM249,800 untuk model 3.5L V6 (kesemua harga termasuk insurans) dengan jaminan selama tiga tahun atau perbatuan mencecah 100,000 kilometer.

Jangan lupa nantikan laporan mengenai pandu uji Honda Accord dalam Kosmo! tidak lama lagi.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: