Yang dipersetujui dan yang dibangkang sekeras-kerasnya…

Source: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0425&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm

Berita di bawah telah di’bold’kan utk menunjukkan bahagian yang ana tak setuju dan yang setuju. Ulasan akan di’italic’… Harap maklum, bukan mak long…

Dilema pasangan kekasih Mesir

RAMAI pasangan kekasih di Mesir memilih untuk bertemu di jambatan Qasr el-Nil di tengah Kaherah sambil memikirkan masa depan mengenai hubungan mereka.

Pertemuan antara uda dan dara di jambatan itu merupakan peluang terbaik untuk berjauhan sekejap daripada ibu bapa.

Kod sosial yang menegah lelaki memegang tangan wanita dilihat tidak berlaku di jambatan tersebut.

Hampir semua golongan muda Mesir tinggal bersama keluarga sehingga mereka berkahwin dan tradisi negara itu menyukarkan pasangan bercinta untuk bertemu.

Ni ana tak setuju…

Tidak boleh bagi mana-mana lelaki atau wanita untuk bertemu walaupun ditempat yang terbuka secara berdua-duaan. Sudah la begitu, berpegang-pegangan tangan pula. Ana tak dapat bayangkan ada manusia yang sedia membenarkan seseorang yang belum ‘halal’ baginya menyentuh dirinya. Sepatutnya sedaya upaya berpencak silat mengelak diri daripada disentuh. Kalau berhadapan dengan golongan yang memang suka menyentuh lain la. Sudah dizahirkan kebencian terhadap perbuatan mereka tapi mereka tetap mahu menyentuh, maka pencak silat itu mesti diperkemaskan. Tapi kod sosial yang disebut itu ana setuju… sebab? Jika sudah ada kuasa untuk melaksanakan, kenapa tidak dilaksanakan sahaja…?

“Kami tidak boleh pergi ke tempat di mana kaum keluarga boleh melihat kami,” kata seorang pelajar kejuruteraan di Universiti Kaherah, Mohammed.

Ramai juga golongan muda tidak mampu untuk berbelanja lebih dengan membayar harga kopi di restoran atau pergi ke panggung wayang.

Majoriti pasangan kekasih menghadapi dilema untuk menamatkan zaman bujang mereka kerana kos perkahwinan yang semakin meningkat di negara itu.

Keadaan itu turut dirasai kesannya oleh pasangan yang sudah bertunang kerana terpaksa menangguhkan perkahwinan selama beberapa tahun untuk mengumpul wang.

Untuk mengahwini seorang wanita, golongan lelaki perlu menyediakan hadiah barang kemas daripada emas untuk pengantin perempuan selain membeli sebuah rumah.

Ni lagi la ana tak setuju…

Jika tadi diri sendiri yang sememangnya ber’jihad’ untuk melakukan maksiat, kini muncul faktor lain pula yang memudahkan ‘jihad’ tersebut. Persoalannya kenapakah untuk menyelesaikan urusan agama yang separuh lagi hendak disusah-susahkan? Kenapa tidak dipermudahkan? Kenapa hendak berbangga dengan besarnya kenduri perkahwinan yang dibuat? Kenapa hendak bermegah dengan mewahnya dewan atau hotel yang disewa untuk melaksanakan kenduri tersebut? Mengapa hendak berasa ‘gah’ dengan jumlah wang hantaran yang besar? Mengapa tidak dijadikan syarat kejayaan sesuatu perkahwinan itu adalah dengan berkurangnya maksiat dan generasi muda yang rosak akhlak? Mengapa tidak diletakkan syarat yang ketat kepada bakal menantu tidak mengira lelaki atau perempuan; iaitu ‘hantaran’ bagi perkahwinan ini ialah kejayaan melahirkan generasi Al-Quran dikalangan generasi akan datang? Ini yang diperbandingkan adalah perkara yang remeh temeh; yang tidak sama sekali menyumbang kepada berkekalannya pahala kepada diri kita setelah Izrail datang mengambil nyawa kita. Bayangkan seorang anak atau cucu atau cicit dan seterusnya yang soleh dan solehah yang dapat dilahirkan yang saban solat dan waktu mendoakan kebahagiaan kita walau selepas kematian kita?

Situasi itu menyebabkan ramai lelaki menamatkan zaman bujang mereka pada umur 30-an kerana perlu menyimpan wang dan membeli rumah sebelum berkahwin.

Seorang profesor di Universiti Amerika di Kaherah, Madiha el-Safty berkata, ramai lelaki berkahwin lewat kerana kos perkahwinan yang tinggi.

Menurutnya, faktor ekonomi seperti pengangguran yang tinggi dan gaji yang rendah turut menyumbang kepada masalah tersebut.

Menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), satu perlima daripada 75 juta rakyat Mesir hidup dengan pendapatan kurang daripada AS$1 (RM3.14) sehari.

Inflasi yang mencatatkan rekod tertinggi pada Mac lalu mengakibatkan kehidupan ramai penduduk di Mesir yang majoritinya berpendapatan rendah terjejas.

Jumlah penduduk yang hidup di paras kemiskinan juga meningkat walaupun Mesir sedang mengalami pertubuhan ekonomi yang pesat.

“Ramai lelaki muda berasa tertekan kerana tidak dapat berkahwin sekali gus menyebabkan mereka terjerumus ke dalam masalah sosial,” katanya.

Ni juga ana tak setuju…

Ingatlah wahai manusia… sesungguhnya kita akan disoal oleh Allah SWT dari sekecil-kecil perkara sehinggalah kepada sebesar-besar perkara. Jangan sampai kita ter’diam’ daripada membela diri kita dihadapan Allah SWT nanti apabila disoal tentang diri kita yang menjadi penyumbang kepada rosaknya akhlak generasi muda pada masa kini. Kalaupun kita tidak boleh mengubah masyarakat, yakinlah bahawa kita mampu mengubah diri kita sendiri dan mencorakkan keluarga yang bakal kita bentuk nanti.

Seorang bakal pengantin, Ragab, 24, pula menyalahkan pihak keluarga perempuan kerana terlalu meminta dan meletakkan pelbagai syarat.

Menurutnya, dia sudah bertunang dengan kekasihnya selama satu tahun tetapi masih belum dapat berkahwin kerana kekurangan wang.

“Tiada siapa yang boleh berkahwin di negara ini. Keluarga pihak perempuan mahukan barangan kemas dan sebuah apartmen yang lengkap dengan perabot,” katanya.

Ragab menganggarkan bahawa dia perlu mengumpulkan wang sekurang-kurangnya AS$4,500 (RM14,145) untuk majlis perkahwinan dan membeli hadiah barangan kemas yang wajib diberikan kepada pengantin perempuan.

Harga untuk membeli barangan kemas adalah antara AS$600 (RM1,886) untuk sebentuk cincin dan dua gelang sehinggalah AS$8,000 (RM25 148) untuk satu set perhiasan daripada emas.

Pendapatan yang rendah dan harga emas yang tinggi menyebabkan ramai pengantin lelaki yang kurang berkemampuan menyewa barangan kemas untuk perkahwinan.

Seorang lagi bakal pengantin, Ahmed Amin, 28, berkata, dia terpaksa bertungkus-lumus melakukan pelbagai pekerjaan di Kaherah untuk mengumpul wang.

Bagaimanapun, menurutnya, dia hanya mampu memperoleh pendapatan sebanyak AS$180 (RM565) sebulan sekali gus agak mustahil untuknya mengumpul wang untuk membeli barangan kemas.

“Kami sudah bertunang selama tiga tahun tetapi masih tidak dapat berkahwin,” katanya sambil berjalan bersama tunangnya di jambatan Qasr el-Nil.

“Sungai Nil adalah adalah jiwa rakyat Mesir dan sesiapa yang mempunyai kekasih, dia perlu membawanya ke sini,” ujarnya. – Reuters

Adoiiii…

Malu kat sungai nil… sungai yang pernah padanya dihanyutkan nabi Musa AS kini menjadi tempat pasangan haram bermadu kasih…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: