Perodua lancar kenderaan pacuan empat roda baru Mei

KUALA LUMPUR – Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) bakal melancarkan kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang diberi nama Perodua Nautica pada 10 Mei ini.

Menurut satu kenyataan syarikat itu semalam, Nautica diilhamkan daripada perkataan ‘nautical’ yang berhubung kait dengan pelayaran berikutan imej ingin yang ditampil- kan menerusi kenderaan 4WD tersebut.

“Namanya menggambarkan cabaran dan dalam masa sama turut me- nampilkan kemewahan yang berupaya memberi pengalaman tanpa sempadan kepada pemiliknya,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan yang sama, seperti juga kereta keluaran Perodua yang lain, kenderaan utiliti sukan (SUV) evolusi urban itu dicipta menepati cita rasa pengguna dengan reka bentuk lebih dinamik dan lasak.

Ia didatangkan dengan kapasiti enjin 1.5 liter dan dua warna iaitu medallion grey dan majestic black.

Orang ramai yang berminat boleh ke bilik pameran Perodua atau melayari http://www.theideal4wd.com.my untuk maklumat lanjut.

Source:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0424&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: