Motoku pancit lg & Hari ke-2 bersama rabbits…

Semasa dalam perjalanan tayar belakang tidak berada dalam kondisi yang sepatutnya. Terasa begitu berat apabila melakukan ‘kona baring’. Juga semasa ingin membrek. Setelah diperiksa rupanya angin di tayar belakang tidak mencukupi. Sesuatu yang tidak pernah terjadi sejak motosikal tersebut dibeli. Maka langkah diteruskan. Namun pecutan diperlahankan. Belokan dibuat menghala ke MARDI. Akhirnya tiba di kedai motosikal yang baharu sahaja dibuka. Kemudian tayar dibuka. Selepas diperiksa, ada ‘paku’ melekat. Mujur sempat sampai. Pengalaman menolak motosikal selama sejam dari rumah ke kedai motosikal tidak mahu diulang lagi. Setelah tiub ditukar perjalanan diteruskan untuk membeli carrot dan cabbage untuk arnab tercinta. Resit tidak dilupakan untuk urusan claim.

Sampai di makmal carrot dan cabbge dipotong menggunakan pisau dan peralatan yang sedia ada di makmal. Terima kasih kepada senior-senior yang telah merintis jalan yang bakal aku tempuhi ini. Jika tidak terpaksalah diri ini membeli segala-galanya. Setelah selesai perjalanan dihalakan ke animal house. Di sana kejutan melanda jantung diri ini. “Kuat benor minum ayor… Baharu letak petang semalam dah nak kering ayor…?” Bekas air sebelum ditambah airnya dibasuh dahulu. Carrot dan cabbage diberikan. Ada yang terus sahaja makan ada yang ‘nak buat keje lain dulu’. Kemudian bertemu dengan student uitm yang juga menggunakan rabbits untuk research sarjananya. Dari dia diperturunkan ilmu ‘force feed’ rabbit yang akan diri ini gunakan minggu hadapan. Terima kasih Anis… Juga berpeluang melihat En. Ramli, Penyelia rumah haiwan melakukan ‘cardiac puncture’ untuk mengeluarkan darah, menonton sesi pembedahan tikus untuk mengambil ‘liver’ nya, juga menyaksikan Khai menimbang tikus-tikus nya. Beginilah kehidupan ku untuk tempoh beberapa bulan sehinggalah segalanya selesai yang dijangkakan pada hujung tahun ini. Doaku… semoga curahan ilmu yang diperturunkan dari siapa sahaja dapat diterima… Jika tak masuk-masuk juga dalam kepala… Jawapannya mungkin ada pada dialog berikut…:

“Aku mengadu kepada Waqi’ mengenai lemahnya hafalanku…,” Kata Imam Syafie

“Kamu buat maksiat ek…?” Jawab Waqi’

“Sesungguhnya ilmu itu adalah cahaya Ilahi… Ilmu tidak akan masuk dalam hati orang-orang yang melakukan maksiat…” Tambah Waqi’ lagi.

Semoga menjadi peringatan buat diri ini akan peristiwa yang dinukilkan di atas. Takutlah kepada amaran dari Allah dalam surah As-Soff, 61:2-3

“… Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat…? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan…”

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: