Eh, aku dah ada bf… Mana bleh kawan dgn lelaki lain….!!!

“… Aku sejak kapel ni dah tak kawan dengan lelaki lain… Bf aku tak bagi… Kalau ko dah ada gf baru ko akan paham …”

Begitulah agaknya dialog yang diucapkan oleh rakan perempuan kepada rakan ana yang memberitahu kisah tersebut kepada ana tidak lama dahulu. Bergegar juga hati ana mendengar cerita tersebut. Geram bercampur marah. “… Kenapa lah ‘bangang’ sangat budak pompuan tu …” getus hati ana. Kemudian ana teringat ceramah yang disampaikan kepada pelajar-pelajar baharu Fakulti lama ana,

“… Kamu masih belum memulakan pengajian lagi pun. Maka jangan disibuk-sibuk hendak mencari pasangan. Kamu belum tentu lagi menghabiskan pengajian kamu. Belum tentu lagi kahwin dengan pasangan yang telah kamu ‘declare’ dan layan ibarat suami dan isteri. Lebih baik kamu berkawan. Berkawan dengan seramai yang mungkin. Layan semua rakan sama rata, sama rasa. Tiada yang terlebih layan, tiada yang terkurang layan. Maka diakhir pengajian kamu akan melihat sisi-sisi baik dan buruk rakan-rakan kamu. Bagi yang mahu berkahwin, di akhir-akhir pengajianlah masanya yang sesuai untuk memulakan hubungan kerana pandangan kamu telah pun mulai luas. Pilihan kamu juga banyak. Tidak seperti mereka yang dari awal2 pengajian lagi telah ‘declare’ dan layan pasangan dia bak suami atau isteri …”

Mungkin ada yang kepanasan apabila membaca kata-kata yang dilontarkan oleh penceramah berkenaan. Benar, ada silapnya kata-kata di atas. Tapi bagi diri ana yang berada di sana semasa kata-kata di atas diungkapkan, ana melihatnya sebagai suatu yang cukup baik. Penceramah walaupun tidak berjubah juga berkopiah; tidak kelihatan seperti seorang ustaz namun berupaya untuk sekurang-kurangnya membuatkan pelajar-pelajar baharu yang mendengar ceramahnya untuk berfikir sejenak tentang masa depan dan isu kapel yang begitu teruk melanda generasi muda masa kini.

Ketika ramai da’ie yang bertindak mencegah kemungkaran hanya dengan hati ketika melihat pasangan-pasangan ‘haram’ memadu asmara dan lidah ketika memberi peringatan di hadapan ‘orang-orang surau’ yang memang juga ada yang berkapel; namun tiada daya dan upaya untuk memberi peringatan kepada kelompok yang sepatutnya, ana kira ungkapan daripada penceramah tersebut tepat dan kena pada sasarannya… iaitu pelajar-pelajar baharu yang berbagai latar belakang; yang telah kenal usrah dan belum kenal usrah; yang pernah berkapel dan yang belum pernah berpacaran.

Teringat kata-kata seorang penceramah lain,

“… Masyarakat bertanya itu dan ini kepada kita namun sebagai dai’e we failed to reason …!!!”   

Benar ustaz, ana setuju. We failed to reason.

Cinta menurut Al-Quran dan Sunnah

Kerana cintanya dia menjadi hamba,
Padahal sebelumnya dia adalah raja,
Kegarangan istana tiada lagi menyertai,
Dia di puncak gunung menyendiri sendiri,
Pipi tertempel di tanah berdebu,
Seakan bantal-bantal sutra untuk bertumpu,
Beginilah kehinaan menimpa orang merdeka,
Jika cinta melanda dia laksana hamba sahaya

 

Segala puji bagi Allah yang telah menciptakan kecintaan untuk mendapatkan apa yang dicintai sebagai jalan, yang menciptakan ketaatan dan ketundukkan kepada-Nya berdasarkan ketulusan cinta sebagai bukti, yang menggerakkan jiwa kepada berbagai bentuk kesempurnaan sebagai pendapat untuk mencari dan mendapatkan cinta itu, yang telah menganugerahi alam atas dan alam bawah untuk mengeluarkan kesempurnaan-Nya dari kekuatan kepada perbuatan sebagai penghamparan, yang telah membangkitkan hasrat dan minat untuk meraih tujuannya sebagai pengkhususan baginya.

Tentunya, bila mana individu mengupas isu-isu berkenaan cinta, lafaz atau istilah yang paling mudah hanya akan menyentuh persekitaran mereka, kerana mata melihat dan otak kemudiannya menafsirkan mengikut kecenderungan nafsunya. Individu gemar membataskan cinta hanya kepada manusia, lelaki cintanya adalah wanita, dan begitulah sebaliknya sehinggakan mereka berlebih-lebihan dalam cinta yang tidak syar’ie ini.“Adapun orang-orang beriman sangat besar cintanya kepada Allah”.[2:165].

 

Mahabbatullah2 (Cinta kepada Allah) mencirikan kesempurnaan cinta alam atas dan alam bawah, ketika mana kita mengenal puncak segala cinta, maka kita akan mengetahui perbedaan antara cinta kepada Allah dan cinta kepada selain-Nya. InsyaAllah kita akan dapat melihat peri pentingnya meletakkan seluruh urusan kehidupan pada teras kecintaan Allah, Rasul dan perjuangan. Mukmin yang ikhlas akan dapat merasakan kecintaan Allah pada mukmin yang lainnya dan mengetahui kewajipannya dalam menunaikan hak mencintai saudaranya.

Penulis ingin memetik pendapat Ibnu Qayyim,
Ibnu Qayyim menyebutkan beberapa elemen yang memainkan peranan dalam mempengaruhi pesona cinta. Antaranya, sifat orang yang dicintai dan pesona keindahannya, kedua adalah perasaan orang yang mencintai terhadap orang yang dicintai dan ketiga adalah keserasian yang meliputi keselarasan dan kesesuaian antara orang yang mencintai dan orang yang dicintai.

Syariat Islam yang agung meletakkan perbandingan yang ketara diantara dua kelompok cinta. Kategori cinta yang pertama meletakkan Allah dan Rasul sebagai pengaturcara dalam keseluruhan sistem hidup. Kategori cinta yang kedua adalah merupakan tafsiran yang songsang mengenai hakikat cinta yang diterjemahkan oleh mereka-mereka yang meletakkan اﻠﮪوى sebagai parameter.

Cinta yang menjadikan syariat sebagai asasnya dan didasari dengan ketulenan iman meletakkan pelakunya sentiasa di bawah naungan Tuhan.

 

Dan orang-orang yang beriman, berserta anak cucu mereka yang mengikuti mereka dalam keimanan, kami pertemukan mereka dengan anak cucu mereka (di dalam syurga), dan kami tidak mengurangi sedikit pun pahala amal (kebajikan) mereka. Setiap orang terikat dengan apa yang dikerjakannya”. Thuur [53:2]).

Prof. Hamka3 menjelaskan bahawa ayat ini menunjukkan kasih-sayang Allah kepada manusia yang mana jika seseorang ayah tidak melupakan didikan kepada anak cucunya, nescaya si anak akan memahami perjuangan si ayah. Ini kerana usaha membela agama Allah tidak hanya berhenti sekadar pada perjuangan si ayah, malahan diperpanjangkan pula pada si anak. 

  

1 Cinta & Rindu (Menurut Al-Quran dan As-Sunnah), Ibnu Qayyim Al Jauziyyah.

2 Mahabbah ( Ibnu Qayyim menterjemahkan Mahabbah sebagai kasih sayang).

3 Tafsir Al- Azhar, Prof. Dr. Hamka.

source:http://ikhsaninsan.blogspot.com/2008/01/cinta-menurut-al-quran-dan-sunnah.html

my respon

 

One response

  1. salam kpd semua penghuni langit dan bumi.1st time ana bc blog macam ni.ada mcm2.mg kemahiran menulis untuk sebarkan da’wah di tingkatkan.ttg artikel ni,kita melihat masyarakat seolah2 dh biasa dgn budaya “love before marriage ” ,semua ni perlu di murnikan.kuatkan da’wah,majukan ummah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: