AJK Makanan & KL International Book Fair 2008 PWTC

Syukur ke hadrat Ilahi kerana diberikan kekuatan dan ilham untuk melaksanakan tugas-tugas sebagai AJK Makanan dalam program yang baharu sahaja berlalu. Sempat juga contact mama untuk bertanyakan resipi. ^_^ Sebaik program berakhir ana telah bergegas ke PWTC bersama sahabat ana untuk membeli beberapa buah buku… Syukur ada juga orang yang hendak meminjamkan duit… Al-maklumlah… gaji masih belum masuk sampai ke hari ini… Di sana ana telah membeli 3 buah buku:

  1. Fiqh Luar Negara by Mazlee Malik
  2. Ahmadinejad “Singa baru dunia Islam” by 4 Indonesian’s journalist
  3. Wudu’ & Solat by Mohd Noor Tahir

Semoga diberikan kekuatan, masa dan kelapangan fikiran untuk menghabiskan buku-buku tersebut, juga buku-buku yang telah dibeli sebelum ini… Malu kepada Ustaz Ridhuan Mohd Noor… Sebab apa? Baca artikel ini…

KESAKTIAN USTAZ RIDUAN MOHD NOR


Petang tadi sebaik sahaja selesai mesyuarat , saya menerima senaskhah buku yang berjudul Makkal Sakhti Analisis Pilihanraya Umum ke 12 dari pengarangnya sendiri al Fadhil Ustaz Riduan Mohd Nor yang juga merupakan EXCO DPPP.

Dalam diam saya sangat mengkagumi tokoh EXCO DPP Pusat ini justeru kehebatannya mampu menghasilkan buku hampir 2 bulan sekali .

Malah keupayaan beliau menghasilkan buku pada setiap keluarannya mengatasi keupayaan pembaca, yang saya kira masih ramai yang belum sempat menghabiskan bacaan terhadap buku ustaz Riduan sebelumnya , kini terbit pula buku terbaru.
Satu kegigihan yang sangat perlu dan wajar dicontohi. Saya sering memberi perhatian kepada kesungguhan dan ketekunan Yb. Salahuddin Ayub selaku Ketua DPPP dalam membaca dan mentelaah buku – buku terbaru . Malah beliau pada setiap kali mesyuarat bulanan pemuda PAS Pusat pasti akan membawa sebuah buku baru yang sedang dibacanya dan setiap kali itu pula beliau akan kempen dan menasihati supaya semua exco pemuda menghabiskan bacaan sekurang – kurangnya sebuah buku baru sebulan.

Apa yang uniknya , Ustaz Riduan bukan membaca sebuah buku baru setiap bulan tetapi hampir berjaya menghasil dan menerbitkan sebuah buku baru pada setiap bulan .

Bagi rakan – rakan , usahkan nak membaca buku – buku baru ustaz Riduan , tolong menjualkan buku – buku beliau sahaja , belum sempat habis yang lama sudah keluar buku baru . Pendek kata , keupayaan beliau tidak terkejar oleh yang lain.

Kesempatan ini , sempena menerima cenderamata dari Ustaz Riduan berupa buku terbarunya yang bertajuk Makkal Sakhti , saya ingin mengucapkan tahniah malah tidak keterlaluan kalau saya mewakili DPPP merakamkan penghargaan kepada Ustaz Riduan yang saya kira boleh menjadi contoh yang baik kepada rakan – rakan seperjuangan yang lain.

Sekarang saya sedang membaca buku Makkal Sakhti , saya percaya ( sebagaimana apa yang berlaku sebelum ini ) belum sempat saya habiskan buku Makkal Sakhti ini Ustaz Riduan Sakhti akan menghasilkan sebuah lagi buku baru .

Bila lah saya juga mampu mendapat kesaktian seperti itu ?
posted by Us.Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi….

Sunday, April 06, 2008

 

Hai… bila la agaknya saya akan memiliki kesaktian seperti itu juga… 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: