Kalau Proton dah kena balun dah ni…

690,000 kereta Toyota rosak

SHANGHAI – Syarikat Toyota Motor Corp. memanggil semula hampir 690,000 kenderaan yang dikeluarkan di China selepas mendapati ia mempunyai masalah sistem kawalan tingkap elektrik.

Menurut notis yang dikeluarkan oleh Pentadbiran Pengawasan Kualiti di laman webnya kelmarin, kereta yang terlibat melibatkan 407,503 buah Camry dan Yaris. Sebanyak 280,811 kereta jenis Vios dan Corolla yang dihasilkan turut dipanggil semula membabitkan masalah teknikal yang sama. – AP

Source

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0825&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm

Marhaban Ya Ramadhan bukan Ahl Wasahlan Ya Ramadhan

Ahlan Wasahlan dan Marhaban keduanya bererti selamat datang.

Namun penggunaannya berbeda sama sekali dan menjelaskan mengapa para ulama’ tidak menggunakan ahlan wasahlan untuk menyambut kedatangan Ramadhan bahkan sebaliknya menggunakan marhaban ya Ramadhan.

Ahlan berasal daripada ahl yang bererti keluarga manakala sahlan berasal daripada sahl yang bererti mudah. Sahl juga diertikan sebagai dataran yang rendah yang mudah dilalui. Oleh sebab itu ucapan ahlan wa sahlan walaupun adalah ucapan selamat datang, terdapat makna tersirat di sebaliknya iaitu “Anda berada dalam keluarga kami dan melangkahlah di dataran yang rendah ini dengan mudah”. Dengan kata lain, tetamu adalah tertakluk kepada beberapa peraturan dan undang-undang yang sedia ada dikuatkuasakan di rumah tersebut.

Sementara marhaban pula berasal daripada rahb yang bererti luas atau lapang. Oleh sebab itu ucapan marhaban adalah ucapan selamat datang kepada tetamu yang datang yang diterima dengan lapang dada, penuh kegembiraan serta dipersiapkan baginya ruang yang luasuntuk melakukan apa sahaja yang diingininya.

Jesteru mulai saat ini ucapkanlah Marhaban Ya Ramadhan…!!!

Source

M. Quraish Shihab (2007). Puasa. Dalam: Wawasan Al-Quran, Tafsir Tematik atas Pelbagai Persoalan Umat. Bandung:PT Pustaka Mizan

Persediaan menjelang Ramadhan…

Ramadhan bakal tiba beberapa hari sahaja lagi. Umat Islam terutamanya kaum hawa begitu giat sekali berpuasa ganti. Yang lelaki pula ada yang mengambil peluang berpuasa sunat di bukan Sya’aban ini sebagai persediaan berpuasa sebulan penuh di bulan Ramadhan nanti.

Di kolej kediaman di fakulti saya, banner alu-aluan akan kedatangan Ramadhan lengkap dengan beberapa program sepanjang Ramadhan telah dinaikkan beberapa hari lepas. Tahniah saya ucapkan kepada jawatankuasa pengelola. Semoga kesediaan umat Islam untuk ‘mencari Allah SWT’ di bulan Ramadhan ini dimanfaatkan sebaik mungkin. Mana tahu ada menjadi lebih baik daripada sebelumnya usai menempuhi sebulan tarbiyyah di bulan Ramadhan.

Kalau orang besar-besar datang ke tempat kita, akan ada upacara untuk menyambutnya. Akan ada mesyuarat membincangkan perkara-perkara yang ingin dibuat. Dan yang paling utama ialah semuanya bersedia untuk menyambut ketibaan orang besar-besar itu.

Oleh sebab itu Ramadhan, sesuai dengan statusnya sebagai bulan yang penuh barakah dan kebajikan, moleklah kiranya jika kita melakukan beberapa perkara sebagai persediaan menyambutnya.

  1. Memperbanyakkan membaca Al-Quran melebihi kebiasaan. Tapi kalau sudah berjaya membaca sehingga satu juzu’ Al-Quran sehari itu sudah dikira terlalu baik dan andai mahu dikekalkan sahaja jumlah itu pun tiada masalah. Target kita ialah menjelang Syawal, kita khatam Al-Quran.
  2. Melazimi diri untuk membaca terjemahan Al-Quran setiap hari. Elok dimulakan dengan ayat-ayat Makiyyah terlebih dahulu sebelum pergi kepada ayat-ayat Madaniyyah kerana mengambil bentuk ayat-ayat Makiyyah itu sendiri yang lebih kepada pembinaan Aqidah yang kukuh. Oleh sebab Islam hanya boleh dan mesti dimasuki melalui pintu Aqidah, memiliki Aqidah yang mantap menjamin kejayaan di dunia dan akhirat. Namun jika mahu memulakan daripada juzu’ 1 pun tiada masalah.
  3. Mencuba menyelak dan membaca kitab-kitab tafsir Al-Quran. Ada pelbagai kitab Tafsir di pasaran seperti Tafsir Ibn Kathir, Tafsir Al-Azhar oleh Prof Dr Hamka, Tafsir Al-Munir oleh Prof Dr Wahbah Zuhaily, Tafsir Sya’rawi oleh Syeikh Mutawalli As-Sya’rawi dan sebagainya. Amatlah malang bagi umat Islam jika berjaya mengkhatamkan bacaan Al-Quran berpuluh-puluh kali namun sekalipun tidak berjaya mengkhatamkan membaca terjemahan Al-Quran dan kitab Tafsir Al-Quran. Alangkah rendahnya taraf kitab Al-Quran diletakkan oleh kita semua berbanding buku-buku akademik kita, novel, majalah, komik dan sebagainya yang berjaya kita khatamkan dalam masa yang singkat.
  4. Tidur lebih awal daripada kebiasaan sebagai latihan untuk bangun sahur nanti dan berqiamullail.
  5. Makan dengan kuantiti yang kurang sedikit berbanding bulan-bulan sebelum ini sebagai melazimi merasa lapar. Bahkan al-Imam Syafie pernah menyatakan bahawa beliau pernah selama 16 tahun tidak berasa kenyang. Sesungguhnya terlalu kenyang akan menyebabkan mengantuk dan menyebabkan tumpuan kepada bahan bacaan ilmiah dan berat berkurangan.
  6. Berdoa sebanyak-banyaknya agar berpeluang bertemu dengan Ramadhan kali ini.

Sekian untuk kebaikan bersama…

RON95 semakin hampir…

Menjelang 1 September 2009 penjualan petrol RON92 atau lebih glamour disebut sebagai minyak lama akan ditamatkan dan digantikan dengan petrol RON95 dengan harga RM 1.75 manakala petrol RON97 akan menjadi petrol premium tanpa subsidi dengan harga rm 2.00 seliter.

Setakat ini Petronas telah memperkenalkannnya di beberapa buah stesen minyak antaranya di Presint 9 dan Presint 9D putrajaya, BHP di Stesen Minyak Sungai Kayu Ara, Damansara dan Shell turut telah memperkenalkannya di salah satu stesen minyak kelolaannya.

Mungkin ada pengguna yang rungsing untuk bertukar kepada petrol RON95 ini kerana telah terbiasa menggunakan petrol RON97 selama ini. Walaubagaimanapun, Proton dan Perodua dalam sisipan Berita Harian hari ini (Jumaat, 14 Ogos 2009), Auto di muka surat 5 telah mengesahkan bahawa semua kenderaan keluaran mereka boleh menggunakan petrol RON95. Bagi kelisa import pula, semakan terhadap manual kereta perlu dilakukan.

Oleh sebab itu pemilik Proton dan Perodua tidak perlu risau untuk bertukar kepada petrol RON95 dengan pengesahan yang telah dibuat ini. Namun untuk memuaskan hati, semakan terhadap manual kenderaan masing-masing amatlah digalakkan.

Nantikan jelmaan petrol RON95 september ini…

Adios.

Hebahan 7 – Untuk Alumni Samten Sepanjang Zaman

Majlis Berbuka Puasa Alumni

Ramadhan hampir menjelang tiba….
Ketibaannya amat kita rindui…..
Awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya keselamatan dari api neraka. (rasa cam hadith palsu je nih… )

Justeru sempena bulan Ramadhan ini pihak jawatankuasa Alumni SAMTEN menjemput ahli Alumni untuk bersama menyertai Majlis Berbuka Puasa Alumni yang akan diadakan pada 10 September 2009. Tentatif program adalah seperti berikut:

6.30 pm : Kehadiran Alumni di Pejabat Agama Islam daerah Hulu Langat, Kajang.
7.00 pm : Berbuka puasa (Tamar dan air) dan Solat Maghrib berjemaah
7.45 pm : Berbuka puasa di Restoran Malee, Kajang
8.45 pm : Solat Isya’ dan Terawih di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat
9.30 pm : Tazkirah ringkas
9.45 pm : Moreh dan bersurai

Bagi memudahkan proses tempahan tempat, ahli alumni yang hadir perlulah mengesahkan kehadiran mereka kepada :

En. Mohd Khairul Anwar bin Hamzah: 012-354 5765
En. Huzairi Hj Yusof : 013-347 9709
En. Fathur Rahman bin Sahibon: 019-206 8254
Cik Halijah binti Osman: 012-932 2857
En. Asydi bin Jamil: 019-262 5365

Anggaran bayaran: RM20-RM30 (Jika ada tajaan, amatlah dialu-alukan)

Segala makluman dan perubahan akan dimaklumkan di blog ini, insyaAllah

_______________________________________________________________________________________________________________________

Majlis Sambutan Aidilfitri

InsyaAllah, Jawatankuasa Alumni SAMTEN akan mengadakan Majlis Sambutan Aildilfitri Persatuan Alumni Sekolah Agama Menengah Hulu Langat 2009 pada 17 Oktober 2009 (28 Syawal), 8.30 malam di Dewan Azzamakhsyari, Sekolah Agama Menengah Hulu Langat.

Bersama kita eratkan ukhwah, bersama kita bermaaf-maafan, bersalam-salaman (eh macam lagu raya pulak!).

Majlis ini akan diserikan lagi dengan kehadiran guru-guru yang telah banyak mendidik kita.
Apa khabar mereka agaknya? Tidak rindukah kita dengan Cikgu Hasbollah (Cikgu Abol), Ustaz Hasmuri, Ustazah Jamaliah, Cikgu Zaini, Cikgu Rosmilah, Cikgu Zain, Cikgu Atifah, Ustazah Jamaliah, Ustaz Manaf, Ustaz Arsyad dan banyak lagi (kalau tulis satu persatu penuh blog ni,huhu)…masih terngiang-ngiang lagi suara mereka dalam sanubari, masih segar lagi ingatan mereka pada diri.

Apa khabar agaknya rakan-rakan kita?Rakan-rakan satu kelas, satu batch, satu dorm, kawan yang sama-sama fly (ops!). Berapa orang anak mereka? Dah berumahtangga ke, belum? Banyak persoalan yang ingin kita tanya betul tak?

Mungkin ada ketidakpuasan hati antara kita yang perlukan penjelasan, penerangan, huraian?
Hmm, buang yang keruh ambillah yang jernih. Lupakan sengketa lama.

Apapun kita harapkan semoga Majlis Sambutan Aildilfitri ini berjalan dengan lancar dan jayanya. Bersama-sama kita meriahkan majlis ini. Wassalam.

_____________________________________________________________________________________________________________________________________

Mari Kita Melancong

Assalamualaikum. Dengarnya, pihak Alumni Sek. Agama Menengah Hulu Langat di bawah portfolio riadhah dan rekreasi akan mengadakan lawatan ke Indonesia pada pertengahan November ini. Destinasi yang dituju? Jeng,jeng,jeng (kena baca dengan suspen sikit)

Indonesia….

Medan?Bandung?Jogja? Mana-mana pun bisa dong!

Perkembangan lawatan ini akan diupdatekan dari masa ke semasa, insyaAllah. Jadi apa lagi kawan-kawan beritahulah sahabat kita yang lain tentang lawatan ini. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada:

En. Huzairi Hj Yusof : 013-347 9709
En. Muhammad Nor Fazali Fazil : 012-584 9085
Cik Sri Mohd Ali : 016-219 7030

Sebarang cadangan dan idea juga boleh dipostkan pada ruangan komen di blog ini. Sebarang tajaan? Lagilah dialu-alukan.

Hmm, sesudah Kejohanan Boling Alumni nampaknya portfolio riadhah dan rekreasi telah menggemparkan Alumni lagi dengan program mega mereka. Bilalah pula program

anjuran portflio lain ye? Bersama lah kita nantikan, tunggu….

Source: http://alumni-samten.blogspot.com/

Automatik 8 kelajuan…

Here’s some details from Autocar UK on BMW’s next generation bread and butter – the replacement for the E90 BMW 3-Series set to be launched for the 2011 model year. No doubt some of this may be just conjecture on Autocar’s part, but here’s the list anyway:

  • The 4-cylinder engine will finally be replaced by a turbocharged unit, but Autocar is suggesting 3-cylinder engines will be used. The idea of an inline-3 in a 3-series is a little bleh though, what’s wrong with just downsizing to a small 4-cylinder and then turbo-ing it? But there’s no doubt that mechanically the inline-3 engine will likely be competent.
  • Greater care for aerodynamics, such as the use of narrow and upright intakes in the front bumper to channel the air through the bumper and out of a slot in the wheel well that pushes and smoothens the airflow across the face of the wheel.
  • The chassis will have provisions for an integrated motor assist kind of system for the rear axle. Space also needs to be designed for batteries and control units related to hybrid systems.
  • The 8-speed auto will find its way into the whole BMW range, with the 7-speed twin clutch reserved for sports models only. Though there has been improvements of leaps and bounds to computer-clutched transmissions, a real auto will always be smoother than a twin clutch.
Source
Ulasan
Proton? Bila pula nak perkenalkan automatik 5-kelajuan…? Transmisi automatik 4-kelajuan dah lapuk…

Menjelang 15 Sya’aban

Tentang kelebihan malam nisfu Sya’aban, ada hadis sahih daripada Mu’az Bin Jabal,

Allah menjenguk datang kepada semua makhluk-nya di malam Nisfu Sya’aban. Maka diampunkan dosa sekalian makhluk-Nya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan

(Riwayat Ibnu Majah, At-Thabrani dan Ibnu Hibban)

Al-Imam As-Syafie dalam al-Umm telah menyebut bahawa sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu malam Jumaat, malam Hari Raya Aidiladha, malam Hari Raya Aidilfitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nisfu Sya’aban.

Walaupun jelas besarnya fadhilat atau kelebihan malam nisfu Sya’aban, amalan menghidupkan malam tersebut tidak terjadi di zaman Nabi SAW ataupun para sahabat tetapi telah dilakukan oleh para tabi’in daripada penduduk Syam seperti Khalid Bin Ma’dan dan Makhul. Mereka beribadat dengan bersungguh-sungguh pada malam tersebut dan menjadi ikutan ramai orang pada ketika itu.

Antara amalan yang di lakukan ialah:

  1. Berqiamullail secara beramai-ramai di masjid
  2. Berqiamullail secara bersendirian di rumah masing-masing

Namun sayangnya umat Islam pada telah melakukan amalan bid’ah seperti solat sunat Nisfu Sya’aban dan membaca Surah Yaasin sebanyak 3 kali pada malam tersebut.

Al-Imam Nawawi dan Imam Ibnu Hajar telah menafikan akan kewujudan solat sunat Nisfu Sya’aban. Oleh sebab itu lakukanlah apa sahaja solat sunat yang sabit seperti Tahajjud, Witir, Istikharah, Hajat (walaupun masih ada pertikaian tetapi ada ulama’ yang menyokongnya) dan sebagainya.

Amalan membaca Yaasin sebanyak 3 kali pada dasarnya tidak menjadi salah kerana membaca Al-Quran itu adalah ibadah yang cukup besar pahalanya. Namun beriktikad bahawa amalan itu adalah sabit daripada baginda Nabi SAW adalah salah dan pelakunya hendaklah dinasihati dan diperjelaskan kedudukan sebenar amalan tersebut.

Jesteru sahabat sekalian marilah kita perbanyakkan amalan sunat di bulan Sya’aban ini sebagai persediaan menyambut kedatangan bulan Ramadhan tidak lama lagi.

Source

Abu Ahmad Yasin, Rahsia Keajaiban dan Kelebihan Bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan, m/s 115-116. Penerbit: Pustaka Azhar.

Toyota Prius (generasi ketiga) telah tiba di Malaysia…

Boleh baca dengan lebih lanjut di link ini http://paultan.org/archives/2009/08/04/rm175k-toyota-prius-now-available-in-malaysia/

Dengan harga RM 175 000, model berkuasa 1.8 L itu menawarkan penjimatan minyak sehingga 40 km bagi setiap liter petrol. Apa yang lebih menarik ialah tatkala terperangkap di dalam kesesakan jalan raya atau bergerak di bawah kelajuan 45 km/j, secara automatik Prius akan digerakkan oleh motor elektrik. Selain itu, terdapat 3 mode pemanduan untuk dipilih bergantung kepada kondisi perjalanan dan minat pemandu.

Secara kasar, full loan untuk Toyota Prius dengan interest atau kadar keuntungan 3.0% setahun untuk tempoh pinjaman selama 9 tahun (108 bulan) memerlukan ansuran bulanan sebanyak RM 2057.8704.

Itu jika interest rate atau kadar keuntungan 3.0%….

Nampak gaya ramai yang perlu menunggu lebih lama lagi untuk menjadi lebih ‘hijau’ kepada bumi dalam aspek penggunaan kereta.

Sedihnyer…

Nape la Toyota tak bawa masuk sahaja Prius generasi kedua dengan kuasa enjin 1.5 L… Dengan pengurangan kuasa sebanyak 0.3 L, pastinya harganya akan berada dalam lingkungan RM 120 000 sehingga RM 150 000 dan lebih ramailah yang berkemampuan untuk memilikinya.

Pilihan terbaik untuk setakat ini untuk memiliki jentera hybrid ialah Honda Civic Hybrid 1.3 L (RM 130 000) yang menawarkan penjimatan minyak sehingga 30 km bagi seliter minyak. Namun teknologi yang ditawarkan oleh Prius begitu jauh meninggalkan Honda Civic Hybrid.

Rebat Tol…

Rebat tol 20 peratus untuk semua lebuh raya

03/08/2009 1:13pm
TARMIZI ABDUL RAHIM”tarmizi.rahim@utusangroup.com.my

KUALA LUMPUR 3 Ogos – Pemberian rebat diskaun tol sebanyak 20 peratus bagi pengguna kad prabayar Touch n Go dan Smart Tag tidak terhad kepada lebuh raya terpilih sahaja tetapi ia meliputi semua lebuh raya di seluruh negara.

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor ketika menjelaskan perkara itu, mengakui terdapat tanggapan di kalangan pengguna bahawa kemudahan itu hanya terpakai kepada penggunaan lebuh raya tertentu.

“Sebenarnya tanggapan itu salah, asalkan dia guna Touch n Go dan Smart Tag di mana-mana lebuh raya sekalipun, bukan hanya terhad kepada Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) atau Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya) dan mana-mana lebuh raya.

“Pengguna boleh campur semua lebuh raya yang digunakan, asalkan lebih 80 kali sebulan maka dia akan dapat rebat itu,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke tapak projek jalan sambungan dari Persimpangan Bertingkat Kinrara, Lebuh Raya Shah Alam ke Taman Sri Manja di sini hari ini. – Utusan

Source

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0803&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_16.htm

Pilih RON yang sesuai untuk kenderaan anda…!

RON95 vs RON97

Oleh IRWAN ASRI MOHD NOR
irwan@majalahkereta.com.my

Ada orang menyatakan petrol A lebih baik daripada petrol B atau minyak B lebih bagus daripada bahan api C. Adakah itu benar?

DI Eropah, klasifikasi keseragaman kelas bahan bakar petrol dibahagikan kepada tiga kelas utama. RON91, RON95 dan RON98. Pembahagian itu dibuat berdasarkan jenis keperluan bahan bakar yang diperlukan pada setiap jenis enjin berlainan pengeluar.

RON91 dicipta untuk enjin yang mampu menerima petrol berplumbum, RON95 untuk petrol tanpa plumbum yang juga disebut petrol premium dan RON98 atau disebut juga sebagai Super Plus atau Super Premium.

Bermula 1 September ini, klasifikasi penjualan minyak petrol di negara ini akan diselaraskan kepada dua jenis RON (Research Octane Number) iaitu RON95 dan RON97.

Dalam jangka masa kurang dua bulan dari sekarang, RON95 akan menggantikan RON92 yang berharga RM1.75 seliter, manakala RON97 akan menjadi petrol premium pada harga RM2.

Apakah kesannya kepada pengguna? Sebenarnya, banyak yang perlu diketahui tentang asas RON itu sendiri.

Di seluruh dunia, pencemaran bahan api fosil telah meningkatkan kesedaran umum. Justeru itu, kualiti bahan bakar ditingkatkan. Jurutera bertungkus lumus memikirkan idea untuk mencipta enjin dengan sistem pembakaran moden yang mampu beroperasi menggunakan petrol spesifikasi RON yang dibangunkan. Kandungan sulfur juga diminimumkan.

Adakah semua petrol RON95 sesuai dengan kereta anda? Bagaimana mengetahui kesesuaian tersebut? Langkah paling mudah adalah melihat pada penutup petrol.

Jika ia tidak dinyatakan, rujuk buku panduan kenderaan. Biarpun begitu, tidak semua pengeluar kereta menulisnya dalam bentuk angka. Sebahagiannya ditulis dalam istilah leaded dan unleaded.

Jangan khuatir, majoriti petrol yang dijual di Malaysia (termasuk RON92) adalah petrol jenis tanpa plumbum (unleaded). Adakah RON97 lebih baik daripada RON95? Secara teorinya, ya tetapi secara paraktiknya, tidak. Petrol RON95 di stesen A mungkin lebih baik daripada petrol RON97 di stesen B.

Perlu diingatkan bahawa setiap petrol yang dijual oleh Petronas, Shell, BHP, Esso, Caltex dan Mobil adalah tidak sama. Setiap syarikat mempunyai ramuan tersendiri untuk meningkatkan keupayaan kualiti petrol masing-masing.

Techron, Primax dan Infiniti merupakan antara petrol yang dihasilkan menerusi kajian dan pembangunan yang serius. Anda mungkin biasa menonton iklan bagaimana petrol di stesen A berupaya membersihkan enapan karbon pada injap dan omboh. Adakah ia sekadar gimik?

Adakah petrol RON95 berkualiti rendah? Ini adalah pandangan yang salah. RON berkaitan dengan campuran dua unsur asas iaitu oktana dan pentana yang melengkapkan sifatnya menjadi bahan bakar petrol.

RON95 bermaksud 95 peratus kandungannya adalah oktana dan selebihnya pentana. Begitu juga dengan RON97 iaitu hanya tiga peratus pentana dan selebihnya oktana.

Gandingan itu akan memutlakkan tahap pembakaran enjin yang bakal digunakan. Sekiranya enjin anda cukup sekadar dengan pembakaran RON95, kenapa perlu membazir membeli petrol RON97? Adakah jam Breitling memberi maklumat waktu yang lebih tepat berbanding jam Casio?

Sebaliknya, jika enjin anda dicipta untuk membakar dengan RON97, adalah tidak memadai menggunakan RON95 kerana omboh akan mengalami masalah ketukan (knocking).

Ini kerana enjin silinder bergerak dengan membakar petrol menjadi gas. Asasnya, enjin yang dicipta untuk RON95 adalah kebuk pembakaran yang berupaya membakar sejumlah 95 peratus oktana.

Perlu diingat bahawa sifat oktana adalah kemampuannya untuk menahan tekanan dalam kebuk pembakaran. Jadi, dengan enjin yang dicipta untuk pembakaran 95 peratus oktana, memadai kita menggunakan petrol RON95.

Namun, jika enjin tersebut dicipta untuk tekanan 97 peratus oktana, maka penggunaan RON95 tidak sesuai. Oktana mempunyai keupayaan mengembangkan tekanan dengan baik, tetapi bukan pentana. Pentana hanya akan melambatkan proses timbal-balik dan di sinilah masalah ketukan berlaku.

Petrol yang baik bergantung kepada pengeluar petrol itu sendiri. Seperti yang diterangkan pada awal nota ini tadi, setiap petrol tidak sama.

Dakwaan mengatakan semakin tinggi RON adalah lebih baik dan mampu menghasilkan enjin yang lebih berkuasa juga tidak benar. Petrol yang baik adalah petrol yang sesuai dengan RON yang diperlukan oleh enjin.

Jangan percaya pada pandangan salah. Terlalu ramai ‘pakar’ automotif hari ini. Cuba taipkan RON dalam Yahoo Malaysia, nescaya pelbagai forum akan membincangkan tentangnya.

Baca dengan teliti kerana sebahagiannya memberi fakta yang songsang. Ringkasnya begini, mengapa anda perlu membeli pakej Streamyx 4.0 mbs sedangkan kelajuan 384kb sudah mencukupi untuk hanya memeriksa e-mel dan membaca kosmo.com.my?

Source: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0725&pub=Kosmo&sec=Pemotoran&pg=pe_02.htm