Puasa pada 1 rejab

Syeikh Atiyah Al-Saqr, bekas Ketua Lujnah Fatwa Al-Azhar menyatakan:
Amalan soleh di dalam bulan Rejab adalah sebagaimana ganjarannya di dalam bulan-bulan haram yang di dalamnya terdapat puasa. Sama sahaja berpuasa pada hari pertama ataupun hari terakhir.
Berkata pula Ibn Hajar Al-Asqalani:
Sesungguhnya bagi bulan Rejab tidak terdapatnya hadis mengenai fadhilat khas berpuasa samada hadis sahih atau hasan.
Jesteru sahabat [...]

Qunut Nazilah

Qunut

QUNUT DALAM SOLAT WITIR
Posted on 28 September, 2008. Filed under: FIQH DAN ILMU-ILMUNYA |

Perkara utama dalam permasalahan ini ialah walaupun amalan membaca doa qunut pada solat witir dikatakan sebagai tidak thabit dari Rasulullah saw , tetapi ianya mempunyai nilai amalan yang cukup jelas dalam Islam dan pensyari’atannya.

Jika di tinjau dari sudut Fiqh , Qunut membawa [...]

Status doa awal dan akhir tahun…

Saya keluar daripada ‘gua’ sebentar untuk membeli bekalan makanan dan minuman (hehe).
Saya telah bertanya kepada diri sendiri tentang status doa awal dan akhir tahun yang saya telah amalkan sejak mengetahui tentangnya (sejak berusia 12 tahun).

Doa akhir tahun dibaca selepas Asar pada penghujung bulan Zulhijjah, manakala doa awal tahun dibaca selepas maghrib.
Maka saya bertanya sendiri… apakah [...]

Mari menjawab Selawat ke atas Nabi SAW

Jika khutbah sedang disampaikan, adakah boleh menjawab selawat ke atas Nabi SAW dan bagaimanakan caranya?
Jawapan
“… Tidak mengapa berselawat ke ats Nabi SAW jika ia sekadar hanya di dalam hati …,” Imam Ahmad dalam al-Mughni
Majls Fatwa Tetap menyatakan hendaklah menjawab tanpa suara
Syeikh Uthaimin menyatakan hendaklah menjawab secara senyap dan tidak mengganggu orang di sekeliling…
Source
Muhammad Soleh Al-Munajjid, [...]

Nazar

Tiada nazar untuk perkara yang haram seperti membunuh, berzina, juga perkara yang makruh seperti hadir ke solat berjemaah dengan mulut berbau bawang kerana melakukan perkara yang haram atau makruh bukanlah termasuk dalam usaha mahu mendapatkan keredhaan Allah SWT.
Sabda Nabi SAW riwayat Muslim (1641)
Tiada nazar untuk melakukan maksiat kepada Allah

Juga Hadith riwayat Bukhari (6318)
Barangsiapa yang bernazar [...]

Dua kolah

“… Aku mandi wajib tapi air tak cukup 2 kolah tp sumber air mengalir terus… boleh terus mandi atau tunggu 2 koleh jugak …?”
Penentuan samada boleh atau tidak mandi wajib dengan keadaan air yang sebegitu atau sah atau tidak mandi wajib boleh dijawab dengan memahami hakikat air dua kolah.
“… Aku telah mendengar Rasulullah SAW ditanya [...]

Helaian rambut ketika sujud

“… Ada sehelai dua rambut yang jatuh menutupi dahi semasa aku sujud, sah ke tidak solat aku …”
Melalui bacaan ana, Imam Syafie berpendapat bahawa wajib dahi terbuka dan tidak ada apa jua yang menghalang di antara dahi dan tempat sujud. Ini berdasarkan hadith riwayat Ibn Hibban
“… Apabila kamu bersujud hendaklah kamu menekankan dahimu ke bumi [...]

Persoalan tentang boikot?

Ana menerima soalan tentang kewajaran boikot dan soalan-soalan lain yang sewaktu dengannya. Berikut dimuatkan 2 artikel dari dua penulis yang cukup prolifik dalam memperkatakan hal-hal seputar isu-isu semasa.
Artikel 1, source: http://saifulislam.com/?p=1678
Fitnah Filem Fitna!
Saya sedang berfikir, bagaimanakah jika negara-negara dunia memboikot barangan Malaysia, disebabkan oleh ucapan buruk seorang ahli Parlimen Malaysia di media antabangsa. Apakah [...]

Sekitar persoalan tentang air mani & air mazi…

“… Kadang-kadang aku bangkit daripada tidur tengok-tengok seluar basah tapi tak mimpi pun ‘benda’ tu… ada orang bagitau aku kadang-kadang air mazi boleh keluar semasa kita letih, betul ker? Kalau tidur semasa keletihan kemudian bangun daripada tidur dan seluar basah, air mani ker air mazi tu? …”
Jawapan…
(a) Air mazi
Air yang jernih dan berlendir yang kadang-kadang keluar [...]