Dedikasi buat Ibu dan Ayah seluruhnya…

Saya berkali-kali mendengar lagu ini di bulan Ramadhan yang lalu namun baharu kini mengetahui siapakah pencipta dan penyanyinya…
Raihan, suatu nama besar dalam dunia nasyid tanah air dengan lagu dan lirik menusuk kalbu telah mewarnai sekali lagi suasana lebaran tahun ini dengan lagu terbaru mereka, Salam Aidilfitri Ayahanda dan Bonda dengan koloborasi bersama kumpulan Hujan, nama [...]

Aidilfitri menjelma lagi…

Tatkala Baginda Nabi SAW tiba di Madinah, Baginda Nabi SAW mendapati kaum Ansar memiliki 2 hari yang istimewa. Mereka menyambutnya dengan begitu gembira sekali.
Maka Baginda Nabi SAW bersabda:
Allah telah memberi ganti bagi kalian akan 2 hari yang jauh lebih baik iaitu Aidilfitri dan Aidiladha
(Riwayat Abu Daud dan An-Nasa’i)
Hadis di atas menunjukkan bahawa adalah Sunnah berasa [...]

Fasa kedua Ramadhan

Hari ini 4 September 2009 adalah hari ke-14 umat Islam di Malaysia berpuasa dan melakukan Solat Terawih untuk malam yang ke-15. Syukur kepada Allah SWT kerana dengan rahmat dan izin-Nya kita sama-sama diberikan kesempatan dan ruang untuk terus melakukan amal ibadah di bulan yang penuh dengan barakah ini.
“Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati. [...]

Marhaban Ya Ramadhan bukan Ahl Wasahlan Ya Ramadhan

Ahlan Wasahlan dan Marhaban keduanya bererti selamat datang.
Namun penggunaannya berbeda sama sekali dan menjelaskan mengapa para ulama’ tidak menggunakan ahlan wasahlan untuk menyambut kedatangan Ramadhan bahkan sebaliknya menggunakan marhaban ya Ramadhan.
Ahlan berasal daripada ahl yang bererti keluarga manakala sahlan berasal daripada sahl yang bererti mudah. Sahl juga diertikan sebagai dataran yang rendah yang mudah [...]

Persediaan menjelang Ramadhan…

Ramadhan bakal tiba beberapa hari sahaja lagi. Umat Islam terutamanya kaum hawa begitu giat sekali berpuasa ganti. Yang lelaki pula ada yang mengambil peluang berpuasa sunat di bukan Sya’aban ini sebagai persediaan berpuasa sebulan penuh di bulan Ramadhan nanti.
Di kolej kediaman di fakulti saya, banner alu-aluan akan kedatangan Ramadhan lengkap dengan beberapa program sepanjang Ramadhan [...]

Menjelang 15 Sya’aban

Tentang kelebihan malam nisfu Sya’aban, ada hadis sahih daripada Mu’az Bin Jabal,
Allah menjenguk datang kepada semua makhluk-nya di malam Nisfu Sya’aban. Maka diampunkan dosa sekalian makhluk-Nya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan
(Riwayat Ibnu Majah, At-Thabrani dan Ibnu Hibban)
Al-Imam As-Syafie dalam al-Umm telah menyebut bahawa sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu malam [...]

Update

Hadis Palsu Rejab, Syaaban
Disiarkan pada Jun 23, 2009 dalam kategori Ibadat |
Artikel ini merupakan Himpunan penulisan Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin yang terdahulu dicadangkan untuk bacaan bersempena bulan Rejab.
Agama wajib dipelihara ketulenannya supaya tidak berlaku campur aduk antara rekaan manusia dan perintah Allah dan Rasul-Nya. Jika agama boleh direka cipta, maka [...]

Sempena Maulidur Rasul

Mencintai Nabi Bukan Dengan Cara Menyambut Maulid Nabi
http://an-nawawi.blogspot.com/

Lembaran kalendar untuk bulan 3 (Mac) bagi tahun ini (2009 M), terlihat sebuah tandaan pada tanggal 8 bahawa jatuhnya tarikh untuk maulid Nabi. Saban tahun maulid nabi disambut pada tarikh 12 Rabbi’ul Awwal oleh masyarakat kita dari kalangan umat Islam. Ini bermakna, lebih kurang 10 hari sahaja lagi [...]