Posted on November 1, 2009 by Fazali Fazil
Saya bukanlah peminat Dr Asri…
Saya hanya berminat untuk meneliti pandangan-pandangan beliau…
Walaupun saya tiada autoriti untuk mengesahkan atau menidakkan pandangan beliau, saya adalah pengkagum individu-individu yang menghabiskan jangka hayat mereka mendalami bidang mereka…
Seperti saya mengkagumi hasil kerja Brown and Goldstein, pemenang hadiah nobel kerana berjaya menemui reseptor untuk lipoprotein berketumpatan rendah pada tahun 1985 di mana [...]
Filed under: Islam itu Ad-Din, Isu-isu Semasa | Leave a Comment »
Posted on October 9, 2009 by Fazali Fazil
Sedekah adalah suatu perbuatan yang baik, yang dituntut oleh setiap mukmin untuk melakukannya. Besar atau kecil sedekah itu tidak menjadi ukuran bahkan kesediaan memberikan sedekah dengan penuh keikhlasan itulah yang dipandang oleh Allah SWT. Sesungguhnya orang beriman senantiasa meletakkan pandangan Allah SWT terhadapnya dan perbuatannya mengatasi pandangan makhluk.
Besarnya sedekah menyebabkan Allah SWT mengkhabarkan dengan jelas [...]
Filed under: Dakwah, Islam itu Ad-Din | Leave a Comment »
Posted on October 1, 2009 by Fazali Fazil
Saya berkali-kali mendengar lagu ini di bulan Ramadhan yang lalu namun baharu kini mengetahui siapakah pencipta dan penyanyinya…
Raihan, suatu nama besar dalam dunia nasyid tanah air dengan lagu dan lirik menusuk kalbu telah mewarnai sekali lagi suasana lebaran tahun ini dengan lagu terbaru mereka, Salam Aidilfitri Ayahanda dan Bonda dengan koloborasi bersama kumpulan Hujan, nama [...]
Filed under: Hari Kebesaran Islam, Islam itu Ad-Din | 1 Comment »
Posted on September 17, 2009 by Fazali Fazil
Tatkala Baginda Nabi SAW tiba di Madinah, Baginda Nabi SAW mendapati kaum Ansar memiliki 2 hari yang istimewa. Mereka menyambutnya dengan begitu gembira sekali.
Maka Baginda Nabi SAW bersabda:
Allah telah memberi ganti bagi kalian akan 2 hari yang jauh lebih baik iaitu Aidilfitri dan Aidiladha
(Riwayat Abu Daud dan An-Nasa’i)
Hadis di atas menunjukkan bahawa adalah Sunnah berasa [...]
Filed under: Hari Kebesaran Islam, Islam itu Ad-Din | Leave a Comment »
Posted on September 4, 2009 by Fazali Fazil
Hari ini 4 September 2009 adalah hari ke-14 umat Islam di Malaysia berpuasa dan melakukan Solat Terawih untuk malam yang ke-15. Syukur kepada Allah SWT kerana dengan rahmat dan izin-Nya kita sama-sama diberikan kesempatan dan ruang untuk terus melakukan amal ibadah di bulan yang penuh dengan barakah ini.
“Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati. [...]
Filed under: Hari Kebesaran Islam, Islam itu Ad-Din | Leave a Comment »
Posted on August 24, 2009 by Fazali Fazil
Ahlan Wasahlan dan Marhaban keduanya bererti selamat datang.
Namun penggunaannya berbeda sama sekali dan menjelaskan mengapa para ulama’ tidak menggunakan ahlan wasahlan untuk menyambut kedatangan Ramadhan bahkan sebaliknya menggunakan marhaban ya Ramadhan.
Ahlan berasal daripada ahl yang bererti keluarga manakala sahlan berasal daripada sahl yang bererti mudah. Sahl juga diertikan sebagai dataran yang rendah yang mudah [...]
Filed under: Hari Kebesaran Islam, Islam itu Ad-Din | Leave a Comment »
Posted on August 14, 2009 by Fazali Fazil
Ramadhan bakal tiba beberapa hari sahaja lagi. Umat Islam terutamanya kaum hawa begitu giat sekali berpuasa ganti. Yang lelaki pula ada yang mengambil peluang berpuasa sunat di bukan Sya’aban ini sebagai persediaan berpuasa sebulan penuh di bulan Ramadhan nanti.
Di kolej kediaman di fakulti saya, banner alu-aluan akan kedatangan Ramadhan lengkap dengan beberapa program sepanjang Ramadhan [...]
Filed under: Hari Kebesaran Islam, Islam itu Ad-Din | 1 Comment »
Posted on August 4, 2009 by Fazali Fazil
Tentang kelebihan malam nisfu Sya’aban, ada hadis sahih daripada Mu’az Bin Jabal,
Allah menjenguk datang kepada semua makhluk-nya di malam Nisfu Sya’aban. Maka diampunkan dosa sekalian makhluk-Nya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan
(Riwayat Ibnu Majah, At-Thabrani dan Ibnu Hibban)
Al-Imam As-Syafie dalam al-Umm telah menyebut bahawa sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu malam [...]
Filed under: Hari Kebesaran Islam, Islam itu Ad-Din | Leave a Comment »
Posted on July 15, 2009 by Fazali Fazil
Artikel Pengajian Islam Sudah Tidak Relevan? oleh Abu Saif begitu menggusarkan saya.
Di Jordan, beliau telah melengkapkan subjek-subjek berikut semasa mengambil ijazah Pengajian Syariah:-
Arabic Language for Foreigners 099
Arabic Language for Foreigners 100
Arabic Language 101
Tsaqafah Islamiyyah
Introduction to Islamic Fiqh (Al-Madkhal ila al-Fiqh al-Islami)
Science of Hadith (Uloom al-Hadith)
Science of Quran (Uloom al-Qur’an)
Al-Seerah al-Nabawiyyah
English Language 101
Ayaat al-Ahkaam
Hadeeth 1
Aqeedah 1
Ahwal [...]
Filed under: Dakwah, Islam itu Ad-Din | Leave a Comment »
Posted on June 30, 2009 by Fazali Fazil
Tatkala menyelesaikan kuliah kali keempat untuk subjek Pengantar Syariat Islam bagi Kursus Pengajian Syariah di Universiti Malaya, kami didedahkan betapa sejak abad keenam hijrah para alim ulama’ telah dihinggapi dengan inferiority complex iaitu suatu keadaan di mana mereka berasa berpada dan cukup dengan apa yang telah diijtihadkan oleh para alim ulama’ mazhab yang muncul pada [...]
Filed under: Dakwah, Islam itu Ad-Din | 1 Comment »