Redtone Wimax di Tawau

Saya tidak dibekalkan dengan PC di tempat saya bekerja. Wireless pun tiada. Ada pun di tempat lain. Jika mahu surf internet, terpaksa menunggu turn kerana PC hanya 1 untuk kegunaan seramai 6 orang.

Saya membeliĀ  Maxis Broadband. Memang laju. Tetapi kadang-kadang langsung tak boleh surf. Konon offer speed up to 7.2 Mbps konon.

Dek kerana prestasi tidak menentuĀ  Maxis Broadband, saya menanyakan tentang Streamyx di tempat tinggal saya. Ada…! Saya bersegera memberitahu housemate. Namun setelah hampir 2 minggu menyerahkan deposit, saya diberitahu bahawa ada masalah untuk pemasangan telefon. Tanpa telefon, Streamyx tidak boleh digunakan.

Kecewa.

Kemudian dengan takdir Ilahi, modem Maxis Broadband saya hilang…! Tercicir barangkali. Baharu sahaja masuk awal bulan kedua saya guna. Saya terputus hubungan dengan internet. Terpaksa merempat ke kedai-kedai yang ada perkhidmatan wifi. Namun kadangkala tidak dapat surf walaupun network detected.

Penghujung bulan 5 saya mendapatkan Redtone Wimax, pakej Flexi50. YURAN PENGAKTIFAN SUDAH DIMANSUHKAN (tidak pasti sejak dan sampai bila). Saya dibekalkan dengan portable modem yang efektif dalam radius 1 km daripada menara pemancar. Ada 4 menara pemancar di Tawau.

Daftar pada hari Jumaat, Sabtu petang baharu dapat guna di kediaman saya. Namun, Isnin petang tidak boleh connect.

Saya menelefon customer service berulang kali, ada la dekat-dekat 30 kali sepanjang keputusan internet untuk menyelesaikan masalah ini. Alasan, menara pemancar mengalami masalah.

Saya menghubungi kembali reseller yang menjual pakej ini kepada saya. Dari dia, saya dibantu oleh wakil Redtone Wimax di Tawau. Modem ditinggalkan pada 6 Jun yang lepas untuk pemeriksaan teknikal.

Hari ini, Rabu 8 Jun, segalanya sudah kembali pulih. Modem saya tidak mengalami apa-apa masalah. Masalahnya adalah pemancar yang juga telah pulih.

Dengan yuran bulanan sebanyak RM 50 dan kuota 8 GB, speed 512 kps, pakej ini daripada Redtone Wimax ini jauh mendahului pesaingnya. Jika menggunakan Maxis Broadband atau Celcom Broadband atau Digi Broadband, pakejnya ialah RM 98 untuk 6 GB. Cuma speed dimenangi oleh ketiga-tiga gergasi industri jalur lebar Malaysia itu.

Tapi kalau maximum speed jer laju tapi tak konsisten, tak guna juga kan?

Inilah kelebihan Redtone Wimax. So far, dalam 90% masa saya melayari internet, saya berjaya mendapat kelajuan yang saya langgani.

Harapan saya, tiada lagi masalah dengan pemancar di masa-masa hadapan.

About these ads

6 responses

  1. Terima kasih atas penlisan yang jelas dan terang menderang. Masih lagi guna package yang sama sampai sekarang? Prestasi ok?

  2. Sudah terminate dalam suku ke-4 tahun lepas kerana prestasi WIMAX yang semakin teruk.

  3. line internet apa yang paling OK di Tawau terutama area Merotai Besar?

  4. Owh, tidak pasti pula saya… Saya tinggal di area bandar…

  5. so far cmne prestasi dia? rasa2 kat area taman wawasan tawau ni ok x?

  6. Tidak pasti di taman wawasan bagaimana..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: