Tahun ni raya (jangkaan) hari jumaat tau…

Tahun ini, 2010 jangkanya hari raya Aidilfitri akan jatuhnya pada hari Jumaat, 10 September. Berikut saya perturunkan artikel lama saya tentang wajibnya atau tidak bersolat jumaat pada hari tersebut bagi yang telah menunaikan solat sunat hari raya Aidilfitri (link).

Ha, betullah tu

Posted on October 23, 2008 by Fazali Fazil

Pernah suatu ketika dulu, ketika sekolah rendah rasanya atau sebelum tahun 2000, seseorang memberitahu saya bahawa jika Hari Raya  Aidilfitri jatuh pada hari Jumaat, kewajipan menunaikan Solat Jumaat gugur jika saya telah menunaikan solat sunat Aidilfitri pada waktu paginya.

Namun apabila terjadi perkara tersebut dalam hidup saya, tak ingat bila tapi rasanya semasa undergrade, hari Raya Aidilfitri jatuh pada hari Jumaat. Lantas saya pun mengeluarkan kembali kenyataan tersebut yang telah terpahat kemas dalam ingatan saya.

Walaubagaimanapun, kenyataan tersebut disambut dengan sanggahan… “… mana bleh, kena buat dua-dua …,” kata sebahagian pihak. “… aku salah dengar ker …?” getus hati saya. Oleh sebab, saya tiada sebarang sandaran dalil untuk dikemukakan, makanya saya hanya berdiam diri sahaja.

Kemudian, sebentar tadi ketika membelek-belek sebuah buku, rupanya bernarlah seperti yang saya dengari itu. Bagi orang awam seperti saya, kewajipan menunaikan solat Jumaat gugur sekiranya saya telah menunaikan solat sunat Aidilfitri pada paginya kerana hukum menunaikan solat Jumaat pada 1 Syawal telah menjadi sunat tetapi hukum menunaikan solat Zohor menjadi wajib (bagi yang sudah menunaikan solat sunat Aidilfitri & tak nak solat Jumaat).

Namun bagi imam, dirinya wajib menunaikan solat Jumaat bersama umat Islam yang lain (ada yang pagi raya baru nak balik kampung makanya enggak sempat solat sunat Aidilfitri, so kena la solat Jumaat) walaupun dirinya telah menunaikan solat sunat Aidilfitri. Ini kerana solat Jumaat tidak boleh ditinggalkan terus.

Rujukan

Muhammad Bin Soleh Al-Munajjid, Muhammad Bin Soleh Al-Uthaimin, Abdul Aziz Bin Baz. 2006. Raya Pada Hari Jumaat. Dalam: Fatwa Kemusykilan Solat. Shah Alam: Karya Bestari pp 346-347

Juga artikel tulisan Dr Mohd Asri untuk bahan bacaan lanjut.

Wajihkah Jumaat Pada Hari Raya

Soalan: “Apakah benar jika hari raya berlaku pada Hari Jumaat maka sesiapa yang menunaikan Solat Hariraya tidak wajib lagi untuk dia menunaikan Solat Jumaat?

Jawapan Dr Mohd Asri Zainul Abidin:

Para fuqaha (sarjana Fekah) berbeza pendapat dalam hal ini. Di kalangan ulama, terutama dalam Mazhab Hanbali menyatakan tidak wajib Jumaat untuk makmum yang sudah menghadiri solat Hariraya, kecuali imam. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w ketika hariraya berlaku pada Hari Jumaat :

قَدِ اجْتَمَعَ فِى يَوْمِكُمْ هَذَا عِيدَانِ فَمَنْ شَاءَ أَجْزَأَهُ مِنَ الْجُمُعَةِ وَإِنَّا مُجَمِّعُونَ

“Telah berkumpul pada hari kamu ini dua hariraya, sesiapa yang mahu memadailah baginya solat hariraya bagi solat Jumaat (tidak wajib Jumaat), adapun kami (Nabi s.a.w) akan menunaikan Jumaat” (Riwayat Abu Daud, Ahmad, Ibn Majah. Dinilai sahih oleh al-Hakim dan dipersetujui oleh al-Zahabi. Al-Albani juga menyatakan sahih).

Berdasarkan hadis di atas, maka seseorang diberi pilihan sama ada hendak menunaikan solat Jumaat setelah menunaikan Solat Hariraya, atau berpada dengan solat berkenaan. Maka dengan itu dia wajib menunaikan Solat Zohor. Terdapat pendapat di kalangan ulama bahawa Zohor juga tidak wajib disebabkan Nabi s.a.w tidak pun menyebut hal ini dan Hari Jumaat yang diwajibkan adalah Solat Jumaat, maka apabila ia digugurkan tidak perlu mengganti apa-apa. Antara yang berpendapat tidak wajib diganti dengan Zohor ialah al-Imam Syed Sabiq dalam Fiqh al-Sunnah (1/267, Beirut: Dar al-Fikr).

Apapun, hadis di atas dan beberapa riwayat yang lain, termasuk amalan pada zaman Umar, Abdullah ibn al-Zubair dan Ibn ‘Abbas menyebut perbuatan meninggalkan Jumaat pada hariraya itu أصابت السنة “Betul dari segi sunnah” (lihat: Ibn Taimiyyah, al-Fatawa al-Kubra 2/366, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

Cumanya, mereka kebanyakannya berpendapat wajib Zohor. Adapun imam hendaklah menunaikan Jumaat untuk mereka yang hendak menunaikan Jumaat, atau tidak menunaikan Solat Hariraya, maka wajib dia menunaikan Jumaat.

Dengan diakui ada perbezaan pendapat di kalangan sarjana hukum, namun saya cenderung kepada tidak wajib Jumaat bagi makmum yang sudah menunaikan solat Hariraya berdasarkan hadis di atas dan beberapa riwayat yang lain, juga sifat Islam itu sendiri yang meringankan apabila ada ruang kelonggaran. Apatahlagi, maksud perhimpunan kaum muslimin telah tertunai pada hari tersebut, maka perhimpunan solat hariraya sudah dapat memenuhi maksud perhimpunan solat Jumaat.

Source

http://drmaza.com/himpunan_fatwa/?p=43

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: