Tido…

Dahulu, mulai bulan April 2008 apabila memulakan fasa kedua penyelidikan, animal trial, saya akan berhenti rehat lebih awal untuk membersihkan diri di masjid ataupun pulang saja ke rumah sebelum melakukan kerja-kerja lain pada sebelah petangnya. Tetapi mulai Isnin hadapan, 2 Mac 2009 saya tiada alasan lagi untuk melakukan perkara itu kerana animal trial telahpun berakhir.
Dahulu [...]

Kenaikan tol ditunda: Hasil ujikaji paling bendul

Malaysiakini, 27 Februari
Kabinet hari ini menunda keputusan menaikkan kadar tol di lima lebuh raya seperti diumumkan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Mohd Zin Mohamed semalam.
Dalam sidang medianya sebentar tadi, Mohd Zin berkata berikutan itu, kenyataannya semalam mengenai kenaikan kadar tol tersebut, dibatalkan.
Katanya, kenaikan kadar tol itu ditangguhkan sehingga akhir tahun ini, ekoran reaksi negatif orang [...]

Malam terakhir…

Malam ini adalah malam terakhir saya berada di lab untuk melengkapkan praktikal-praktikal yang sudah dimulakan sejak April tahun lalu. Melangkah keluarnya saya daripada makmal maka berakhirlah fasa kedua penyelidikan saya, fasa animal trial.
Bermula dengan fasa assessment of nutritional properties herba kajian saya yang telah pun dimulakan oleh saudari syidah, saya memperpanjangkan kajian ini dengan melihat [...]

Black out period…

Saya sangat sibuk sepanjang minggu ni…
Amik darah ‘anak-anak’ pada hari isnin dan selasa…
Sacrifice pada hari rabu dan khamis…
Staining procedure pada hari rabu, khamis dan jumaat…
Sabtu pagi saya nak tido…
Jangan kaco…!
Ahad pagi tolong orang sacrifice ‘anak-anak’ dia plak…

Dakwah dan pengaruh…

Dakwah berkait rapat dengan pengaruh dan pengaruh berkait rapat dengan pemahaman terhadap manusia. Tetapi tidak ramai pendakwah yang memahami manusia lantas mereka gagal untuk mempengaruhi.
Namun untuk mempengaruhi seseorang bukanlah tugas yang mudah. Jika mudah, pastinya tiada lagi perempuan yang sudah layak jadi mak orang yang freehair, tiada lagi masalah banyak tiang daripada jemaah kat surau [...]

Berpersatuan…

“Entah la… susah sangat nak ajak budak-budak ni join program skang,” ujar seorang teman.
“Betul betul betul…,” ujar seorang lagi mengajuk gaya percakapan upin dan ipin.
“Hmmmm….,” itu sahaja yang mampu saya ungkapkan.
Zaman dulu-dulu
Ketika berada di peringkat undergraduate, saya adalah antara individu yang aktif dengan aktiviti di kolej kediaman. Walaupun pada awalnya hati ini ingin juga menyertai [...]

14 Februari

Tanggal 14 Februari adalah hari yang dinanti-nantikan saban tahun oleh kebanyakan orang, baik yang beragama Islam atau pun yang tiada agama mahupun pegangan. Masih teringat saya sewaktu di tingkatan 4 ketika pertama kali diperkenalkan dengan hari valentine… terkedu seketika tatkala mengenangkan betapa tidak tahu menahunya saya akan kewujudan sebuah hari dalam sejarah umat manusia, yang [...]

Buat baik

“Kenapa selepas SPM tak terus sambung belajar?” tanya saya.
“Dapat offer ke Uitm dan Politeknik, tapi….” si perempuan
“Tapi apa?” saya terus bertanya.
“Famili bukan orang senang. So selepas tamat SPM keje kilang dan KFC. Datang jadi RA kat sini pun atas ihsan pensyarah,” dia menjelaskan.
Jantung seakan berhenti berdenyut seketika tatkala mendengar kalimah famili bukan orang senang. Ingatkan [...]

Copy and Paste…

Dialog di sebuah pasar gelap
Tauke X
Nak beli apa? (Mengangkat kening sambil mengulum senyum)
Abang Songkok
(Sambil menggosok-gosok cincin besar) Hari ini ada?
Tauke X
Ada…berapa mau?
Abang Songkok
Sekejap ya. (Menghantar SMS)
Tauke X
Cepatlah. Ramai lagi yang nak beli ni.
Lebai Ketayap
(Menolak Abang Songkok ke tepi) Saya nak dua, eh, tiga, eh, lima. Ya, lima!
Abang Songkok
Tak reti beratur? (Mendengus sambil menunggu SMS)
Lebai Ketayap
Suka [...]

Also from the email I received…

salam semua…
tujuan email ni adalah untuk memberi penjelasan mengenai boikot KFC.
banyak orang dah tanya pada saya mengenai KFC.dan ada juga yang sms kata
“baik ko berenti keja ngan KFC.ko dok bunuh orang palestin”… .dah
banyak sms yang saya dapat…daripada kawan2 sekolah, universiti dan
segenap lapisan masyarakat.
untuk pengetuahuan semua, KFC Holdings (M) Bhd adalah milik Kulim (M)
Bhd.
Kulim ini pula [...]