Rasulullah SAW: Contoh teladan terbaik

Seorang pemuda berbangsa Nasrani, ‘Adi Ibn Hatim, putera kepada Hatim yang masyhur dengan sifat pemurahnya sangat benci kepada Rasulullah SAW apabila dakwah Rasulullah SAW semakin berkembang sehingga berjaya membuka kota Makkah kembali. Jesteru ‘Adi meninggalkan kaumnya lalu bertemu dengan penduduk Nasrani di negeri Syam.

“… Aku berasa benci kepada tempat tinggalku oleh sebab aku terlalu benci kepada Rasulullah SAW. Maka aku pun berfikir; lebih baik jika aku pergi menemuinya. Jika Rasulullah SAW adalah seorang raja atau pendusta nescaya akan terdedah kepadaku namun sebaliknya jika dia seorang yang benar maka aku akan mengikutinya …” ‘Adi berkata.

Maka bertolaklah ‘Adi ke Madinah dan bertemu dengan baginda Rasulullah SAW yang ketika itu berada di dalam masjid. ‘Adi memberi salam kepada baginda Rasulullah SAW lalu dijawab oleh Rasulullah SAW dan bertanya, “… Siapakah kamu …?”

‘Adi menjawab, “… Akulah ‘Adi ibn Hatim …”

Lalu Rasulullah SAW membawa ‘Adi ke rumah baginda.

Di pertengahan jalan baginda Rasulullah SAW bertemu dengan seorang perempuan tua. Baginda berhenti dan berbual panjang dengan perempuan tua tersebut yang menyatakan sesuatu hajat kepada baginda Rasulullah SAW. ‘Adi bermonolog sendirian, “… Ini bukanlah sikap seorang raja …!”

Selesai berbicara, baginda Rasulullah SAW meneruskan perjalanannya dan membawaku masuk ke dalam rumahnya. Baginda Rasulullah SAW mencapai sebiji bantal sandar yang diperbuat daripada belulang berisikan sabut lalu menyorongkan kepada ‘Adi.

Kata baginda Rasulullah SAW, “… Duduklah wahai ‘Adi …”

Aku menjawab, “… Engkaulah yang sepatutnya duduk di atasnya …”

Kata baginda Rasulullah SAW lagi, “… Engkaulah yang duduk …”

‘Adi pun duduk di atasnya sedangkan baginda Rasulullah SAW hanya duduk di atas lantai.

Bermonolog sendirian lagi ‘Adi, “… Sungguh ini bukan sikap seorang raja …”

Kemudian terjadilah dialog antara ‘Adi dan Rasulullah SAW tentang beberapa perkara seperti akidah, harta rampasan perang, persepsi ‘Adi tentang penganut-penganut agama Islam dan tentang betapa ramainya musuh Islam berbanding penganutnya. Baginda Rasulullah SAW juga ada menyatakan beberapa perkara yang belum terjadi yang pasti dan pasti akan terjadi dengan kehendak Allah SWT yang mana 2 daripadanya sempat dilihat oleh ‘Adi.

Ibrah

Keperibadian baginda Rasulullah SAW yang bersederhana dalam kehidupannya telah berjaya memikat hati ‘Adi untuk memeluk Islam. Bagi ‘Adi, keperibadian Rasulullah SAW adalah keperibadian yang bersih daripada penyakit gilakan pangkat, gilakan kuasa, ingin menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah. Baginda Rasulullah SAW juga tidak memilih-milih rakyat untuk dilayan sehinggakan seorang perempuan tua bisa menghentikan baginda Rasulullah SAW untuk menyampaikan hajatnya sedangkan pada waktu itu baginda Rasulullah SAW sedang membawa tetamunya ke rumah baginda. Sesungguhnya ini menjadi bukti bahawa dakwah Rasulullah SAW bukan untuk mendapatkan kekayaan, pangkat jua kuasa bahkan semata-mata kerana ingin melihat seluruh umat manusia memeluk Islam.

Maka pimpinan sekalian, bersihkanlah hatimu daripada keinginan untuk menambahkan bilangan sifar dalam akaun bankmu, buangkanlah nafsumu yang ingin memiliki aset yang tidak berhak untuk dirimu, jauhilah daripada membazirkan duit rakyat dan berusahalah menggunakan setiap sen dana yang diamanahkan kepadamu sebaik mungkin. Ingatlah dan takutlah bahawa hidup yang sesingkat ini begitu bernilai untuk disia-siakan kepada perkara-perkara yang akan menyusahkan hidup kamu di alam yang abadi nanti.

Source:

Muhammad Sa’id Ramadhan Al-Buti. 2005. Berita Mengenai Islamnya ‘Adi Ibn Hatim. Dalam: Fiqh Al-Sirah Buku ke-3. Edisi Terjemahan Oleh Mohd Yusuf Haji Ismail. Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar, pp 671-676

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: