Untuk orang-orang yang berkenaan sahaja…

Terpancar sejalur cahaya
Di kelopak nya seroja
Bak gemilang samarenda
Memukau mata hati ini seketika
Lamunanku tersentak
Lalu ku mendongak
Gemuruh rasa
Terpaku sukma
Terkena lontaran senyuman misteri
Siapa gerangan sang puteri
Mengalung cinta dileherku
Dan terus berlari
Aku cuba menangkap bayang bayangnya
Di antara kembang seroja tasik cinta
Tapi malangnya jatuh ke lembah
Berduri dan sepi
Puteri Seroja

Bajet 2009 – Senyum dapat bonus

Intipati bajet 2009 ‘kerajaan prihatin’

Aug 29, 08 4:22pm

Berikut adalah intipati Bajet 2009 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di Dewan Rakyat hari ini.
Jumlah bajet 
Bajet 2009 – naik 5.1 peratus dari tahun lalu. Dari jumlah itu RM154.2 bilion bagi peruntukan mengurus manakala RM53.7 bilion bagi peruntukan pembangunan.
Peruntukan pengurusan – RM86.3 bilion atau [...]

Tazkirah Ramadhan 1

Oleh sebab ana masih tiada bahan untuk menulis, maka ana kongsikan nukilan seorang sahabat yang disiarkan di al-ahkam.net
Khabar-khabar Gembira yang diberitakan oleh ALLAH dalam bulan Ramadhan:
1) Keberkahan yang berterusan selama sebulan penuh.
Rasulullah S.A.W bersabda:
“Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan ,bulan yang penuh berkah,diwajibkan oleh ALLAH kepada kalian puasa(di dalamnya-pent)padanya dibuka pintu-pintu langit,pintu-pintu Neraka Jahim ditutup,syaitan-syaitan [...]

Belasungkawa…

Belasungkawa untuk Nazahah Binti Saad sekeluarga yang telah kehilangan bapanya pada jam 830 malam semalam, 24 Ogos 2008. Nazahah adalah rakan sekelas ana sewaktu PMR 2000. Ana sempat hadir ke majlis pengkebumian yang diadakan di tanah perkuburan berdekatan dengan rumah Nazahah. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan semoga Nazahah sekeluarga tabah dengan ujian dari-Nya ini.

Indonesia – Episod 2

Hari 2 – 27 Julai 2008
SIBUK SIBUK SIBUK SIBUK SIBUK
Itu sahaja alasan yang boleh diberi andai yang ingin bertanya.
Tiba di upm sebelum jam 7 pg dan hanya selesai keje pada jam 7 mlm sejak rabu lalu rasanya bukanlah alasan yang kukuh untuk mengatakan bahawa ana tiada masa yang mencukupi untuk meng’update’ blog ini.
Keje 12 jam [...]

9 Hari Yang Memenatkan… – Episod 1

Hari 1 – 26 Julai 2008
Rombongan seramai 11 orang (3 pensyarah dan 8 pelajar) telah bertolak ke Jakarta dari LCCT pada 26 Julai 2008 yang lalu. Pesawat Air Asia yang dijadualkan berlepas pada jam 355 petang waktu Malaysia telah mengalami kelewatan membuatkan kami semua terpaksa menunggu lagi di balai berlepas untuk seketika lagi. Terlihat riak [...]