SAYA berkahwin kira-kira setahun lalu dan kini me ngandung tujuh bulan. Saya sering menghadapi masalah dengan suami, malah selalu bertengkar kerana dia terlalu curiga dan cemburu terutama membabitkan bekas kekasih saya bernama Z.
Suami langsung tidak memberi peluang kepada saya dan Z berhubungan walaupun sekadar teman biasa. Dia juga ber taklik jika saya masih berhubung dengan Z, akan jatuh talak. Setiap kali ada masalah kecil pun, diakhiri dengan kata-kata dia akan melepaskan saya selepas melahirkan anak.
Ini membuatkan saya benar-benar runsing, apakah nasib selepas melahirkan anak nanti. Dia juga sering memberitahu adik saya, semakin dekat waktu saya akan bersalin, semakin takut dia akan kehilangan saya.
Katanya dia tidak sanggup kehilangan saya dan tidak sanggup ditinggalkan. Yang amat memusykilkan dan me runsingkan saya, adakah talak akan benar-benar jatuh selepas saya bersalin nanti?
INSAN RUNSING
Kuala Lumpur
APA yang saya fahami suami puan menyatakan hasrat untuk menceraikan puan selepas bersalin. Bagaimanapun, talak tidak jatuh selagi suami tidak melafazkannya selepas itu.
Puan hendaklah banyak-banyak berdoa kepada Allah su paya rumah tangga kekal dan tidak berlaku perceraian.
Selesaikan masalah utama puan iaitu perasaan cemburu suami kepada bekas teman lama. Puan hendaklah berjanji dengan suami untuk tidak lagi berhubung dengannya. Berilah kasih sayang sepenuhnya kepada suami dan anak.
Ulasan: Len kali jangan kapel….!!! So tak de la kekasih lama ke kekasih awal ker… Yang ada suami dan isteri sahaja…

1 comment
Comments feed for this article
July 25, 2008 at 1:45 am
muN
mmg susah nk layan suami yg cemburu..
konon takut ilang kite tp die x pk ke lafaz cerai 2 ley wt die ilang kite…