Sekitar persoalan tentang air mani & air mazi…

“… Kadang-kadang aku bangkit daripada tidur tengok-tengok seluar basah tapi tak mimpi pun ‘benda’ tu… ada orang bagitau aku kadang-kadang air mazi boleh keluar semasa kita letih, betul ker? Kalau tidur semasa keletihan kemudian bangun daripada tidur dan seluar basah, air mani ker air mazi tu? …”

Jawapan…

(a) Air mazi

Air yang jernih dan berlendir yang kadang-kadang keluar keluar hasil permainan alat sulit, yang keluar semasa ghairah akibat melihat sesuatu yang menggiurkan atau akibat ciuman yang berlaku antara lelaki dan perempuan.

Air mazi tidak memancut dan tidak menyebabkan keletihan.

Air mazi juga kadangkala keluar tanpa disedari.

Air mazi keluar daripada lelaki atau perempuan.

Cara menyucikan air mazi?

Berdasarkan hadith daripada Sahl ibn Hunaif yang diriwayatkan oleh Abu Daud, Ibn Majah juga At-Tirmizi; daripada Ali ibn Abi Talib yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibn Majah; riwayat Muslim dan akhir sekali riwayat Ahmad dan Abu Daud, tidak perlu mandi junub atau mandi wajib bagi sesiapa yang keluar daripadanya air mazi. Gunakan sahaja air mutlak (senang cerita air paip) untuk membasuh kemaluannya juga pakaiannya dengan dibasuh pada bahagian yang kelihatan air mazi padanya. Kemudian berwudu’ lah untuk menunaikan solat dan melakukan perkara-perkara lain yang perlu berwudu’.

(b) Air Mani

Air yang berwarna putih yang keluar apabila mencapai klimaks.

Air mani keluar samada daripada lelaki atau perempuan.

Cara menyucikan air mani?

Menurut hadith daripada Aishah yang diriwayatkan oleh Ahmad, Muslim, Abu Daud, At-Tirmizi, An-Nasai juga Ibn Majah; juga daripada Aishah tetapi dalam riwayat lain yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim; daripada Aishah yang diriwayatkan oleh Al-Duruqutni, ulama’ berbeza pendapat samada air mani perlu dibasuh atau memadai sekadar mengikisnya sahaja. Oleh sebab kedua-dua perbuatan tersebut, membasuh dan mengikis ada dalam hadith-hadith yang dinyatakan di atas, maka pengarang buku rujukan ana menyatakan bahawa yang terbaik ialah air mani dibasuh jika masih basah dan dikikis jika sudah kering. Ana secara peribadi memilih untuk membasuh menggunakan mesin basuh sahaja. ^_^

Sekiranya tertidur kemudia apabila bangun daripada tidur dan mendapati basah seluar tetapi tidak bermimpi bagaimana?

Menurut Al-Qarni, jika seseorang bermimpi tetapi mendapati tiada kesan air mani yang keluar, maka tidak wajib mandi bagi dirinya, demikian menurut ijma’ ulama’. Pandapat ini berdasarkan hadith yang ditakhrij oleh Bukhari dan Muslim.

Maka seseorang yang tidak ingat samada bermimpi atau tidak tetapi ada kesan basah pada pakaiannya maka wajib mandi. Hal ini kerana dalam hadith yang dinyatakan di atas Nabi SAW mengaitkan mandi dengan melihat air mani (kalau tak melihat tetapi ada kesan maka dikira melihat).

Al-Qarni juga menyatakan bahawa jika melihat air mani atau kesan air mani pada pakaiannya, tetapi tidak mengetahui waktu keluarnya dan dirinya telah pun menunaikan solat fardhu, maka wajib dari atasnya mengulangi solat-solat yang telah ia kerjakan sejak ia bangun dari tidur. Maka berhati-hatilah dengan pakaian kita.

Kalau selepas bangun daripada tidur tengok seluar basah, air mani ke air mazi?

Kembali kepada sifat kedua-dua air tersebut, air mani pekat lagi banyak manakala air mazi jernih lagi sedikit. Air mani berbau kuat manakala air mazi tidak berbau sangat atau kurang berbau. Maka penentuan cara menyucikannya, wajib mandi atau tidak bergantung kepada air apa yang keluar.

Air mazi boleh keluar semasa letih?

Ana belum jumpa lagi dalam 2 buah buku rujukan ana. Mohon sesiapa yang ada maklumat untuk memberitahu ana.

Rujukan

Al-Qarni, A. A. 2007. Mandi. Dalam: Fiqhud Dalil Menguasai Dalil-Dalil Fiqah. Kuala Lumpur. Jasmin Enterprise, 32-34

Al-Syurbawi, A. R. Air Mani, Wazi dan Wadi. Dalam: Wuduk & Solat Menurut Sunnah & Mazhab Syafie. Shah Alam. Karya Bistari, 54-56

Oleh sebab banyak pihak bertanyakan tentang kandungan sperma di dalam air mazi dan air mani dan kesan-kesannya, maka saya perpanjangkan artikel saya ini.

Bersama Pakar Urologi Prof Madya Dr Zulkifli Md Zainuddin, Ketua Unit Urologi, Pusat Perubatan UKM, Cheras

Salam sejahtera. Saya ada satu pertanyaan – apakah kesan air mazi ketika bersetubuh? Adakah ini boleh membawa kepada persenyawaan ovum (seperti sperma mempersenyawa ovum). Persoalan ini timbul apabila setiap kali saya bersetubuh dengan isteri, air mazi sentiasa keluar walaupun belum sampai tahap klimaks.

Ini sedikit banyak mengganggu fikiran saya. Kadang-kadang ini juga mengganggu saat-saat klimaks isteri disebabkan saya merasa seolah-olah air mani sudah keluar, padahal air mazi yang kerap keluar.

Dalam tempoh kami berdua merancang jarak kehamilan ini, kami amat selesa menggunakan kaedah tradisional iaitu pancutan air mani di luar. Disebabkan kurang pengetahuan mengenai air mazi, saya ada ketikanya menghampakan isteri ketika di ranjang. Saya berharap mendapat jawapan dari doktor.

Ingin Tahu

SAUDARA, air mazi adalah cecair yang dikeluarkan kelenjar Cowper’s .Kelenjar ini berbentuk seperti biji pea dan wujud secara berpasangan serta terletak bersebelahan saluran urethra di bawah kelenjar prostat.

Fungsi utama air mazi ialah sebagai bahan pelincir untuk memudahkan penetrasi. Ia mula keluar apabila seseorang lelaki teransang sebagai persediaan untuk hubungan seks. Ia juga bertindak membersihkan saluran urethra untuk memudahkan pengaliran sperma ketika ejakulasi.

Secara umumnya, air mazi tidak mengandungi air mani dan tidak boleh mempersenyawa ovum. Oleh itu, saudara tidak perlu bimbang mengenai pengeluaran air mazi yang banyak ketika penetrasi.

Bagaimanapun, air mazi boleh mengandungi sperma apabila penetrasi berlaku sekali lagi selepas seseorang lelaki mengalami ejakulasi. Ini kerana ada saki-baki sperma yang melekat pada bahagian dalam urethra selepas ejakulasi. Ini boleh keluar bersama-sama air mazi apabila hubungan seks berlaku sekali lagi.

Untuk mengelak masalah ini berlaku, sekiranya anda mengalami ejakulasi, saudara perlu membuang air kecil terlebih dahulu untuk mengeluarkan saki baki sperma dalam urethra sebelum memulakan hubungan seks kali kedua.

Untuk makluman saudara, teknik mencegah kehamilan secara pancutan air mani di luar atau coitus interruptus adalah salah satu kaedah yang tidak digalakkan. Ini kerana mengikut kajian, melalui teknik ini, isteri anda masih mempunyai risiko mengandung antara 15 peratus hingga 28 peratus.

Saudara juga mungkin mengalami masalah kegagalan mengeluarkan zakar sebelum pancutan air mani berlaku. Ada kemungkinan sedikit air mani akan keluar tanpa saudara sedari.

Ada kajian menunjukkan pasangan mengalami tekanan selepas mengamalkan cara ini. Ini kerana konsentrasi suami menjadi kurang serta kemesraan dan kepuasan tidak dicapai apabila pancutan dilakukan di luar faraj.

Sumber: Berita Harian

Juga artikel ini,

Antara dua air (Source)

SAYA banyak menerima soalan mengenai kekeliruan dan perbezaan mengenai air mani dan air mazi serta ramai yang bertanyakan sama ada terdapat sperma pada air mazi.

Biar saya jelaskan di sini supaya tidak timbul lagi kekeliruan hingga boleh mengganggu hubungan seks seseorang itu hanya kerana terkeliru atau kurang mendapat maklumat mengenainya.

Air mazi sebenarnya adalah cecair yang meleleh keluar dari salur kencing ketika lelaki dalam keadaan teruja seks. Ketika itu pundi dalam salur kencing dan pundi cowpers terangsang dan mengeluarkan cecair jernih yang berlikat.

Cecair ini mengurangkan asid pada ruang salur kencing, membersihkan bekas kencing dalam salur kencing dan membantu perjalanan air mani apabila ejakulasi berlaku. Air mazi mengandungi cecair seakan air mani kecuali ia tidak mengandungi sperma (jika ada sperma sekalipun, hanya bekas daripada ejakulasi terdahulu!) dan tidak mengandungi cecair dari pundi prostat dan cecair dari pundi seminal serta pundi epididimis.

Pengeluaran air mazi berubah dari masa ke semasa mengikut umur lelaki itu. Pengeluarannya lebih waktu muda dan kurang waktu lanjut usia. Terdapat sebilangan lelaki yang menghasilkan banyak air mazi sehingga pakaian dalam basah.

Keadaan seperti itu boleh dikatakan mengalami ‘resdung zakar’ dan ini boleh mengganggu hubungan keintiman seksual dengan pasangan jika pengeluaran cecair itu membuatkan pasangan rasa kurang selesa!

Air mazi mengandungi sperma jika lelaki itu baru mengeluarkan air mani (melalui onani atau bersetubuh). Jika lama tidak bersetubuh, kemungkinan besar tiada sperma.

Bagaimanapun, ia mengandungi kuman dan virus jika pernah dijangkiti HIV atau kuman Gonorrhea (atau virus Chalymidia), jadi jika seseorang itu melakukan seks rambang dengan mana-mana lelaki berisiko tinggi kepada semua wanita walaupun lelaki itu tidak ereksi ke dalam vagina!

Air mazi najis dan membatalkan air sembahyang. Pakaian perlu ditukar dan anggota kelamin perlu dibersihkan untuk kesucian badan sebelum melakukan solat.

Air mani pula ialah cairan dalam bentuk ejakulasi atau lelehan daripada kemuncak syahwat selepas mengalami klimaks dan ia mengandungi cecair dari pundi prostat, seminal, cowpers, epididimis dan sperma (jika lelaki itu tidak mandul!) Air mani bukan najis dan pakaian yang terkena padanya (selepas kering) boleh digunakan untuk melakukan solat.

 

12 responses

  1. asskum…air mazi lelaki boleh buat perempuan tu mengandung tak????

  2. air mazi tiada sperma… maka tidak boleh membuatkan perempuan mengandung…

  3. confirm ke ni?
    sbb risau jugak..xpernah la pancut dlm..
    tp air mazi kan salu kuar..

  4. Saya tersilap… air mazi juga mempunyai sperma… tp kuantitinya sangat sedikit… maka air mazi juga boleh menyebabkan hamil secara teorinya… tp adakah sperma itu akan sampai ke tiub fallopio?

  5. NAK TANYA KALAU PEEMPUAN ONANI YANG KELUAR TU AIR MAZI OR MANI?

  6. air mazi sbnarnya tiada sperma dan air mazi yang mengandungi sperma adalah air mazi yang dikeluarkan setelah suatu tempoh ejakulasi (pengeluaran air mani)
    refer: http://klikkhas.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Tanyadoktor/20090919084700/Article/

    sedutan:

    air mazi adalah cecair yang dikeluarkan kelenjar Cowper’s .Kelenjar ini berbentuk seperti biji pea dan wujud secara berpasangan serta terletak bersebelahan saluran urethra di bawah kelenjar prostat.

    Fungsi utama air mazi ialah sebagai bahan pelincir untuk memudahkan penetrasi. Ia mula keluar apabila seseorang lelaki teransang sebagai persediaan untuk hubungan seks. Ia juga bertindak membersihkan saluran urethra untuk memudahkan pengaliran sperma ketika ejakulasi.

    Secara umumnya, air mazi tidak mengandungi air mani dan tidak boleh mempersenyawa ovum. Oleh itu, saudara tidak perlu bimbang mengenai pengeluaran air mazi yang banyak ketika penetrasi.

    Bagaimanapun, air mazi boleh mengandungi sperma apabila penetrasi berlaku sekali lagi selepas seseorang lelaki mengalami ejakulasi. Ini kerana ada saki-baki sperma yang melekat pada bahagian dalam urethra selepas ejakulasi. Ini boleh keluar bersama-sama air mazi apabila hubungan seks berlaku sekali lagi.

    Untuk mengelak masalah ini berlaku, sekiranya anda mengalami ejakulasi, saudara perlu membuang air kecil terlebih dahulu untuk mengeluarkan saki baki sperma dalam urethra sebelum memulakan hubungan seks kali kedua.

  7. Salam, Sedikit Kekeliruan, Mengapa Air Mazi Wanita ( Yang Keluar Ketika Diransang)
    Mempunyai Bau Yang Tengik, Dan Masih Lagi Berbau Walaupun Setelah Dibasuh Dgn Pencuci Wanita,
    Saya Akui Tidak Semua Wanita Punyai Masalah Begitu, Namun Bagaimana Caranya Untuk Menghilangkan Atau Mengurangkan Nya, Kerana Ianya Semakin Menumpulkan Nafsu….

  8. betul ke air mazi tdak mempunyai sperma??
    jika air mazi terkena pada alat sulit wanita??
    apa ksannya??

  9. air mazi saya sering keluar. ini yang mengusarkan saya dalam melakukan sebarang aktiviti, walaupun dalam keadaan tidak teransang & ketika mendengar cerita tentang seks.persoalannya ada tak cara rawatan @ ubat-ubatan untuk merwat penyakit seperti ini?

  10. salam.. sy nk tnye.. kalau air mani yang terpancut kt lua vagina.. adakah hamil boleh berlaku? jika air mani itu dipancutkan di kwasan perut.

    berapa lamakah jangka hayat sperma apabila terkena permukaan kulit?

    adakah jari yang terkena air mani boleh menyebabkan hamil jika jari itu dimasukkan ke dlm vagina.. walaupn separuh??

    tlg jwb soalan sy ini.. sy btol2 ingin thu.

  11. salam,
    bolehkan mdgandung sekiranya trkena lelehan air mani di bhgian luar faraj dan kemudian membsuhnya dgn segera

  12. Jika tidak ada air mani yg memasuki faraj, tidaklah akan hamil..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: