Menenangkan jiwa

Ada pelbagai cara untuk kita menenangkan jiwa yang sedang gundah. Ada yang memilih untuk semakin dekat dengan Yang Maha Pencipta. Ada yang pergi bercuti. Ada yang berkurung. Ada yang mengurangkan bercakap. Ada pula yang minum arak…! Nauzubillah (Jika anda seorang Muslim yang Mu’min).

Secara peribadi saya sukakan pilihan pertama dan pilihan kedua seperti yang saya catatkan di atas. Pergi bercuti meninggalkan sementara kesibukan kerja sambil mendekatkan lagi diri dengan Tuhan yang Maha Esa. Pilihan ini membolehkan kita berpeluang untuk merehatkan seketika akal fikiran yang selama ini sesak dengan tugas-tugas di pejabat disamping berupaya merenung diri sendiri, semakin jauhkah aku dengan Tuhanku?

Sehebat mana pun seseorang manusia itu, jika dia di dalam kesusahan, dan pada waktu itu pula tiada sesiapa di sisinya yang boleh memberikan pertolongan, ingatlah bahawa Allah SWT sangat dekat. Malah lebih dekat lagi berbanding urat di leher kita (Maksud surah Qaaf, ayat 16).

Pada malam ini, ketika hati saya sedang gundah, resah dan marah, petikan lagu seperti di bawah selalu terngiang-ngiang.

Hatiku digirisnya lagi…
Kali ini lebih dalam dan pedih….
Kerna aku sudah berjanji….
Dia cinta ku yang terakhir…

Sungguh tak pernah ku menduga….
Dia akan mengulanginya semula…
Namun untuk menodai cinta…
Dan membiarkan aku sengsara…

Untuk pergi bercuti, ekonomi masih belum stabil. Maka saya tinggal sahajalah di rumah. Membaca dan berehat. Insya-Allah, akan saya habiskan membaca surah At-Taubah walau tidak berupaya merenung makna ayat-ayatnya, memahami asbab turunnya dan mengambil iktibar daripadanya. Jika ada kemampuan, saya akan dapatkan juga satu set lengkap tafsir Al-Munir karya Prof Dr Wahbah Az-Zuhaily.

Mudah-mudahan selepas musibah yang menyempitkan dada ini, akan ada kesenangan. Daripada Allah aku datang, kepadanya Aku akan kembali.

Ya Allah, ampunkanlah segala dosa-dosaku ini. Hilangkanlah gundah di hatiku ini. Sejukkanlah ia seperti sejuknya air wudu’ tatkala membasahi anggota tubuhku. Dekatkanlah aku pada-Mu. Bersihkanlah hatiku.

Bagaimana kan ku mula dan apakah kata-kata
yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisar tiap madah bererti,
manakah ilhamku
Cahaya di matamu, senyum dibibirmu
mengukir seribu tanda pertanyaan.
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan.
Di saat begini aku merindukan
Berpucuk-pucuk surat terbiar di depanku
tak dapat ku utuskan
Ku ramas semua dan ku buangkan jauh dari pandangan
Lalu aku kesal ku kumpul semula,
tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa.
Andai engkau tahu gelora hatiku,
mungkinkah kau sahut jeritan batinku
Dengarkanlah panggilanku.
Dengarkanlah lagu untukmu.
Oh angin lalu, kau sampaikan
rasa rindu yang membara kepadanya
Warna-warna cintaku
kian pudar bersama malam yang gelap gelita.
Entahkan kau rasakan apa yang ku rasa
atau kau tak endah.
Tapi ku percaya semua telah tertulis
dan niat suciku takkan dipersiakan.
Dan di suatu masa di hari yang indah
ku hulur tanganku lalu kau terima.

Berpindah ke rumah sewa baru

Penat…!

Saya kepenatan setelah selesai mengemop keseluruhan lantai yang ada di rumah sewa yang baru ini. Sepanjang hidup saya, ini adalah kali ketiga saya menyewa rumah. Yang pertama kali di Seri Kembangan, yang kedua kali di Muhibba Bal, Tawau dan kali ini, di Taman Ria, Tawau.

Terima kasih kepada tuan rumah kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menyewa rumahnya walau baharu kali pertama mengenali saya.

“Kami tak cari orang lain dah ni, kira jadi la ni,” pasangan pemilik rumah ini memberitahu saya pada kali pertama saya datang ke rumah ini untuk melihat-lihat.

Terharu.

Terharu dengan kepercayaan yang diberikan.

Insya-Allah, saya akan menjaga rumah ini seperti saya menjaga rumah yang saya beli sendiri.

Di sini ingin saya perturunkan serba sedikit tips-tips untuk mereka yang baharu berpindah ke rumah baharu, lebih-lebih lagi jika rumah tersebut sudah lama tidak berpenghuni.

Kategori : IBADAH Akidah  
Tajuk :Keutamaan Membaca Surah Al-baqarah
Hadith :Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “ Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu perkuburan sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibaca padanya surah al-Baqarah
Riwayat Muslim

 

 

Huraian
Rumah adalah sebahagian daripada kesempurnaan nikmat pemberian Allah SWT kepada manusia. Rumah menjadi tempat tinggal, tempat berehat dan banyak lagi manfaat lain yang boleh diperoleh daripadanya. Itulah yang dikatakan Ibnu Katsir ketika mentafsirkan surat An Nahl ayat 80 “Dan Allah menjadikan bagi mu rumah-rumah mu sebagai tempat tinggal”. Justeru mereka yang dikurniakan kemampuan memiliki rumah sendiri tidak kira besar mahupun kecil perlu mensyukurinya.
Islam mengajarkan kita tata cara tertentu dalam mendirikan rumah atau menduduki rumah baru iaitu membanyakkan membaca surat Al Baqarah dari ayat pertama sehingga ayat terakhir. Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya: “Bacalah surat al- Baqarah di rumah kalian, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak akan memasuki sesebuah rumah yang di dalamnya dibacakan surat al-Baqarah” Surah al-Baqarah menceritakan asal usul kejadian manusia, serta asal usul kemurkaan Allah kepada syaitan. Hakikat inilah yang melemahkan syaitan apabila kita membaca surah tersebut. Ia mendedahkan kelemahan mereka dan kehormatan kita yang dilantik oleh Allah SWT sebagai khalifah di dunia. Dengan membacakan surah al-Baqarah suasana rumah akan menjadi lebih tenang dan akan dijauhi daripada gangguan syaitan. Jangan pula ketika memasuki rumah baru kita membawa masuk segala perkara baru yang bercanggah dengan agama seperti mengamalkan perkara khurafat dan ritual-ritual seperti memanggil dukun dan paranormal agar rumah terhindar daripada gangguan syaitan atau perkara-perkara ghaib. Semua ini jelas merupakan perbuatan syirik dan mengundang kemurkaan Allah! Ketika di rumah sama ada rumah baru atau yang sudah lama didiami jangan sekali-kali kita melakukan perkara-perkara yang boleh mengundang syaitan untuk masuk dan tinggal di dalamnya seperti membawa masuk perkara-perkara haram dan maksiat, menyimpan patung berhala dan sebagainya. Mahukah kita mendiami rumah bersama-sama syaitan? Ketahuilah bahawa syaitan sekali-kali tidak akan pernah berhenti berusaha untuk memasuki rumah orang-orang yang beriman dengan tujuan untuk menyesatkannya

Sumber: http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=970

Read more

Selepas viva

Bulan lepas, september 23 selepas solat Jumaat, saya menduduki peperiksaan akhir (viva) untuk pengajian peringkat sarjana saya. Hampir genap 9 bulan saya menanti, baharulah dipanggil untuk viva.

Ia berlangsung selama hampir 2 jam dengan sekian banyak komen-komen yang menunjukkan betapa walaupun saya telah berusaha untuk menjadi teliti, seperti yang sering disebut-sebut oleh manager dan senior di tempat lama saya bekerja, masih banyak kesalahan yang saya lakukan. Terasa kerdil sekali berdepan dengan 2 orang professor, 1 orang prof madya dan seorang pensyarah kanan dalam bilik viva tersebut.

Apapun syukur kerana sedikit sekali soalan yang ditanyakan, mungkin tanda saya telah menepati tajuk yang saya sendiri tetapkan.

Dua minggu berlalu, baharu hari ini saya memiliki dua hari penuh sejak semalam untuk melakukan pembetulan setelah mengambil keputusan untuk berehat selama seminggu selepas viva dan kemudiannya sibuk dengan latihan nasyid (ganti orang) dan bertanding di Karnival Mesra Belia dan Sukan anjuran Kementerian Belia dan Sukan di Putatan, Kota Kinabalu.

Syukur, dapat tempat ketiga. Terima kasih kepada jurulatih-jurulatih yang telah bertungkus lumus memberi tunjuk ajar. Insya-Allah di masa hadapan latihan nasyid akan dipergiatkan supaya lebih mantap. Tahniah juga kepada mereka yang menang dalam acara-acara lain terutamanya team Tawau.

Namun apa yang lebih penting, semoga mesej yang kami dan team-team nasyid lain cuba sampaikan dapat dihayati oleh generasi muda yang menjadi penonton. Bak kata penganjur, tujuan diadakan pertandingan nasyid dan kompang dalam karnival tersebut ialah untuk menarik minat golongan muda.

Saya mendoakan hasrat pengajur itu akan tercapai kerana saya secara peribadi risau dengan banyaknya masa lapang golongan muda masa kini yang dihabiskan untuk aktiviti-aktiviti yang sia-sia.

 

 

 

 

Ramadhan 1432 H : Suatu Coretan

Ramadhan kali ini berbeza berbanding Ramadhan pada tahun-tahun sebelumnya. Kali ini Ramadhan saya sambut jauh di perantauan, di Kota Kinabalu. Segalanya berbeza. Bermula dengan waktu sahur dan berbuka yang lebih awal, selain status saya sebagai pekerja sepenuh masa, juadah di bazar Ramadhan juga berbeza berbanding dengan apa yang saya jumpai di bazar-bazar Ramadhan di Semenanjung. Mungkin kerana lidah saya telah terbiasa dengan juadah di sana maka dirasakan kurang sedap juadah di sini.

Seawal 20 Ramadhan saya tinggal sendirian di rumah sewa teman sepejabat. Mujur dia mempelawa saya untuk bermukim bersamanya sepanjang sebulan menjalani attachment di kota Kinabalu. Kalau tidak pasti Ramadhan saya kali ini tidak semudah ini. Entah di mana lah saya akan tinggal dan entah bagaimanakah saya mahu ke tempat kerja. Jalan pun tak tau.

Di Ramadhan kali ini saya berazam untuk mengkhatamkan Al-Quran buat kali pertama setelah gagal melakukannya pada tahun-tahun sebelum ini. Khatam Al-Quran dalam erti kata yang sebenarnya iaitu saya membaca sendirian dari muka surat pertama sehinggalah ke muka surat terakhir. Kalau khatam kerana membaca beramai-ramai, rasanya sudah tiga empat kali berjaya.

Segalanya nampak mudah seawal 10 hari pertama berpuasa kerana berjaya untuk membaca satu juzu’ setiap hari. Namun untuk 15 Ramadhan berikutnya, saya gagal. Pertamanya kerana solat terawih tidak lagi dibuat sebanyak 20 rakaat oleh teman saya itu. Selalunya saya hanya berterawih sebanyak 8 rakaat dan meneruskan ibadah dengan membaca Al-Quran sebanyak yang boleh. Hendak baca waktu lain tidak sempat.

Keduanya ialah apabila pulang dari berterawih, Al-Quran sudah tidak lagi dibaca kerana televisyen akan dibuka.

Ketiganya ialah saya kurang sihat antara 20 sehingga 25 Ramadhan. Makan pun tak lalu. Saya tidur sahaja selepas solat Isya’.

Oleh sebab ketinggalan hampir 10 juzu’ tatkala Ramadhan sudah memasuki tanggal 24 haribulan, saya hampir berputus asa. Namun terasa sayang kerana mengenangkan susah payahnya saya di awal-awal Ramadhan dahulu membaca Al-Quran sehari 1 juzu’. Dah la penat bekerja di waktu siangnya.

Lalu saya memutuskan untuk meneruskan juga usaha mengkhatamkan Al-Quran tidak kira berapa lama pun saya perlu membacanya dalam sehari. Kepenatan bekerja saya perlu letak ketepi. Lantas saya memperuntukkan hampir 2 jam setiap hari mulai hari tersebut untuk membaca Al-Quran. Kesannya, saya lemah longlai tatkala selesai berterawih dan membaca Al-Quran. Tidur sahaja yang saya mahu.

Maaflah kawan-kawan jika sms atau panggilan kalian tidak berbalas atau diangkat kerana saya benar-benar kepenatan.

Hari ini tanggal 28 Ramadhan (jam 5.00 petang) saya telah pun membaca 26 juzu’ Al-Quran. Tinggal 4 juzu’ sahaja lagi untuk dibaca bagi mengkhatamkan Al-Quran buat kali pertama dalam hidup ini di bulan Ramadhan. Saya tidak akan melepaskan peluang ini. Sehingga sebelum tidur malam ini boleh dibaca 2 juzu’ dan esok boleh dibaca lagi 2 juzu’. Hari ini sahaja saya telah membaca kira-kira 4 juzu’. Bukan mudah. Letih. Kering tekak. Mereka yang pernah mendengar saya membaca Al-Quran akan tahu betapa lambatnya saya membaca kitab suci itu lantaran kurang cekapnya saya akan hukum hakam tajwid.

Ramadhan tahun ini juga adalah tahun terakhir saya berpuasa sebagai seorang bujang. Insya-Allah mulai tahun hadapan saya akan berpuasa dan menyambut hari raya dengan seorang isteri. Alhamdulillah persiapan setakat ini lancar. Syukur kepada Allah kerana melapangkan jalan dan memudahkan urusan.

Aidilfitri tahun ini adalah Aidilfitri pertama saya sambut bukan bersama keluarga.  Apa nak buat, cuti pun tidak mencukupi. Nak simpan untuk viva dan kawin jugak.

Semoga amal ibadah yang kita semua lakukan sepanjang Ramadhan kali ini akan diterima oleh Allah SWT dan kita istiqamah di atas jalan tauhid yang kita pilih ini.

Taqabbalallahu Min Kum…

Minna Wa Min Kum Taqabbal Ya Karim…

Update: Alhamdulillah, saya selesai juga mengkhatamkan Al-Quran dalam bulan Ramadhan 1434 H kali ini (Isnin, 29 Ramadhan ketika jam hampir 930 malam).

Tidak pulang beraya

“Sementara ibu dan ayah masih ada, balikla beraya. Nanti dah tak ade baru terasa…”

“Mak ayah berharap sangat kita balik masa raya…”

“Kita kena cium tangan mak ayah kita pagi raya la…”

“Jangan jadi anak derhaka…”

Hari ini di makmal saya telah ditembak sepejabat dari segenap penjuru dek kerana mengambil keputusan untuk tidak pulang ke seberang sana berhari raya bersama keluarga.

Saya akui, bahawa apa yang mereka katakan seperti yang saya tulis di atas adalah benar belaka.

Saya cuba membawa mereka untuk memikirkan tentang orang-orang lain yang terpaksa bekerja di hari raya seperti para doktor. Namun sudahnya, saya kena tembak lagi.

Oleh sebab itu, saya memilih untuk berdiam diri sahaja. Keputusan untuk tidak pulang berhari raya pada tahun ini telah lama dibuat. Saya tidak sesekali menyesal atau akan bersedih atau berasa bersalah. Ibu dan ayah telah saya maklumi lebih awal dan mereka faham.

Sesungguhnya setiap orang memandang sesuatu dengan cara yang berbeza. baik bagi kita belum tentu lagi baik bagi orang lain.

Dalam keadaan di mana pertentangan nilai yang kita pegang dan pendapat yang kita junjung adalah di antara yang benar dengan yang benar, maka berlapang dadalah juka nilai yang kita pegang dan pendapat yang kita junjung itu tidak turut dipegang dan dijunjung oleh orang lain.

Lagipun bukan setiap tahun saya tidak pulang beraya. Tahun ini adalah yang pertama kali dan dengan izin Allah SWT, tahun hadapan saya akan pulang beraya.

Buat kalian yang pulang beraya, saya doakan kalian selamat pulang dan selamat kembali.

Amin.

Cukuplah sekadar Azan

SAYA MENYOKONG KEPUTUSAN S.S MUFTI PULAU PINANG
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Saya amat bersetuju dengan keputusan Jabatan Mufti Pulau Pinang yang mengeluarkan arahan agar suara bacaan al-Quran tidak dikuatkan melalui pembesar suara seperti yang berlaku di kebanyakan masjid sebelum waktu solat. Fatwa atau arahan ini bagi saya selaras dengan kehendak syarak. Seperti yang lepas, saya berpegang kepada alasan-alasan berikut menyokong keputusan berkenaan;

1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi s.a.w. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.

2. Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain.

3. Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.

4. Sebenarnya, Nabi s.a.w sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa’id al-Khudri:

“Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).

Dalam hadis ini Nabi s.a.w melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga mengganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya.

Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin r.h mengulas hadis ini dengan katanya:

“Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid). Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa..tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid..dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini..boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara. Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya”. (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml).

Bayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Saudi Arabia yang penduduknya kesemuanya muslim. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita.

5. Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai. Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata:

“Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan. Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar”. ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?

Maka, dengan itu memang wajar arahan meminta dielakkan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi s.a.w. dan juga menjaga Islam yang harmoni. Umat Islam Pulau Pinang sepatutnya menyokong keputusan ini, dan saya menyokongnya.

Facebook: Selamat tinggal

Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku

Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya…

Sebuah lagu lama, yang buat kesekian kalinya begitu menusuk ke kalbu saya.

Penghujung bulan ini, Ogos 2011 genaplah 6 bulan saya merantau di Borneo. Banyak pengalaman manis saya alami samada di tempat kerja, di rumah atau semasa bersosial dengan rakan-rakan yang turut merantau.

Namun ada juga pengalaman pahit walaupun tidaklah sebanyak mana. Tidak pun menjejaskan kehidupan saya. Saya masih boleh makan minum, pergi dan pulang dari kerja serta melakukan perkara-perkara lain seperti biasa.

Hanya emosi sahaja yang tercedera.

Kecederaan yang bukan sedikit. Yang tidak mengubah luaran tetapi begitu menganggu perasaan saya. Tidur terganggu. Fokus kadang-kadang lari. Jantung berdegup kencang.

Sungguhpun begitu, saya masih profesional. Tidak pernah saya meninggi suara kepada staf atau kepada rakan-rakan tatkala hati saya sedang gundah gulana dan kepala saya berat dek sarat dengan pemikiran yang bukan-bukan. Alhamdulillah.

Hari ini 10 Ramadhan bakal berlalu. Sudah sepertiga bulan yang mulia ini kita tinggalkan. Kepada yang mahu membuat apa-apa perubahan yang positif, yang masih belum memulakan langkah, inilah saatnya untuk memulakan.

Mulakanlah dan Insya-Allah, Dia akan membantu.

Facebook

Saya memulakan perubahan yang menyah aktifkan facebook.  Laman sosial yang acap kali membuatkan saya tersenyum sendirian tatkala membaca atau melihat gambar-gambar rakan-rakan lama yang sudah lama tidak berjumpa. Bangga dengan pencapaian masing-masing. Sudah berjaya semanya. A picture speaks thousand words kata orang putih.

Namun facebook banyak juga keburukannya. Berkomunikasi secara maya ini mudah untuk menimbulkan seribu satu salah faham dek tiadanya jiwa yang sampai kepada pihak yang membaca tulisan kita.

Bermula dengan salah faham, akhirnya boleh merebak kepada perkara-perkara yang lebih dahsyat lagi.

Ia juga sumber fitnah..!

Si penulis yang tidak tahu interpretasi si pembaca akan menganggap bahawa tulisannya adalah jelas dan bermaksud seperti apa yang ditulisnya.

Oleh sebab itu, saya mengambil keputusan untuk menyah aktifkan akaun facebook saya buat sementara waktu sementara mencari cara untuk terus membuangnya.

Saya menyedari bahawa selepas ini hubungan saya dengan rakan-rakan lama akan terputus dan apa-apa undangan atau acara yang dibuat melalui facebook akan jauh daripada pengetahuan saya.

Inilah harga yang perlu saya bayar demi mengelakkan kecelakaan yang lebih besar di masa hadapan.

Semoga saya istiqamah.

Amin.

Review: Hadith Fadhilat Terawih

Soalan:

Unit Kajian Dan Penyelidikan, Bahagian Kajian Dan Penerbitan, Pusat Da’wah Islamiah sedang menjalankan kajian mengenai dengan hadis fadhilat sembahyang Tarawih, kitab Durrah AI-Nashihin (terbitan Mesir tahun 1949), diriwayatkan oleh Ali bin Abu Thalib.

Hadis tersebut sangat popular di kalangan masyarakat di negara ini kerana sejak 10 tahun yang lalu penerbitan-penerbitan buku (risalah) mengenai hadis tersebut telah dijalankan dan hadis-hadis berkenaan juga disiarkan melalui Radio Televisyen Brunei dalam bentuk promo bagi maksud mentarghib masyarakat supaya mendirikan sembahyang Tarawih dengan teratur.Sepanjang tempoh tersebut, kitani tidak pemah mempersoalkan tentang sanad atau sumber hadis tersebut. Bagaimanapun, Berita Harian (Malaysia) keluaran 31hb. Disember, 1998, Ihb. Januari, 1999 dan 16hb. Januari, 1999 telah mempersoalkan keshahihan hadis tersebut sehingga sampai kepada kesimpulan bahawa hadis tersebut adalah hadis maudh71 ‘.

Sukacita abis kaola menghadapkan isu mengenai hadis ini kepada Pehin bagi mendapatkan fatwa dan ketentuan tentang kedudukan hadis-hadis berkenaan untuk dijadikan pegangan dan menghindari keraguan di kalangan masyarakat di Negara Brunei Darussalam.

Jawapan:

الحمد الله الفتاح الوهاب الهادى إلى الحق والصواب، والصلاة والسلام على رسوله سيدنا محمد خاتم الانبياء والمرسلين، وآله وصحبه أجمعين.

Hadis mengenai fadhilat sembahyang Tarawih yang disebutkan dalam kitab Durrah Al- Nashihin bermaksud: “ Daripada Ali Bin Abu Talib Radhiallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu alaihi Wasllam telah ditanya tentang keutamaan-keutamaan Tarawih di bulan Ramadhan. Baginda bersabda: “ Orang mukmin keluar daripada dosanya pada:

Malam pertama: Seperti saat dia dilahirkan ibunya

Malam kedua: Dia diampuni, juga kedua orang tuanya, jika keduanya mukmin.

Malam ketiga: Malaikat berseru dari bawah ‘Arasy. Mulailah beramal, semoga Allah mengampuni dosamu yang telah lalu.”

Malam keempat: Dia memperolehi pahala seperti pahala membaca Taurat, Injil, Zabur dan Al-Furqan.

Malam kelima: Allah Ta’ala memberinya pahala seperti pahala orang yang sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam keenam: Allah Ta’ala memberinya pahala orang yang bertawaf di Makmur dan dipohonkan ampun oleh setiap batu dan cadas ( lapisan tanah yang keras )

Malam ketujuh: Seolah-olah dia mencapai darjat Nabi Musa ‘Alaihi salam dan kemenangannya atas Firaun dan Haman

Malam kelapan: Allah Ta’ala memberinya apa yang pernah Dia berikan kepada Nabi Ibrahim ‘Alaihissalam

Malam kesembilan: Seolah-olah dia menyembah Allah Ta’ala sebagaimana ibadat Nabi Shallallahu alaihi wasalam

Malam kesepuluh: Allah Ta’ala mengurniakan kepada nya kebaikan dunia dan akhirat.

Malam kesebelas: Dia keluar dari dunia seperti saat dia dilahirkan dari perut ibunya.

Malam kedua belas: Dia dating pada Hari Kiamat sedang wajahnya bagaikan bulan di malam purnama.
Malam ketiga belas: Dia dating pada Hari Kiamat dalam keadaan aman daripada setiap keburukan

Malam keempat belas: Para malaikat datang seraya memberi kesaksian untuknya, bahawa dia telah melakukan sembahyang Tarawih, maka Allah tidak menghisabnya pada hari Kiamat.

Malam kelima belas: Dia didoakan oleh para malaikat dan para penanggung ‘Arasy dan Kursi

Malam keenam belas: Allah menetapkan baginya kebebasan untuk selamat dari neraka dan kebebasan masuk ke dalam syurga

Malam ketujuh belas: Dia diberi pahala seperti pahala para nabi.

Malam kelapan belas: Malaikat menyeru: “ Wahai Hamba Allah, sesungguhnya allah redha kepadamu dan kepada ibu bapamu.”

Malam kesembilan belas: Allah mengangkat darjat-darjatnya dalam syurga Firdaus.

Malam kedua puluh: Allah memberi pahala para syuhada’ dan shalihin.

Malam kedua puluh satu: Allah membangun untuknya sebuah gedung daripada cahaya

Malam kedua puluh dua: Dia dating pada hari Kiamat dalam keadaan aman daripada setiap kesedihan dan kesusahan.

Malam kedua puluh tiga: Allah membangun untuknya sebuah kota dalam syurga

Malam kedua puluh empat: Dia memperolehi dua puluh empat doa yang dikabulkan

Malam kedua puluh lima: Allah Ta’ala menghapuskan daripadanya azab kubur

Malam kedua puluh enam: Allah mengangkat pahalanya selama empat puluh tahun.

Malam kedua puluh tujuh: Dia dapat melewati Shirath pada Hari Kiamat, bagaikan kilat yang menyambar.

Malam kedua puluh lapan: Allah mengangkat baginya seribu darjat dalam syurga

Malam kedua puluh sembilan: Allah memberi pahala seribu haji yang diterima.

Malam ketiga puluh: Allah berfirman: “ Hai Hambakan makanlah buah-buahan syurga, mandilah daripada air Salsabila dan minumlah dari Kauthar. Akulah Tuhanmu, dan engkau hambaKu.” ( Majalis )Setelah merujuk kepada kitab-kitab hadis yang muktabar di kalangan ahli Sunnah Wal Jama’ah, termasuk kitab-kitab yang menjadi sandaran dalam pencarian hadis-hadis, sehingga setakat ini tidak dijumpai hadis-hadis yang khusus menyebutkan tentang kelebihan sembahyang Tarawih dengan menyatakan ganjaran yang diperolehi pada setiap malam Ramadhan sepertimana yang dinyatakan.

Apa yang telah ditemui setakat ini, hanyalah riwayat-riwayat yang hampir sama dengannya dan dihubungkan sanadnya kepada sayyidina Ali Bin Abu Talib iaitu tersebut dalamkitab Bihar Al-Majlisi, salah Ramadhan dan kirab Was’a’il Al- Syi’ah karangan Al-Shiekh Muhammad bin Al-Hasan Al-Har Al-‘Amili dalam bab Istihab Al-Shalah Al-Mukhshushah Kulla Lailah min Syahr Ramadhan wa Awwal Yaum Minh.Maka sehubungan itu, oleh kerana hadis yang ditanyakan itu tidak diketahui sumbernya yang boleh ditanyakan itu tidak diketahui sumbernya yang boleh dii’timad, maka ia mestilah dihentikan daripada dipromokan melalui radio ataupun televisyen.

Sekiranya Pusat Da’wah Islamiah ingin menggalakkan orang ramai supaya rajin dan bersungguh-sungguh mengerjakan sembahyang Tarawih, adalah lebih baik hadis-hadis yang dipromokan itu diambil daripada kitab-kitab yang muktabar.Fadhilat sembahyang Tarawih yang ada disebut dalam hadis-hadis yang terkandung dalam kitab-kitab sunan yang muktabar hanyalah secara umum sahaja tanpa menyebut fadhilat 30 malam Ramadhan itu. Antaranya ialah hadis yang diriwayatkan daripada abu Hurairah Radhiallahu a’nhu, sabda Rasullullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

من قام رمضان إيمانا واحتسابا غفرله ما تقدم من ذنبه

Maksudnya: “ Sesiapa yang mendirikan sembahyang di bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan ( pahala daripada Allah ), diampunkan baginya dosa-dosanya yang terdahulu.”Hadis seumpama inu turut diriwayatkan oleh Muslim, Tirmidzi, abu daud, Imam Ahmad dan lainnya…

Negara asal : Brunei darussalam
Negeri : Brunei
Badan yang mengisu fatwa : Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam
Penulis/Ulama : Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia
Tarikh Diisu : 1999

Nota: Fatwa Mufti Kerajaan 1999

Source

http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:1sniCNKdaQ4J:infad.usim.edu.my/modules.php%3Fop%3Dmodload%26name%3DNews%26file%3Darticle%26sid%3D2099%26newlang%3Dmas+FADHILAT+TERAWIH&cd=10&hl=en&ct=clnk&gl=my&source=www.google.com.my

Ramadhan: Permulaan buat sang penulis

Gambar di atas adalah artikel yang telah saya terbitkan yang saya ekstrak daripada thesis saya di peringkat sarjana. Insya-Allah, ada dua lagi bakal menyusul.

Terima kasih kepada penyelia saya, Prof Madya Dr Zulkhairi Hj Amom dan rakan-rakan dalam kumpulan penyelidikan saya kerana membantu saya sepenuhnya dalam usaha untuk menerbitkan artikel tersebut. Jasa kalian, hanya Allah SWT sahaja yang boleh membalasnya.

Kepayahan menulis thesis terasa terubat tatkala berjaya menerbitkan walaupun sebahagian kecil sahaja daripada apa yang ditulis. Terima kasih kepada UPM kerana mensyaratkan penerima biasiswa untuk menerbitkan sekurang-kurangnya 1 artikel dalam jurnal berwasit.

Apa yang saya harapkan, walaupun diterbitkan dalam jurnal yang tidak prestigious, ia boleh menambah pengetahuan tentang potensi herba kajian saya dalam merencatkan pemendakan plak atheroma di dinding arteri. Potensinya ada, cuma mekanismanya belum saya dapat bentangkan.

Setelah terbit artikel berkenaan, teringat saya akan beberapa nama seperti Ibn Kathir, As-Syafie, Al-Bukhari dan ramai lagi.

Hendak dibandingkan saya dengan Ibn Kathir, jauh sekali. Karyanya dalam bidang tafsir Al-Quran, Tafsir Ibn Kathir pun masih belum saya khatam.

Hendak dibandingkan dengan As-Syafie, jauh sekali. Kitabnya, Al-Umm dalam bidang Feqah baru diselak sehelai dua. Itupun di kedai buku, memilikinya masih belum.

Hendak dibandingkan dengan Al-Bukhari, jauh sekali. Warisannya, kitab Sahih Bukhari menjadi motivasi buat saya untuk menjadi setelitinya, sekritikalnya.

Begitulah serba sedikit saya menyebutkan beberapa nama tokoh umat Islam, yang dalam ketiadaan teknologi secanggih generasi masa kini, masih mampu menulis dan berkarya berimpak tinggi, yang masih menjadi rujukan dan perbahasan ilmuan zaman ini. Terasa malu benar saya dengan mereka.

Sungguh, menulis karya berat bukannya mudah. Ia menuntut masa yang bukan sedikit. Apatah lagi dalam keadaan hati dan diri yang tidak ‘dekat dengan Allah SWT’ seperti generasi lepas.

“Ilmu itu adalah cahaya Allah dan cahaya Allah tidak akan masuk ke dalam hati mereka yang berbuat maksiat,” kata Waqi’, guru al-Imam Syafie tatkala al-Imam Syafie mengadu akan lemahnya hafalannya.

Allahu Akbar…!

Maksiat apakah yang dibuat oleh al-Imam Syafie itu sehinggakan hafalannya terganggu?

Subhanalah…!

Semoga Ramadhan kali ini dapat menjadi jambatan yang dicari-cari oleh semua umat Islam untuk lebih mendekati Allah SWT, Tuhan yang Maha Pencipta.

Untuk penulis seperti saya, ia adalah permulaan.

Permulaan untuk menyambung jejak yang telah mereka tinggalkan.

Dengan hati dan diri yang dekat dengan Allah SWT.

 

 

Model Pengganti Proton Persona

Model konsep sedan baru ganti Proton Persona, penuhi standard piawaian pasaran Eropah

PROTON Holdings Bhd dijadualkan memperkenalkan kereta global pertamanya, yang akan memenuhi standard piawaian antarabangsa, khususnya di pasaran Eropah pada Februari tahun depan.

Difahamkan, model yang buat masa ini dikenali dengan nama kod P3-21A itu adalah daripada model Proton Tuah iaitu satu daripada kereta konsep yang ditampilkan pada Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (KLIMS) akhir tahun lalu.

 Model itu adalah kereta konsep sedan baru yang dikatakan bagi menggantikan pengeluaran kereta Proton Persona serta berada pada kelas sama seperti model kereta Toyota Corolla Altis atau Honda Civic.

Pengarah Urusannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata model baru itu akan menjadi perintis kepada transformasi imej Proton dari segi pengeluaran kereta bermutu tinggi untuk pasaran global.

“Dengan model P3-21A, masanya sudah tiba untuk Proton memperkenalkan kereta global yang bukan saja diterima di Malaysia atau peringkat serantau dan pasaran tertentu saja, tetapi kereta yang memenuhi standard negara maju serta menepati selera pembeli seluruh dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengumumkan persiapan pengeluaran kereta global pertama Proton di kilang pengeluaran syarikat itu di Tanjung Malim, semalam.

Mengulas lanjut model baru berkenaan, Syed Zainal Abidin berkata ia dijadual menjengah pasaran antarabangsa enam bulan selepas tarikh pelancarannya di pasaran domestik.

“Kami akan berusaha untuk memendekkan tempoh pengenalan model ini di pasaran domestik dan untuk pasaran eksport kurang daripada enam bulan kerana yakin terhadap mutu pengeluarannya yang menepati standard piawaian antarabangsa, khususnya di Eropah,” katanya.

Model baru itu akan menggunakan kira-kira 95 peratus isi kandungan tempatan dan menggunakan enjin turbo Campro.

Bagi mencapai sasaran mengeluarkan kereta bertaraf global, Syed Zainal Abidin berkata Proton akan membuat penilaian lebih ketat ke atas vendornya.

Menerusi penilaian itu, katanya vendor yang dipilih akan dimasukkan ke dalam program Pembabitan Awal Vendor (EVI), sekali gus membolehkan mereka terbabit lebih awal dalam proses pra-pengeluaran model baru Proton itu.

Beliau menegaskan, penilaian itu perlu dilakukan ke atas vendor Proton dalam usahanya untuk memaksimumkan kualiti kenderaan yang dihasilkan sehingga menepati mutu piawaian global serta meminimumkan tahap kecacatan pada kenderaan terbabit.

“Untuk model baru ini, kami telah mengenal pasti 20 daripada 108 vendor Proton untuk terbabit dalam pengeluarannya kelak, di mana sesetengah vendor turut digabungkan untuk menghasilkan kenderaan yang lebih bermutu,” katanya.

Terdahulu, pada majlis sama, Proton menerusi Persatuan Vendor Proton (PVA) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) bagi meningkatkan kemampuan pembekal dan pengeluar komponen kenderaan syarikat itu dengan mempraktikkan amalan kaedah kecemerlangan perniagaan (BEx).

 Source
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.